Wednesday, April 24, 2013

Saya di Kampung!

Wah!

Lamanya senyap kat blog! Hehe...

Saya berada di kampung halaman sekarang. Bercuti agak lama dari biasa. Alkisahnya, sepatutnya saya balik ke Skudai dah 29 April ni, tapi disebabkan tarikh mengundi 5 Mei, maka saya panjanggggggkan cuti saya sampai lah lepas mengundi baru balik Skudai. Fiu fiu fiu~


Hajat asal nak temankan mak berjumpa dengan doktor pakar kat Klinik Pakar Hospital Bintulu semalam. Tapi bila dah sampai hospital, nurse tu cakap tarikh appointment dah ditukar kepada 18 Jun. Alahai, kesian mak. Dah lah tengah demam. Pergi jauh ke Nyabau nak jumpa doktor, terus tak jadi. Hurmmm. Patut call je dulu sebelum pergi tadi.

Dari hospital, sempat pula tengok tapak rumah dekat Kampung Sg. Plan. Alaaa tak amek pulak gambar. Mak ngan bapak nak amek buah kuini. Rumahnya macam tu aje lah. Dari dulu masa saya kecik-kecik lagi sampai saya dah hampir 26 tahun ni, masih macam tu jugak. Tak ade perubahan. Entah bila nak duduk situ, tak tahu. Bapak pun sibuk tolong mak sekarang, tak ada masa nak sambung buat rumah tu. Huhu.

Dan saya pula baru hari ni nak buka laptop.

Sebab teringat kerja yang supervisor bagi. Kena siapkan 2 journal, sekurang-kurangnya satu da siap dalam masa bercuti ni. Tengoklah, insya'Allah kalau rajin nanti saya taip lah journal tu.

Boleh camtu? =.="


13 comments:

Nurzakiah Hanum said... Reply to comment

:)

selipar putih said... Reply to comment

wah lamanya bercuti..

Cik Eka said... Reply to comment

waa sonoknya balik kampung...

sian mak akak, datang jauh2 tak dapat jumpa dokter..

selamat mengundi kak Sunah..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... Reply to comment

ingtkan akak pergi buat ujian utk ehem ehem hehe

aDisH.sHidA said... Reply to comment

cuti lama mcm cuti kawen kan hehee..

mak jumpa pakar...sakit apa? semoga mak cepat sembuh ye...

ooh ayah sunah boleh bertukang ye..ok la kan..mahal upah buat umah skrg nie..

MR & MRS MAKMUM said... Reply to comment

:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply to comment

indahnya berada di desa....

Lydia Miza said... Reply to comment

Nk tgk gmbr kat kampung sunah

AyueJean AJ said... Reply to comment

Wahhh..
lamanya cuti.....

diana said... Reply to comment

tengah bercuti pun ada kerja nak lkena buat ye..

Amanina Sofea said... Reply to comment

bestnya brcuti.. sama la report xbuat lg.. alahai

NadiRah said... Reply to comment

bila kat umh susah nk buat keje u lah kak.. :P

kiera'sakura said... Reply to comment

sebab tue kalau ada appoitment yang jaraknya jauhhhhh kita suka call dlu. takut nanti penat je pegi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (48) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.