Ticker

6/recent/ticker-posts

"Jaga Jarak!"

Lokasi: Kem Pembentukan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

"Ok, kamu semua boleh mula berbincang dalam kumpulan sekarang." Komandan kem memberi arahan kepada para peserta.

Kami bergerak membentuk kumpulan masing-masing. Semua duduk dalam bulatan kumpulan yang telah dibahagikan daripada awal. Dalam asyik berbincang, kadang-kadang mata terlepas pandang.

"Dik, jaga jarak ye..." Salah seorang kakak fasi menyentuh bahu dan menyampaikan pesan.

Saya menoleh ke belakang. Subhanallah, istighfar kemudian mengiringi. Dekatnya belakang saya dengan seorang peserta lelaki dari kumpulan sebelah. Masing-masing sibuk berbincang hingga terabai akan peraturan yang satu. Saya mengengsot ke hadapan sedikit.

Menjarakkan diri.

*****

Lokasi: Perjumpaan Mahasiswa/i Sabah Sarawak di Masjid Ar-Rahman

Hanya Amirul seorang muslimin yang duduk di kalangan sahabat muslimat yang lain ketika itu. Dia nampak biasa saja. Muslimat yang lain juga nampak biasa saja. Berbual dan berbincang hingga mengawang-awang tangan.

Resah di hati saya dapat dibaca oleh seorang kakak sekampus. Wajah saya masam mencuka melihat apa yang berlaku di hadapan mata sendiri. Muslimin tidak begitu menjaga batas pergaulan. Duduk terlalu rapat dengan muslimat lain. Namun masing-masing seperti tidak merasakan perkara itu salah.

Hinggalah sampai saat hendak memilih keputusan...

"So, kita nak buat bengkel ke tour ni???" tanya Jamilah.

"JAP! Jarak sikit please..."

Saya sudah tidak mampu bertahan.

*****

Lokasi: Mesyuarat Jabatan Majlis Perwakilan Mahasiswa

Ketika kami sedang menanti kata putus ketua jabatan, salah seorang kakak Majlis Tertinggi datang menghampiri kumpulan kami. Mendengar seketika perbincangan kami.

Tiba-tiba, kakak itu bersuara...

"Eh, kenapa jauh sangat korang ni?"

Kami hanya tersenyum...

*****

Lokasi: Padang, Hari Sukan Kolej

"Hei, you dah jumpa Abu?" Lim mendekat.

Saya menggeleng. Kawan sebelah turut menggeleng.

"Aiyaaak...kenapa tak jumpa lagi??" Lim sudah berada di hadapan kami.

"Opsss...dekatnya Lim..." pintas kawan sebelah apabila merasakan Lim terlalu hampir.

"Ops, sorry, sorry..." Lim menjauh sedikit, membina jarak yang lebih selesa.

"Abu tengah rekodkan nama peserta tadi, lepas ni la jumpa dia."

*****

Membelek balik gambar-gambar ketika Minggu Ketiga Akademi Nasyid di Sri Pentas. Gambar-gambar bersama Hafiz Hamidun.

Ada beza sedikit dengan gambar-gambar orang lain yang turut bergambar dengan Hafiz.

Kumpulan yang ini menjaga jarak dengan bukan mahramnya.

*****

Rindu ayat itu... "Jaga jarak!"


P/S: Kerana itu, moga yang mengenali faham kenapa sesetengah perkara itu tidak sama dengan yang lain.

Post a Comment

9 Comments

  1. Ia membuka mata saya. Lama pun tak ada aktiviti dengan lelaki. Kelas semua perempuan :)

    Tapi, kalau jarak dengan pesakit dah tak dapat nak buat apa la kot..

    ReplyDelete
  2. @.........cP~

    jarak tu dijaga kecuali dalam keadaan daruriyyat...

    malah ketika menaiki kenderaan awam pun ada kelonggarannya...

    wallahua'lam... :)

    ReplyDelete
  3. jaga jarak...
    hehehe.. kalau jumpa akak, nak duk rapat2 bleh tak?? hik3

    ReplyDelete
  4. skuad.. skuad.. jaga jarakkk.. ikut2 sampai ujung.. heheh..

    bila dh terlalu sosial ni, org smpai terlupa nk jga batas2 pergaulan.. mujur ada yg masih sedar diri n memperingati mcm Sunah.. =)

    ReplyDelete
  5. aipp..

    jaga jarak!!!!!!!!!!!


    hu~


    rindu okeh!

    ReplyDelete
  6. Geram klu kita tegur...
    "Knp dekat sgt ni?..."
    Then dorang fikir kita main2 pula...
    Walhal kita mmg maksudkan
    "Jauh2 sikit boleh tak?"....

    ReplyDelete
  7. ~jaga jarak~
    xda pulak nk dgr 2 perkataan tu skrg.
    okeh, sy xrindu!!!

    ReplyDelete
  8. masa skola agama je diingatkan psl jaga jarak ni.hmmmmm

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com