change the world. by *this-is-the-life2905 on deviantART

Tapi berubahlah kerana Allah dan Rasul!

Semua orang yang punya hati untuk berubah pasti terdetik perasaan itu kerana sesuatu yang berlaku dalam hidupnya. Perubahan kerana sesuatu yang berbeza-beza bagi setiap orang di akhirnya kelak hasilnya juga berbeza-beza.

Berubah apabila ditimpa kesakitan yang hampir meragut nyawa pergi, berubah kerana melihat sahabat yang kini sudah jauh berjaya, berubah tatkala yang tersayang mengatakan dia tidak suka itu dan ini, berubah kerana macam-macam lagi.

Yup, bila kita lihat sekali lalu, perubahan-perubahan itu lebih bersifat dunia. Kerana perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, kita perlu berubah. Tapi atas dasar apakah kita berubah di dunia?

Kata Ustaz Pahrol Juoi, kejarlah dunia untuk akhirat! Ya, tidak salah kalau dalam proses perubahan, kita sibuk mencari keduniaan, tetapi letaklah matlamat akhir perubahan kita itu di akhirat. Bukan cukup setakat kejayaan di dunia, tetapi juga kejayaan di akhirat kelak, itu yang paling utama.

Jangan berubah kerana manusia, kerana ia tak akan kekal... Tetapi berubahlah kerana Allah, kamu pasti tak akan jemu dengan cintaNya. Insya'Allah...