Ticker

6/recent/ticker-posts

Bahaya Facebook Kepada Lelaki Gatal

Gambar dari hMetro juga

LONDON: Seorang lelaki yang mengamalkan bigami ditangkap selepas isterinya melihat gambar perkahwinan keduanya di laman Facebook.

Diane Haynes masih berkahwin secara sah dengan pemandu bas, Paul Haynes apabila dia melihat gambar perkahwinan suaminya di rangkaian laman sosial itu. Pendakwa raya, Andrew Scott memberitahu Mahkamah Agung Lincoln ketika pasangan itu berpisah, Haynes menjalin hubungan baru bersama Sandra Jones sebelum mereka berkahwin secara sivil di Hotel George di Stamford, Lincolnshire pada 25 Jun tahun lalu.

Tiga bulan selepas itu, Diane menemui gambar berkenaan ketika melayari Facebook dan kemudian menghubungi polis.

Scott berkata, ketika Haynes mengatur perkahwinan keduanya, dia menipu timbalan pendaftar perkahwinan semasa mengisi borang mengatakan dia masih bujang dan tidak pernah berkahwin. - Baca lagi di hMetro.

Haa... Bahaya tak untuk lelaki yang gatal nak kawen dua ni? Bahaya kan, bahaya kan? Mula-mula nak sembunyik dari isteri pertama, last-last terkantoi jugak dalam Facebook bila nampak gambar-gambar kawen dia.

Bebelan bukan Mutiara:

  1. Facebook dah takde privacy dah...
  2. Cer fahami poligami dalam Islam macam mana...

Post a Comment

12 Comments

  1. salam sunah...dah x boleh nak sembunyi skg....nak sembunyikan perkahwinan tu tapi pi letak gambar dlm fb buat apa ek...

    p/s buat perkara yg salah lama2 akan terbongkar juga...

    ReplyDelete
  2. Ah mcm2 ley jd.fb ni mkn kritikal

    ReplyDelete
  3. bahaya jugak ea,,..kalau sendiri tak publish, org lain publishkan.. siap tolong tag lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  4. erm..tu lah...fb skg ni mmg x privacy dh..hbis kite komen ke apa tyg kt org..ini kan pulak gmbr

    ReplyDelete
  5. sglnya di hujung jri andaa..hehe

    ReplyDelete
  6. itulah kehebatan alam maya sekarang nie...mudah membuat cerita dan fitnah...sembunyi macam mana pun boleh terbongkar jika ada yang dengki...

    ReplyDelete
  7. grrrrrrrrrrrrr
    sedih je kalo terkena cm niii

    ReplyDelete
  8. haha..kak sunah..saya ada impian nak kawin 4..

    ReplyDelete
  9. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga kann! Sebagai satu pengajaran buat lelaki yang ingin mencuba.

    ReplyDelete
  10. poligami tu tak salah...fb y salah...hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com