Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah Lebih Sayangkan Dia...

Ingat adik Siti Nor Hajar yang saya upload pic nya beberapa hari lalu? Adik yang hilang di Kampung Baru, Bintulu, Sarawak. Kampung halaman saya. Hari ni tadi, dapat berita terbaru. Adik Siti Nor Hajar dah kembali kepada Penciptanya. Allah da jemput dia dulu. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...


Persoalan mengenai kehilangan pelajar pra sekolah di SK Bintulu – Siti Nor Hajar akhirnya terungkai apabila mayatnya di temui di tepi pantai Kuala Tatau oleh penduduk kampung Kuala Tatau kira- kira 1.30 petang tadi.

Penemuan mayat kanak- kanak malang itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat.

Ditanya samada ramalan bomoh yang mengatakan mangsa jatuh ke dalam sungai berkemungkinan benar, Madang, bagaimanapun, enggan memberi sebarang komen maupun menjawab spekulasi terbabit.

Mayat kanak- kanak malang itu, katanya, masih berada di rumah mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Penemuan mayat Siti Nor Hajar turut disahkan sendiri oleh ibunya, Suriana Yunus yang turut berada di rumah mayat hospital berkenaan bersama- sama kaum keluarga dan sanak saudaranya. Baca selanjutnya di Sarawak Update.

Yang julung-julung kali seumpamanya berlaku di tempat sendiri. Para ibu bapa, jagalah anak-anak sebaiknya ye. Kita tak tahu ape yang ada dalam hati orang sekeliling. Sebab macam-macam jugak cerita tentang cara kehilangan adik Siti Nor Hajar ni sebelum mayatnya ditemui.

Wallahua'lam.

Post a Comment

22 Comments

  1. Al-Fatihah ~

    Semoga roh adik Siti Nor Hajar ditempatkan disisi umat Islam yg beriman. Amin ~

    *Kpd ibu bapa, jagalah anak2 terutama yg masih kecil.. Mereka adalah intn permata buat kita..

    ReplyDelete
  2. innalillahi wa inna ilaihi rooji'un,.

    ReplyDelete
  3. innalillahhiwainnailaihirajiun..
    takziah kpd kluarga mangsa..
    alfatihah..

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...
    kesian die huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga arwah....

    ReplyDelete
  6. alfatihah..

    *ibu bapa kena berhati2 selepas ni,jgn main lepas tangan je..

    ReplyDelete
  7. hurm..aku takleh nak kata apa2..buat sekadar termampu kan

    ReplyDelete
  8. daripada-Nya kita datang kepada-Nya jualah kita kembali..

    ReplyDelete
  9. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun~ Al-fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  10. al fatihah..

    jua salam takziah buat ahli family dan seluruh ahli kampung sunah......

    ReplyDelete
  11. Alfatihah utk arwah adik ini, saya juga kehilangan saudara yg belum ditemui sejak beberapa minggu lps. Ada keluar paper tentang kehilangannya. Mungkin sudah takdirnya begitu.

    ReplyDelete
  12. Alfatihah.. Salam takziah untuk keluarga arwah

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah!
    takziah utk keluarga adik ni..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum sunah...al-fatihah buat arwah....:(

    ReplyDelete
  15. sedihnyela
    masih lagi berlaku kejadian ini..

    alfatihah..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com