Ticker

6/recent/ticker-posts

Konsert Mestika D'Klasik 2 Dekad di Temasya Sehati @ RTM


Konsert Mestika D'Klasik 2 Dekad di Temasya Sehati @ RTM | Johor Bahru, 13 Oktober 2018 - Radio Televisyen Malaysia (RTM) kali ini menjelajah ke Johor Bahru bagi menjayakan Temasya Sehati @RTM 'Menggamit Kenangan' anjuran stesen Radio Klasik dengan kerjasama johorfm, menghangatkan suasana Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru dengan pelbagai aktiviti menarik bermula 11 hingga 13 Oktober 2018 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sebagai menghargai peminat dan para pendengar Radio Klasik 'Menggamit Kenangan' bersempena meraikan 20 tahun siarannya, stesen paling digemari rakyat Malaysia itu menerbitkan 'Konsert Mestika D'Klasik 2 Dekad' yang dipersembahkan secara langsung pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) jam 8.30 malam menerusi saluran TV2, FBLive dan Radio Klasik.

Buat julung kalinya, pentas konsert terbesar pernah dianjurkan oleh stesen radio berkenaan dihiburkan oleh barisan artis popular tanahair dengan menggabungkan artis baharu dan veteran dari Malaysia dan Singapura iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah M Amin, Jay Jay, Nona Ushera, Abon dan Radhi P. Ramlee.

Pelbagai himpunan lagu-lagu popular dan malar segar yang merentas zaman dari era 50-an hingga awal tahun 2000 dipersembahkan dalam bentuk orkestra dengan iringan Orkestra RTM dan Orkestra Tradisional Malaysia.

Sementara itu, antara aktiviti yang telah pun berlangsung sepanjang Temasya Sehati @RTM Menggamit Kenangan ialah Pameran dan Pertandingan Vespa & Lambretta D'Klasik dengan kerjasama Kelab VespaLambretta Johor, Showcase Suara 90-an D'Klasik, Ceramah Agama Mustaqeem bersama YBhg Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Kejohanan Bola Jaring D'Klasik, Pertandingan Busana & Mekap Tradisional, D'Klasik Fun Run 2018 dengan tema pakaian batik dan pelikat, Pertandingan Memasak Asam Pedas dan Mee Bandung, Pertandingan Gubahan Sireh serta banyak lagi aktiviti, pameran dan jualan yang menarik di Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru.

Barisan tetamu kehormat yang hadir adalah YBhg. Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian (Menteri Besar Johor) dan Tuan Haji Abdul Muis bin Shefii Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia.

Disiarkan SECARA LANGSUNG di TV2 / Radio Klasik / myklik.rtm.gov.my / RTM Mobile

FB Live: TV2 dan Radio Klasik

Post a Comment

3 Comments

  1. Persembahan artis emua mantap!
    Leka mendengar, dan yang best, sambil nyanyi dah macam dalam karaoke gan Ain hehehehe

    ReplyDelete
  2. konserttt ni memang thorbaikkkk...suka betull

    ReplyDelete
  3. Best konsert ni tak puas taw. Kalau boleh nak ada lagi...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com