18 Tarikan Menarik di The Shore Oceanarium dan VRAR Interactive Park Melaka

18 Tarikan Menarik di The Shore Oceanarium dan VRAR Interactive Park Melaka | Hari Sabtu lepas, saya berkesempatan untuk mengunjungi The Shore Oceanarium Melaka, salah satu tarikan pelancongan terbaru di Melaka. Terletak di Level 2, The Shore Shopping Galery, lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar Melaka bersejarah, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia.


Apa yang menarik di The Shore Oceanarium ni sampai peminat hidupan laut wajib masukkan tempat ni dalam itinerary kalau datang ke Melaka?

1. Interactive Touch Pool

Uols boleh sentuh hidupan laut kat touch pool ni dengan pantauan staff Oceanarium. Saya sendiri cuba sentuh ikan buntal, ikan yu pasir dan ikan pari. Terasa licin aje kulit ikan buntal, geli geleman seketul Farahain bila tersentuh kulitnya. Paling saya suka adalah ikan yu pasir. Aduhai, manjaaaa sangat! Suka betul bila orang sentuh kulitnya yang sedikit kasar. Langsung tak takut bila saya hulurkan tangan ke dalam air, datang la diorang beramai-ramai nak bagi kita pegang. Eeee nak bela sekor! Selain dari tu, ada juga tapak sulaiman, landak laut dan juga gamat. Obor-obor pun ada katany,a tapi hari tu tak nampak pulak.


2. Jungle Quest

Pengunjung boleh mengetahui lebih dalam mengenai reptilia, ular, katak, rama-rama, serangga dan segala haiwan kecil termasuklah hedgehog.

3. Ocean Journey

Bahagian paling utama di Oceanarium, yang kemudian dibahagikan kepada Ocenarium Theater, Shark Quest, Sea Shell Museum, Marine Fishes dan pameran terumbu karang. Sambil berjalan sepanjang Oceanarium, jangan lupa dongak ke atas, sebab ada jerung berenang-renang sambil berangan nak menerkam uols kat atas tu. Hahaha. 


4. River Story

Ketahui pelbagai jenis hidupan laut dalam kawasan perairan yang berbeza di seluruh dunia, seperti Indian River, Chinese Mountain Stream, Australian River, Lake Malawi dan lain-lain. Bahagian terbesar kat sini adalah ekosistem Malaysia, di mana pelbagai jenis ikan di negara kita dipamerkan kat sini.

5. Dangerous Marine Species

Tahu ikan Pirhana? Haa. Boleh tengok kat sini.

6. Living Fossil

Mempamerkan hidupan laut yang bertahan lama dengan peredaran zaman serta pergolakan alam, biarpun hidupan laut yang lain mengalami kepupusan. Antaranya seperti Nautilus, horseshoe crab, Paddle Fish dan lain-lain.

7. Fun & Freakish

Pameran frogfish, boxfish, kuda laut, pipe fish dan obor-obor.

8. Fish Feeding Frenzy

Pengunjung berpeluang untuk memberi makan kepada ikan-ikan besar dengan pakej feeding tertentu.

9. Magical Vacuum Aquarium/MVA Aquarium

Uols boleh tengok macam mana setup vacuum aquarium kat sini, siap boleh hulur tangan dari luar akuarium tu untuk pegang ikan yang datang ke lubang tepi akuarium. Magik betul sebab air tak keluar pun! Arghhh, semua tu fizik! 😜

10. Like Real Vision

Gunakan cermin mata 3D yang diberikan untuk merasai pengalaman 3D di beberapa bahagian dalam Oceanarium, contohnya Pokok Bakau di Sungai Melaka, Hutan Hujan Pahang, Sungai Perak, batu fossil dan beberapa jenis ikan dalam 3D light board display.


11. A Turtle's Adventure

Haaa, kat sini gunakan cermin mata 3D uols untuk tonton filem 8 in 1 tentang pengembaraan seekor penyu kat laut. Kena duduk kat kerusi dia ya untuk rasa efek: angin, hujan, kilat, buih, leg sweep, gegaran kerusi, kabus dan juga bau!

12. Photo & Video Shoot Underwater AR Scene

Jangan tak ambil gambar konon-konon berada dalam air, ada banyak spot di sepanjang Oceanarium tu. Penggunaan teknologi Augmented Reality akan menyebabkan gambar uols dikelilingi oleh pelbagai jenis hidupan laut. Oh, 3D art trick gallery pun ada pada beberapa sudut dinding Oceanarium kalau uols nak ambil gambar yang menarik.


Ok, keluar dari The Oceanarium, uols akan bertemu pintu masuk ke VRAR Interactive Park Melaka. Kat sini lebih banyak teknologi interaktif yang menarik, wajibbbbb uols cuba!

13. 360º VR Cinema

Yessssss, ini dia! Benda paling wajib buat, paling menarik, paling daebakkkkk kat VRAR Interactive Park Melaka! Kat sini, uols akan rasai pengalaman menggunakan VR headset dengan visual 360º depan, kiri, kanan, atas, bawah dan belakang. Ada 4 jenis movie yang disediakan kat VR Cinema selama 5 - 8 minit. Yang kami tengok hari tu adalah Dive into the Sea. Fuhhh rasa macam real tau bila masuk ke dasar laut sambil tengok ikan pari berenang kat atas, ikan jerung datang menyerang, lepas tu sotong pulak telan...eeeeee! Nasib baik Sis Lin tak naik atas kerusi!



14. Dinasour Augmented Reality

Kat sini uols boleh ambil gambar dengan Dinasour yang muncul dalam frame gambar. Dinasour tu siap boleh react tau dengan pergerakan kita dalam frame gambar tu. Then uols boleh la snap gambar dan download secara PERCUMA aje gambarnya. Hanya perlu scan QR code yang tertera selepas setiap gambar yang diambil.


15. 3D EX Cinema

Yang ni macam nombor 11. Tapi binatangnya Dinasour lah, bukan penyu.

16. AR Interactive Game

Ada dua game yang disediakan. Game potong buah dengan game tangkap hidupan laut. Sesuai untuk semua peringkat umur.

17. Kid Edutainment Zone - Edutainment Painting Zone (3 - 12 tahun)

Menarik sangatttt! Anak-anak boleh pilih kartun yang diorang nak dan warnakan ikut suka, kemudian masukkan kartun yang dah siap ke skrin digital gergasi. Gembira betul bila tengok kartun yang diwarnakan hidup berlari-lari dalam skrin. Parents boleh tengok anak-anak main dan ajar diorang pilih warna yang sesuai. Alah, warna sukahati pun takpe, barulah rare kan?

18. Kid Edutainment Zone - Kid VR Zone (3 - 12 tahun)

Dilengkapi dengan Kids VR Bear Baby, ia merupakan versi VR comel yang pertama di Malaysia. Direka dengan lens istimewa, hand-held glasses, untuk mengurangkan tekanan pada mata anak-anak dan membolehkan mereka betul-betul masuk ke dalam dunia VR dengan cara yang lebih sihat dan selesa.

Nah, tu la 18 benda yang ada kat The Shore Oceanarium Melaka yang uols kena tahu. Haaa, ape lagi! Cepat lah plan aktiviti uols ke sini! Jemput sekali tengok video kat bawah untuk live view apa yang ada dalam Oceanarium~


The Shore Oceanarium Melaka

Lokasi:
Lot 2F-01, Level 2 The Shore Shopping Galery,
193 Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka, Malaysia.

Waktu Operasi:
Setiap hari
10.30 am - 9.00 pm
(Ticketing Close 8.00 pm)


Harga Tiket Masuk Oceanarium:
Dewasa RM40.00 nett
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM30.00 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) RM30.00 nett

Limited Time Offer:
Buy 1 Oceanarium Entrance Get 1 VRAR Entrance

No. Telefon: +606 282 9966
No. Faks: +606 283 1003

Website:

Email:
oceanariummelaka@gmail.com

Facebook Page:
https://www.facebook.com/oceanariummelaka/
https://www.facebook.com/coralwonderlandVR/

#TheShoreMelaka #TheShoreOceanarium #VisitMalaysia2020 #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia 

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 1 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 16 - 17 Mac 2019 
anjuran Tourism Malaysia.
18 Tarikan Menarik di The Shore Oceanarium dan VRAR Interactive Park Melaka 18 Tarikan Menarik di The Shore Oceanarium dan VRAR Interactive Park Melaka Reviewed by Sunah Sakura on March 21, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. sangattt bestttt ...... vr diaaa terjerit2 kiteee .hahhahaha...

    ReplyDelete
  2. Tak puas rasa kann..nak pergi lagilah nanti..jommm !

    Baca juga : https://www.sislin76.com/2019/03/the-shore-ocenarium-melaka-daya-tarikan.html

    ReplyDelete
  3. Wahhhh.. Menarik betul.. Tak sampai lagi ke sini. Memang best kalau dapat pergi ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.