Sejukkan Tekak di Big Bowl Ice Taman Seri Orkid

Sejukkan Tekak di Big Bowl Ice Taman Seri Orkid | Alkisahnya, petang hari Sabtu yang lepas, saya dan housemates menunaikan hajat untuk makan bingsoo dekat Big Bowl Ice, Taman Seri Orkid, Skudai. Iklan Big Bowl ni asyik menari-nari dekat feed Facebook masing-masing sejak berminggu-minggu yang lepas. Bila dah tak tahan tengok, dak Nada pun ajak semua ke Big Bowl dalam group whatsapp. Apa lagi, terus set hari dan masa.

Bergambar dengan bingsoo masing-masing @ Big Bowl Ice, Taman Seri Orkid

Bila kami sampai, agak ramai juga pengunjung restoran ni. Tapi tetap ada meja kosong. Ada banyak meja dan kerusi kat dalam tu. Pekerjanya pun ramai. Agaknya, diorang memang dah bersedia dengan serbuan pengunjung hasil daripada promosi besar-besaran pembukaan kedainya kat Taman Seri Orkid ni. Konsep order kat sini, tulis menu yang kita nak, kemudian pergi ke kaunter untuk buat bayaran. 

Ok lah dik, ko pun nak posing ek.

Jangan lupa cek resit uols, betul ke idok yang dikey-innye. Sebab hari tu ade kesilapan pada data yang diorang key in, kitorang hanya sedar bila cek resit, rega semuanya berapa. Pelik bila harga total melebihi jumlah yang kami kira. Rupanya dia tersilap letak BF91 jadi BF19. Tapi dengan pantasss beb, diorang betulkan kesilapan tu. Nak tengok ape nama benda alah yang kitorang order?

Milky Snow Ice with Mangoes & Lychees Ibah punya, Nada punya - Laici tukar ke Longan

Milky Snow Ice with Cookies Crumble kak Ajan punya

Matcha Snow Ice with Cornflakes saya punya

Semua sedap. Rasa snow ice dia sangat-sangat soft dan smooth oi. Matcha Snow Ice dia pun tak terlalu manis sangat. Kena dengan tekak saya. Paling saya rekemen, uols kena cuba Milky Snow Ice with Cookies Crumble tu. Memang terbaik! Serpihan cookies dia ada rasa karamel gitu. Bak kata kak Ajan, rasa macam makan brownies Selera Sakura yang ada drizzle Salted Caramel. Gituhhh!

Hah, uols nak cuba? Ayuhhh ke Big Bowl Ice di Melaka dan Johor!


Big Bowl Ice

Lokasi:
Rujuk SINI

Waktu perniagaan:
12 pm - 12 am
Setiap hari

Facebook:

Instagram:
Sejukkan Tekak di Big Bowl Ice Taman Seri Orkid Sejukkan Tekak di Big Bowl Ice Taman Seri Orkid Reviewed by Sunah Sakura on January 09, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. tak pernah cuba yg matcha, pernah try yg caramel rasa cam hapak. semalam pun baru pegi, balik2 amek milk mago & choc strawberry je yg berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriousss lah rasa hapak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ nasib baik takde sape try ri tu

      Delete
  2. oi sejuk betul tekak kalo cenggini...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..dengan otak sekali sejuk beku 3 saat setiap suapan ๐Ÿ˜‚

      Delete
  3. terliur.. rasa nak pergi big bowl ice je skrg.. snowy ice diaa soft and sedapp!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah singgah ke ice bowl lagi, bawak laaaa kitaa..belanjer plesssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuhhhh mummy! Tunggu gaji edit blog dulu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  5. serius dah lama akak teringin.. kat Gelang Patah ada satu cwgn tapi tak terpergi lagi..akak seram kemanisan akak bertambah bila mencuba big bowl ice..hahaha.. paling akak kecur Milky Snow Ice with Mangoes & Lychees huwaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. nelan aik liur jak kmk ngga.. haha

    ReplyDelete
  7. dah nama big bowl kan.. besar lah. macam tak terabis nak makan aje tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh..percaya lah...licin pinggan kami...hahahah

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.