Aduhai, Sedap Sangat Royal Durian Snow Ice di Big Bowl Ice!

Aduhai, Sedap Sangat Royal Durian Snow Ice di Big Bowl Ice! | Sis kauu pergi Big Bowl Ice lagi petang semalam. Ye, untuk kali ketiga. Kali ni pergi cawangan kat Bandar Baru Uda pulak. Sebab satu jalan nak hantar kawan yang datang dari Singapore ke JB Sentral lepas Asarnye.

Hari Khamis petang, tak ramai sangat pengunjungnya. Ada banyak meja kosong. Kali ni, teringin pulak nak rasa benda yang lain dari lain. Ternampak durian kat menu, terus order Royal Durian Snow Ice with Ice Cream. Nak tengok ke mana perginya royal durian tu. 😁


Nah, gitu rupa dia bila dah sampai. Dua saat duduk kat meja, terus semerbak bau durian. Sebelum makan, dia kena posing dulu untuk kami. Masing-masing sibuk ambil gambar. Kak Ajan order salah satu daripada Thai Sedap Series bersama Laici dan Kacang Tanah. Dak Risha pulak order Chocolate Snow Ice with Cornflakes & Peanuts.


Bila semua start menceduk masuk mulut, berhenti 5 saat masing-masing. Saya pandang kak Ajan, Kak Ajan pandang Risha, Risha pandang saya, saya pandang Risha, Risha pandang kak Ajan, kak Ajan pandang saya. Eh, banyak pulak, saling berpandangan lahhhh pendek kata. 😂

Sebab ape, semua sedappppp pilihan kali ni.


Saya suka rasa durian pada Royal Durian Snow Ice tu. Hadir dengan kepingan-kepingan segiempat yang pada mulanya mendatangkan rasa hairan, dah kenapa ada fishcake pulak kat shaved ice ni? Tiberrrr, tak logik betul soalan seorang Sunah. 😂

Sebenarnya kepingan tu adalah isi durian yang diorang bekukan. Sedappp gilerrrrrr bila makan dengan shaved ice dan aiskrim atas tu. 😍😋

Kalau uols nak order tanpa aiskrim pun ada. Tapi saya tak ingat pulak harganya. Ingat kod dia aje BB99. Untuk yang ada ice cream macam saya order tu, kod BB100, harganya RM16.50. Sangat berbaloi-baloi ye! Thai Sedap Series pun sedappp seperti namanya. Rasa teh Thai tu macam dekat Amphawa bak kata kak Ajan. Risha punya coklat pun sedappppp secukup rasa!

Uols, jangan lupa try jugak perisa-perisa ni kalau ke Big Bowl Ice, ok!

16 comments:

  1. Memang nampak sedap sis.. Melelhh ailio ni dah beberapa kali lap, hehehehe
    Meriah dengan segala macam topping.. Jauh pula Big Bowl Ice ni..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mun sik nyaman, sik mok kamek share..hahahaha

      Delete
  3. peeeee tengah ari begini...klo makan tu.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ice bowl duyan 😋

    ReplyDelete
  5. sedapnya! Sama lah tertanya jugak apa benda segi empat tu. Nanti kalau pergi sini boleh order :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaha....akhirnya terjawab sudah kannn

      Delete
  6. Kita makan ritu dengan adik kita tapi yg mango dan laici punya milk snow ice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kan...tak berapa mencari mango kalo makan yg camni...mesti nak perisa lain..hahahha

      Delete
  7. Replies
    1. mesti laaa...da ternampak pokok durian kat blog WP tadi...hahhahaha

      Delete
  8. Ermmmm bila entah dapat mencubanya...takde orang nak bawak .. *tangan bawah dagu...

    ReplyDelete
  9. Semua nampak sedap kecuali durian.. ekekeke.. sebab kita tak makan durian..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com