Buffet Ramadhan 2019 - Mai Makan-Makan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadhan 2019 di Renaissance Johor Bahru Hotel  | Kalau uols nak tahu, Renaissance Johor Bahru Hotel yang buat tema makan-makan Nyonya Peranakan bulan ni tu, ada buat buffet Ramadhan jugak tau! Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel menjemput uols untuk  berbuka puasa di buffet Mai Makan-Makan bermula dari 8 Mei hingga 3 Jun 2019.


Cafe BLD yang sememangnya popular dengan juadah iftar menawarkan aneka menu tradisi, dari dalam dan luar negara pada bulan Ramadhan nanti. Menurut Director of Food & Beverage nya, Chef Mohamad Mahady, uols tak boleh lepaskan peluang untuk rasa Lamb Quzi dengan sos gravy nya, sebab menu tu adalah menu kategori signature Cafe BLD.


Untuk tema Mai Makan-Makan, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai masakan kampung Malaysia seperti Bubur Lambok, Nasi Briyani Arab, Ayam Percik, Ayam Golek, Rendang Daging, Gulai Kampung, Udang Goreng Rempah, Soto Ayam, Mee Rebus, Sup Ekor dan Lemang. Aduh, banyaknya!






Selain daripada menu sedia ada tu, Chef turut memperkenalkan Sup Tulang Merah (jangan lupa sedut sum sum dari tulang tu!), Mee Kawah (mee gorengnya style kegemaran saya!), Popiah Basah yang simple tapi berkhasiat (mengingatkan saya pada Popiah Basah kakak ipar nun jauh di utagha), Briyani Station dan juga pizza fiesta.





Menu-menu yang popular akan jadi menu tetap, manakala menu-menu sampingan akan ditukar setiap hari supaya pengunjung dapat rasa juadah berbeza pada kunjungan seterusnya. Sebagai pembuka selera, uols boleh cuba salad hijau yang segar, Kerabu dan aneka Ulam-ulaman. Cuba lah Kerabu Ayam, antara menu febret saya! Rasanya yang masam-masam manis mengingatkan saya kepada air asam utagha. Memang berselera lah kan kalau dah macam air asam tu!



Kalau uols suka makanan Jepun, sushi dan sashimi pun ada disediakan. Paling popular kat Cafe BLD ni adalah seafood-on-ice section nya. Ye lerr, kalo masuk dalam cafe, memang akan lalu depan ni dulu. Dari jauh dah nampak udang harimau, kepah dengan tiram bersinar-sinar atas ketulan ais. Pandai tauuu diorang menggoda selera perut kita ni. Hmmmm.



Paling best, kita jugak boleh order indoor pan-grilled meat on the spot. Saya dah rasa grilled lamb dengan beef nya. Sedappp, dia buat medium well, jadi dagingnya tak terlalu liat bila dipotong. Atau mungkin boleh mintak rare, medium rare, dengan well done agaknya? Makan dengan sos lada hitam atau sos cendawan. Ada jugak sos-sos botol disediakan.



Selain daripada menu kat dalam, bahagian luar cafe pun ada banyak live stations dari Teppanyaki Station, Shawarma Station, Lok-lok Station, Murtabak & Roti John Station, Teh Tarik Mamak Station, stesen goreng-goreng dan stesen bakar-bakar. Tinggal pilih ajeee~





Crepe Durian macam dalam gambar kat atas tu wajib rasa tau! Dan macam biasa, dessert table penuh dengan kuih-muih dan aneka kek yang bukan aje sedap dipandang, tapi sedap jugak dimakan. Ditambah lagi dengan Ice Cream Station dan Cendol Station. Lepas makan boleh lah beristighfar beramai-ramai sebab banyaknya gula masuk dalam perut. Hahahaha!





Biasanya, kalau berbuka puasa dekat Renaissance Johor Bahru Hotel ni, meja akan penuh sampai ke depan lif. Siapa yang duduk sampai area depan cafe tu, berpeluang lah nak tengok liveband sambil berbuka. Boleh dengar lagu-lagu klasik gituu.


Tergoda ke tak tergoda ni?

Belum lagi eh?

Nak lebih tergoda, boleh tengok lagi banyak gambar makanan dekat Page Sunah Suka Sakura dot com.


Kalau dah tergoda tu, jangan lupa book awal-awal!

Ada early bird promotion tau!


Early Bird Promotion

Dinner Date: 8/5 - 15/5/19

Buy 10 Get 3 Complimentary
Purchase Date: 1/3 - 8/5/19

Dinner Date: 8/5 - 3/6/19

Buy 10 Get 2 Complimentary
Purchase Date: 1/3 - 15/4/19

Buy 10 Get 1 Complimentary
Purchase Date: 16/4 - 8/5/19

OR

15% Discount with Standard Chartered Bank Card
20% Discount for Club Marriot Member

Kalau uols nak plan untuk private iftar gathering, Renaissance Johor Bahru Hotel pun ada option tu tau! Ada dua jenis menu pilihan pada harga RM98 nett per person dengan minimum 30 pax. Haaa, bawah RM100, tak percaya ke??

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh lah hubungi +607 381 3312 / +607 381 3317 atau email rosliza.lazim@renaissancehotels.com or evelyn.soh@renaissancehotels.com.

21 comments:

  1. Syurga makanan! Semuanya nampak sedap.. [^__^]

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini memang sedap...bukan nampak aje tau..hahaha

      Delete
  2. Terus terngiang-ngiang ayat Dr Aizal Sis ko hahahahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tadi minum sf coffee ingat Dr Aizal tak? hahahahha

      Delete
  3. fuhhhh tengok menu pun dah boleh mimpi malam ni kak!

    ReplyDelete
  4. Nyaman2 je makanan. Semua mau di ngap 😁😁

    ReplyDelete
  5. tergoda akk Sunah oi.. Sunahhhh.. belanja pleaseeee!

    ReplyDelete
  6. sedap ,tapi makan kena beringat...

    ReplyDelete
  7. perghhhh.. nang nyaman2 menu..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. sedap2 nampak makanan kat situ.. kalau time puasa ni mesti rasa nak makan semua kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak! tapi mesti tak dapat jugak makan semua...kena pergi dua tiga kali agaknye..hahahah

      Delete
  9. Menarik n sedap nampaknya semua makanan.

    ReplyDelete
  10. ya ampun, semua menu buat menetes air mata n air liur...

    ReplyDelete
  11. thn lps berbuka puasa di restoran mewah sbb boss isteri yg belanja. thn ni mungkin tidak la sbb dah pindah jabatan. huhuhuhu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com