Rindukan Satu Masa Yang Dulu...

s-ugaaar

Saya rindukan masa yang dulu...

Masa seronok menulis dan menulis. Menaip dan menaip. Bercerita dan berkongsi di blog. Rindu sangat nak menulis banyak-banyak macam dulu. Kadang-kadang cemburu dengan rakan-rakan blogger yang blognya berupdate dengan entri panjang-panjang, pendek-pendek, tak kisah panjang ke pendek, asalkan ada isi.

Banyaknya masa diorang. Terutamanya Iffah Afeefah, Kiera Sakura, kak Mas Saari, Pak Cek Biola, dan sape-sape lagi yang rajin update. Nape saya takleh nak menulis macam diorang, sedangkan diorang pun student jugak, diorang pun ade kerja jugak, diorang pun Allah bagi masa 24 jam sehari macam saya jugak. Urmmm...

Allah bagi semua sama kat semua orang. Allah Maha Adil. Allah adil pada tempatnya. Cuma kita je kot yang tak reti nak gunakan nikmat dari keadilan yang Allah bagi tu. Buat masa sekarang, mungkin ni lah yang Allah tentukan dan tetapkan untuk kita kan? Mungkin sebab benda-benda yang saya hadap setiap hari ni lebih penting dari benda lain yang tak kurang pentingnya.

Sebab setiap hari kita mintak Allah bagi petunjuk untuk kita memilih dalam hidup, dan kita mintak Allah jadikan kita redha dengan pilihan yang Dia tetapkan untuk kita. So, redhalah hati kalau Allah pilih urusan master ni didahulukan dari yang lain-lain.

Seseorang pun selalu pesan kat saya, pentingkan perkara terpenting~

Insya'Allah.



P/S: Semua orang tahu Allah Maha Adil, tapi tak semua menghayati sifat Allah yang tu.

14 comments:

  1. kite pon dah terkena simptom yang sama.. adoyy.. rindu nak menulis tapi mood dah ke laut. :(

    ReplyDelete
  2. dengar2 ada org tu nak tawaf di PSZ harini tp leh tulis blog opss hehee

    ReplyDelete
  3. akak pun dah jarang update sekarang sunah, sehari 1 entri je... itu pun puas paksa diri menaip! huhuhuuu

    ReplyDelete
  4. Saya pon sama. Tapi kekeringan idea....haish..

    ReplyDelete
  5. @Mr.PinGu

    da balik dari psz..ade mock viva pulak petang ni

    ReplyDelete
  6. adikku..
    kak pun seperti kamu..
    kita dahulukan y penting2 ya

    ReplyDelete
  7. sekarang dah kurang updatelah kak sunah. dulu sehari dua tiga entri, skang ni satu entri je sehari.busy

    ReplyDelete
  8. Hehe sy kah y disebut2

    Mnaip ktika ade kelqpangan n idea

    *syg blog

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sunah...biasa la tu sunah kekadang ada masanya kita x dp nak up-date blog tu setiap hari....:)

    ReplyDelete
  10. ye...sy pun terasa macam itu.....pensyarah pesan...dia kata, BZ yg awak sangka tu hanya dalam minda...

    ReplyDelete
  11. saya pun ada ketikanya sepi tanpa cerita jugak kak... :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com