Minum Petang di Kluang RailCoffee Jalan Tasik 1

Minum Petang di Kluang RailCoffee Jalan Tasik 1 | Ni pun kisah yang berlaku minggu sudah. Lepas bergambar sakan di Laman Kreatif Kluang, kami terus ke destinasi utama, Kluang RailCoffee. Masa tu dah pukul 6 petang. Kami ke Kluang RailCoffee yang terletak di stesen keretapi Kluang. Malangnya bila sampai, restoran dah tutup pulakkk. Rupanya dia bukak dari 6 pagi sampai 6 petang aje setiap hari. Berhuhuhu lah kami. Nasib baik la Kluang RailCoffee ni bukan ada satu je kat Kluang, tapi ada tiga buah.

Kluang RailCoffee Stesen Keretapi Kluang tutup pukul 6 petang

Muka gembira dapat juga minum kopi @ Kluang RailCoffee

Kami ke cawangannya yang paling baru di Jalan Tasik 1. Kalau uols waze or google maps, insya'Allah jumpa. Masa kami sampai tu alhamdulillah tak ramai sangat orang. Mungkin sebab dah lewat petang dan hari cuti Thaipusam. Sebelum ni encik suami da pernah ke sini jumpa klien tapi waktu pagi hari bekerja. Haaa full house kauuu! Alhamdulillah tercapai hajat kami nak rasa kopi Kluang RailCoffee yang disebut-sebut sekalian makhluk termasuk Nona ni.

Roti Bakar dan Kopi C ais @ Kluang RailCoffee

Nasi Lemak @ Kluang RailCoffee

Mee Kari @ Kluang RailCoffee

Merasa sekali roti bakarnya yang simple tapi sedap. Saya dan Ayen order nasi lemak. Kak Ajan order Mee Kari. Dua-dua sedappp. Laksa Johor tak rasa pulakkkk, tengok hashtag, ramai sungguh lah share gambar Laksa Johor dia. Lain kali boleh try. Air pulak, kak Ajan order Kopi C ais, Ayen order Kopi Cendol, dan saya order Railway Float. Haa, hipster tak nama air sis kauu. Hahaha! Dah kata, raillll. Nak jugak yang ada selit-selit nama landasan keretapi. Kahhhhh!

Kopi Cendol yang unik dan Railway Float @ Kluang RailCoffee

Serius sedap kopi dia. Patut lah ramai yang suka. Kedai kopi ni yang dekat stesen keretapi tu merupakan kedai kopi tertua di Kluang sejak tahun 1938. Dah berlalu lebih lapan dekad kauu! Dengan macam-macam kontroversinya pada satu ketika dulu, akhirnya mampu juga bertahan hingga ke hari ni. Murah rezeki ownernya.

Kopi Uncang dan Kopi Serbuk @ Kluang RailCoffee

Kopi O panas. Pic: Sis Lin

Kat sini, uols boleh jugak beli pek kopi uncang atau pek kopi serbuk khas Kluang RailCoffee pada harga RM12.50 dan RM16 masing-masing. Ayen dan saya beli 1 pek kopi uncang setiap sorang. Ayen beli untuk diri dia, saya beli untuk Sis Lin yang kirim dari jauh. Hihi.

Tapi, seorang Sunah confirm nak pergi lagi. Nanti nak naik keretapi pulak ke Kluang! Haha!


Kluang RailCoffee

Lokasi:
20 & 21, 1st Floor & Ground Floor, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor

Waktu Perniagaan:
7 am - 10 pm
Setiap hari

Tel. No:
+607-773 8391

Facebook:

Minum Petang di Kluang RailCoffee Jalan Tasik 1 Minum Petang di Kluang RailCoffee Jalan Tasik 1 Reviewed by Sunah Sakura on January 26, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. Kita ada peristiwa pahit kat Kluang Railway Coffee ni, sejak tu dah tak datang lagi ke situ

    ReplyDelete
  2. ada 1 yang makan dalam grabak ktapi tu yang mana eh ? dlu penah nak pi tapi x jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah ek...tak sure lak kalo ada yang dalam gerabak...

      Delete
  3. Nanti kita pergi beramai-ramai berjemaah segerombolan ya hahahaha

    ReplyDelete
  4. tak pernah jejaki sini lagi, sunah.
    teringin!
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. aduhaiii rindunya kopi ais dia..roti bakar.. kena terjah sblm bersalin ke camana ni ek? :p

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai sini lagi..nak try la ke sana..

    ReplyDelete
  7. Aduii.. Mse program anak yatim tu, dua hari dok ulang alik makan kat situ.. Tapi tulah, penuh sentiasa.. Bilalah nak pegi lagi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.