Ticker

6/recent/ticker-posts

Baiklah Wahai Perut

Pagi tu semangat nak goreng mee.

Bahan tumis memang buat sendiri da sekarang, tak beli dah perencah segera kat kedai macam dulu-dulu. Sebab sejak duk rumah sewa kat Skudai, da belajar buat bahan tumis sendiri. Masa nak rendam cili kering, tanya mak, pedas tak cili kering tu. Sebab, sebelum-sebelum ni cili kering tak pedas pun kalau bapak yang pilih dan beli kat kedai runcit. Bapak tak makan pedas.

Mak cakap tak pedas, so saya habiskan semua cili kering tu. Masa tengah cuci yang da direndam, tekak rasa perit. Alamak, macam pedas sangat aje. Beberapa kali saya bersin. Eksyen je kot. So, goreng ajeeeee lah!

Bila da siap goreng, nampak sedap dan nampak cantik aje mee gorengnye. Tapi bila tengah makan, tengok muka adik lelaki dan muka mak da berpeluh-peluh. Errr. Macam bersenam pagi-pagi, tapi guna perut aje.

"Pedas sangat ke dik?"

Adik buat bunyi pedas.

"Bukan ko suka pedas ke?"

"Not over hot like this!"

Alamak. Pedas sangat lah tu. Tapi saya habiskan jugak yang dalam pinggan saya lepas campurkan perahan limau dan tambah kicap manis, konon boleh kurangkan pedas tu sikit la kan.

Kesannya perut sakit sampai ke malam. Nak makan balik baki mee goreng yang da dipanaskan pun takleh masuk. Terus rasa sakit perut time tu jugak.

Jelas dan ketara lah, perut saya makin sensitif akhir-akhir ni. Da cepat sakit bila makan terlalu pedas.

Buktinya, hari Jumaat lepas, masa housemate buat nasi goreng kat dapur, saya yang dalam bilik baju pun boleh terbatuk-batuk dan bersin. Mesti pedas ni, kata saya dalam hati. Bila dia da siap goreng, dia jemput makan sebelum tinggalkan saya dan pergi kerja. Saya pulak, bila da bersiap-siap, pergi la dapur nak rasa.

Masukkan nasi goreng dalam pinggan. Ambil sudu. Sua sekali masuk mulut.

Nom nom nom...

Errmmmm...

Sua kali kedua.

Nom nom nom...

Berhenti. Tolak pinggan.

Dan seharian lah saya sakit perut juga.

Haishhh!



Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Post a Comment

6 Comments

  1. welkam to da club

    erm npe lak jadi cmtu kn yu

    ReplyDelete
  2. semoga cpt sembuh tau=)... but really love pedas2 jugak..

    ReplyDelete
  3. ha3...
    org kata, semakin meningkat umur, semakin sensitif jer.. i mean, perut..hehehe

    ReplyDelete
  4. lain kali agak2 je boh cili tu.tak pe..belajar..nanti2 tau dah banyak mana nak boh..

    ReplyDelete
  5. Kmk perut xd mslh tp makin berumur kmk xpt mkn pedas. Lidah kmk dh menipis kali.

    ReplyDelete
  6. kadang org kata kalau kita dah selalu makan tak pedas maka secara perlahan dan perlahan perut kita takkan boleh terima dah segala menda yang pedas nie. dan begitulah sebaliknya. errrrr betul ke tak teori nie entahla :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com