Gabungan Citarasa Timur dan Barat Hanya di Hotel Granada Johor Bahru

Gabungan Citarasa Timur dan Barat Hanya di Hotel Granada Johor Bahru | Mulakan tahun baru uols dengan citarasa gabungan eksotik di Hotel Granada Johor Bahru dari bulan Januari hingga Mac 2019. Jamu selera dengan Oxtail Asam Pedas, Nachos Gratin with Chilli Con Pollo dan Fruit Yeesang yang lain dari yang lain.

Chef Eunus dan anak-anak buahnya berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan gabungan citarasa yang pasti memukau selera uols, sampai terkenang-kenang hingga ke sudah. Gituhhhh. Jangan tak percaya, Oxtail Asam Pedas kat Olla Restaurant ni sangat istimewa sebab Chef Eunus masak dengan resepi rahsia ibunya sendiri. Biasanya kan orang guna ikan, ayam atau daging sebagai lauk asam pedas. Kat sini, uols wajib cuba Asam Pedas Ekor.

Oxtail Asam Pedas - RM35 nett per set bersama nasi @ Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru

Nampak kan betapa menggodanya warna kuah asam pedas tu? Saya dah cuba, memang kawwww, sedap dan pedasss! Ekornya pun dimasak elok. Rasa macam nak tanya, guna periuk Noxxa ke? Nasib baik chef tak berapa sihat, kalau tak, saya dah tanya dah semalam. Kahhhh! Berpeluh-peluh oi seorang Sunah nak menghabiskan nasi berkuahkan asam pedas. Dah la kita ni penggemar asam pedas, walaupun sampai merah-merah muka tahan pedas, tetap nak makan jugak. Bagi yang hantu pedas, mungkin tak rasa apa yang saya dan rakan-rakan blogger Chinese rasa. Hahaha.

Nachos Gratin with Chilli Con Pollo - RM25 nett @ Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru

Selain dari Oxtail Asam Pedas, menu terbaru yang diperkenalkan adalah Nachos Gratin with Chilli Con Pollo. Menu yang terinspirasi daripada makanan jalanan cara Mexican, cip tortilla homemade cicah dengan sos Salsa yang mengandungi ayam kisar dan dilapis atasnya dengan keju. Rasa macam makan lasagna pun ada benda ni. Cuma bagi saya, kalau ada makaroni sekali kat sebelah, boleh la saya habiskan bersama sos tu. Hahaha.

Fruits Yeesang - 10 pax RM138 @ Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru

Disebabkan Tahun Baru Cina dah nak dekat, Olla Restaurant turut menyediakan Fruits Yeesang! Lain dari kebiasaan, sebab menu ni hasil gabungan buah-buahan potong dan sayur-sayuran yang segar. Dicurahkan dengan sos lemon madu berkrim sebelum memulakan yeesangggg yeesangggg tetinggi, manyak onggg. Haha!

Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru ada sijil HALAL JAKIM

Ape tunggu lagi? Ayuh ke Olla Restaurant untuk rasa ketiga-tiga menu ni pada waktu makan tengahari atau makan malam uols. Hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut, ok?

Olla Restaurant
Hotel Granada Johor Bahru
(sebelah McDonald, berhadapan AEON Taman Bukit Indah)

Bergambar di hadapan Olla Restaurant. Kredit pic: Sis Lin



No. Tel:
+607-2318805

Website:

Gabungan Citarasa Timur dan Barat Hanya di Hotel Granada Johor Bahru Gabungan Citarasa Timur dan Barat Hanya di Hotel Granada Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on January 08, 2019 Rating: 5

13 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.