Jalan-jalan ke Pantai Bandar Mersing

Jalan-jalan ke Pantai Bandar Mersing | Sabtu lepas, Sis Lin ajak temankan dia hantar anak bujangnya balik ke Politeknik Mersing. Saya dan Ain je yang free time tu. Jadi, kami ON aje. Kami park kereta depan rumah mak Sis Lin kat Kg. Melayu Majidee. Bertolak dari sana lepas Zohor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam.


Sampai aje sana, terus hantar Amad ke politeknik. Dah selesai urusan tu, Sis Lin pun ape lagi, terussss mulakan #projekcarikmakan. Kami ke persisir pantai Mersing. Main terjah aje kedai makan yang ada kat situ. Restoran yang kami terjah adalah Brother Joe Ikan Bakar. Ramai juga pengunjungnya, tapi still ada meja kosong untuk kami. Saya order Mee Goreng, Ain order Nasi Goreng Kampung, Sis Lin pulak order Mee Hailam. Sambil tunggu makanan berat sampai, kami makan keropok lekor dulu. Keropok lekor dia 10 ketul RM2. Boleh tahan sedap juga, cicah dengan sos nya. Mungkin sebab perut lapar jugak time tu.


Bila Mee Hailam Sis Lin sampai, dak Ain terkejut tengok mee nya. Haha. Katanya tak macam mee hailam. Entah, saya tak berapa nampak jelas rupanya. Nampak kuahnya aje yang tak berapa nak hitam. Gambarnya tak ambil pulak. Tapi sis cakap, tak berapa kena tekak dia juga. Macam takde rasa. Errr.


Ni saya punya Mee Goreng. Nampak sedap kan? Ye, memang sedap. Saya suka mee goreng macam ni, tak kembang dan tak lembik. Isi dagingnya pun meriah. Dah kenapa saya tak offer kat Ain dengan Sis Lin ek hari tu? Sebab masing-masing kelaparan agaknya menghabiskan makanan sendiri sampai lupa nak tukar-tukar pinggan bagi rasa-rasa. Hahahah. Iye, kalau saya keluar makan dengan kawan-kawan rumah atau geng makan-makan, mesti akan bertukar-tukar pinggan bagi sorang rasa sikit.

Lepas makan, kami menuju ke arah Pantai Bandar Mersing. Sebelum ke sana, sempat juga kami singgah beli keropok lekor untuk dibawa balik ke JB. Sis Lin beli Satar Ikan Pak Dol juga untuk maknya. Selesai "membeli-belah", kami gi lepak kat Pantai Bandar Mersing. Tak buat apa pun, duduk makan sambil tengok orang bawak kuda keliling pantai.


Sis Lin banyak kali sebut nak naik kuda tu. Tapi ditegah oleh Ain dan saya sebab kesian tengok kuda tu bawak orang ke hulu ke hilir, dengan plastik kat punggungnya untuk dia buang air. Aduhai. Harap-harap tuannya jaga kuda tu elok-elok dan diberi kasih sayang secukupnya.


Dalam pukul 5.30 macam tu kami beredar dari pantai. Cari tempat untuk tunaikan solat Asar. Nampak papan tanda Masjid Jamek Bandar Mersing. Teringat masjid yang cantik viewnya ni sebab terletak di atas bukit. Terus ajak Sis Lin dan Ain ke situ. Lepas solat, boleh lah ambil gambar cantik-cantik dari atas bukit.



Nak ambil gambar macam ni, kena keluar dari pintu pagar tepi masjid tu. Dekat dengan parking sebelah tempat solat wanita. Hati-hati sebab ada banyak najis kucing kat pasir-pasir tu. Kalau nampak macam bukit kecil baru kena timbus tu, haaa jangan la pijak ye kalau tak nak busuk satu kereta. Hahaha.


Cantik kan gambar berlatar belakangkan bandar Mersing ni?

Dari sini, kami pun gerak balik ke JB.

Terus balik rumah ke? Takkk. Tunggu entri seterusnya ya.


P/S: Semua gambar kecuali gambar makanan, kredit to Sis Lin.

20 comments:

  1. Terngiang2 suara Sis Lin menyuruh korang berposing. Oh, rupanya Sunah peminat mee goreng & selera kita sama, Sunah mesti suka kalau dpt mkn mee goreng kat kantin opis akak

    ReplyDelete
  2. Ya Allah indahnya bandar Mersing... sis lin selalu ajak makan2 eh.. hii.. best jugak sekali sekala jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee...dia selalu ajak makan2, lepas tu beli makanan banyak, tapi kami yang kena habiskan...hahahah

      Delete
  3. Seronok jalan2 sambil cari makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa....lagi best kalau jalan sambil bawak duit banyak2...hahahah

      Delete
  4. cantiknya pemandangan pantai Mersing. Kalau ada rezeki ingin sgt pergi ke sana...

    ReplyDelete
  5. Nanti nak pergi Mersing, Sis ajak korang lagi yer hehehehe

    ReplyDelete
  6. tengok gambo korang gi mersing baru teringat.. short vacay ke mersing bulan 5 tahun lepas.. x buat blog post.. kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Tetiba macam lama dah tak balik sana.. Akak suka cara satar kat tepi pantai tu.. Sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha...tapi ada banyak kedai, tak semua sama rasanya kan...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com