Sate Jawa Sedap di Larkin Sentral

Sate Jawa Sedap di Larkin Sentral | Haa, inilah sambungannya lepas balik dari Mersing. Kami plan nak jumpa dengan rakan-rakan blogger KL, DikBee dan kawan-kawannya yang baru balik dari FAMtrip di Batam, Indonesia. Jumpa diorang kat Larkin Sentral aje sebab diorang naik bas ke TBS kat sana. 

Sementara tunggu diorang sampai, Sis Lin ajak lah cari makan lagi. Dari tempat parking lagi sis dah sebut nak makan sate. Alamak, ada lagi ke kedai makan sate bukak time-time ni kat Larkin Sentral. Yang meriah kita nampak McD dengan kedai mamak tu je lerr. Tapi kami cuba jugak la naik sampai tingkat atas. Eh eh, rezeki Sis Lin lah sebab ada satu kedai kat tingkat 3 tu bukak lagi. Sate Jawa nama kedainya. So, memang confirm la ada sate kan?

Ye, ada. Masa tu kedai tu dah nak tutup dah. Menu yang tinggal hanyalah sate ayam, sate kambing dengan ketupat nasi. Kalau nak nasi putih pun boleh makan dengan sate tu. Saya nampak ada jugak pelanggan lain yang baru sampai, makan macam tu. Air pulak tinggal air mineral saje. Ah, boleh sajaaaa dong! Bukannya lapar sangat pun. Temankan Sis Lin aje. Ecece.


Sis order sate ayam dan sate kambing. Bila sampai kat meja, terpegun sekejap nengoknye. Gitu rupanya sate jawa ek. Kuahnya adalah kuah kicap bersama sambal hijau yang dicurah terus ke dalam pinggan sate. Bawang pun da ditabur terus atas sate tu. Diperah sekali limau kasturi sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Memang berbeza dengan sate Malaysia.


Rasa sikit, wahh sedappp jugak! Rasa pedas-pedas sikit sebab ada sambalnya tu. Cuma timun je takde. Kalau ada timun, best jugak sebab seorang Sunah tak akan makan bawang. Haha. Tahukah anda, karbon yang terdapat pada kesan-kesan hitam pada sate yang dibakar adalah bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser? Sebab itu lah, sate dihidangkan bersama bawang dan timun sebagai bahan anti kanser. Gituhhhh.


Sedih takde timun.

Minum air banyak-banyak ler seorang Sunah malam tu takut kena kanser. ๐Ÿ˜…

Ok, kalau uols nak try jugak sate jawa ni, silakan ke Larkin Sentral, tingkat 3. Cari kedainya kat kawasan medan selera tu yaaa~
Sate Jawa Sedap di Larkin Sentral Sate Jawa Sedap di Larkin Sentral Reviewed by Sunah Sakura on February 14, 2019 Rating: 5

10 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.