Tak Kampung Sangat Pun

Ade jugak ek yang nak tengok gambar kampung saya?

Malu lah nak tunjuk.

Sebab tak ada lah kampung sangat pun. Nama aje Kampung Baru, tapi rumah memang dekat-dekat. Tak jauh-jauh macam kampung yang pernah saya jejak. Sebab tu bila satu ketika dulu singgah ke Sabak Bernam, Selangor atau menjelajah jauh ke Kubur Panjang, Kedah, hati saya benar-benar jatuh.

Suka!

Suasana kampung macam tu cukup mententeramkan hati. Alhamdulillah. :)

Tapi kat kampung saya still lah ada bunyi ayam berkokok, bunyi itik menguek, cuma lembu memang jarang-jarang nak nampak. Haha! Yang selalu ada, angsa jiran kejar kitorang kalo lalu depan rumah diorang, kambing mengembek kat tepi-tepi jalan yang kitorang duk ejek sebab tak suka mandi. Errr...

Kalau nampak saya post gambar pantai tu, jauh sikit dari rumah. Kena naik kereta kalo nak berkelah di tepi pantai. Tu pun ermmmmmmmmmmm.....datanglah sendiri tengok! :p

Nanti-nanti insya'Allah saya kongsikan gambar, ye! :)


P/S: Menaip sambil tengok OASIS. Suka tengok Tasha, balu arwah Achik...solehah sangat!
Tak Kampung Sangat Pun Tak Kampung Sangat Pun Reviewed by Sunah Sakura on April 25, 2013 Rating: 5

13 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.