Port OOTD Johor Bahru - Eco Springs Lab

Port OOTD Johor Bahru - Eco Springs Lab | Sebenarnya tak berapa rajin nak menaip cerita ni. Macam malas tu saiz dia super duper XL. Tapi sebelum cerita semakin basi, elok lah kita teruskan hajat untuk berkongsi. Gituhhh.

Lepas food review kat Restoran Lemon Tree tempoh hari, saya da Ain last minute plan singgah ke Eco Spring Labs, Taman Setia Eco Cascadia. Pernah dengar nama tempat ni? Saya baru tahu tentang tempat ni bila photographer majlis kahwin jiran saya sebut sebagai tempat outdoor shooting. Eik, tak pernah dengar pun?



Disebabkan Ain dah mengajak, apa lagiii. Alang-alang dah sampai kat area sini kannn. Tak jauh pun dari restoran tu. Masa kami sampai tu, mulut saya tak henti-henti cakap "cantiknyaaa." Memang cantik tempat ni. Dengan bangunan berkonsepkan English style, dicat pula dengan warna-warna yang ceria, memang boleh memukau mata yang memandang.



Paling menarik hati kami adalah wishing well yang terletak di kaki bukit depan kawasan ni. Bukan sebab nak buat benda khurafat baling syiling ke dalam perigi sambil berhajat, tapi sebab bunyi besi bergemerincing kat atas perigi tu bila ditiup angin adalah sangat indehhh. Tersentuh hati seorang Ain dan seorang Sunah. Hihi.




Pengunjung ke sini agak ramai juga. Memang boleh nampak kebanyakannya datang untuk buat OOTD shot. Maybe ada yang buat bisnes pakaian juga. Tengok mekap tebal-tebal dan kemain cantik, apa lagi kan? Bak kata Ain, #maluapabossku!



Tapi, tak sangka pulak ada banyak kafe kat sini, termasuklah coffee shop dan Sugarbun. Oi, rindu kot restoran makanan segera dari kampung halaman ni. Tapi sebab perut dah kenyang, mampu ambil gambar dari luar aje lah. Lain kali, kita datang semula untuk makan pulak ye. Agak-agak sama tak rasa dengan Sugarbun kat Sarawak?



Eh, bulan depan nak ajak lerr adik-adik ku ke sini.

Boleh berOOTD sambil makan Sugarbun.

Eh eh, tak sangka ek! Siap jugak entri merapu ni.
Port OOTD Johor Bahru - Eco Springs Lab Port OOTD Johor Bahru - Eco Springs Lab Reviewed by Sunah Sakura on January 31, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Sebenarnya pun malas nak komen..
    Sebab takde Sis dalam ini gambar kakakakah!
    Pedulik haper Bosskurrr...

    ReplyDelete
  2. Wow...nampak menarikkkk...nanto nak la..kena ready makeup tetebal gak la....photoshoot....tq infooo.....

    ReplyDelete
  3. wahh...macam kena pergi sini ni..shoot gambar anak anak..^_^

    ReplyDelete
  4. cantiknya tempat tu sunah.. tp kalau nak pegi x boleh bawak anak2 ni.. nanti mak x dapat nak ootd.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha alamakkk kene hantar anak2 ke babysitter dulu ๐Ÿ˜‚

      Delete
  5. Assalamualaikum sunah...yee la cantik tempatnya...boleh la cuti2 nanti jenjalan ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ye mama, cantikkk. Bole makan2 minum kopi sekali.

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.