Nak Ada Banyak Duit Pada Masa Hadapan Bukan Lagi Menjadi Impian

Nak Ada Banyak Duit Pada Hari Tua Bukan Lagi Menjadi Impian | Uols mesti pernah ada satu cita-cita dalam hati, nak jadi lebih kaya dan ada lebih banyak duit satu hari nanti. Betul tak? Jangan tipu lah. Setiap orang mesti ada rasa nak ada rezeki lebih banyak supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak.

Saya pun pernah macam tu. Terasa nak jadi kaya sebab nak tolong keluarga, ringankan beban mak bapak kat kampung. Nak jadi jutawan supaya boleh bantu ekonomi Islam dan mana-mana badan kebajikan. Nak ada banyak duit untuk belikan makanan kucing dan pasir kucing. Pendek kata, semua benda memerlukan duit. Tak ada duit, kau tak akan ke mana-mana.

Lagi-lagi usia sekarang dalam zaman kos sara hidup tinggi melangit dan harga barang mahal menggila. Bak kata Farahain, harga Yahudi. Haha! Memang kekangan kewangan tu kerap berlaku sebab masih belum melangkah ke alam pekerjaan hakiki. Sekadar bergantung kepada bisnes kecil-kecilan, alhamdulillah rezeki jarang putus walaupun kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Tapi ada masanya juga, tak rasa langsung nak jadi orang yang kaya dan banyak duit. Jadi lupa tiba-tiba, apa benda yang saya nak sangat dalam hidup, sebenarnya?

Hurm. Bila diuji dengan masalah kewangan, barulah kepala dan hati diketuk. Belajar sesuatu dari setiap kejadian yang berlaku. Kan orang kata, di sebalik setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita, ada hikmah di sebaliknya. Salah satu hikmah yang saya pelajari menyebabkan saya rephrased my ambition. Bukan lagi nak ada banyak duit atau jadi kaya.


But untuk dapatkan financial freedom.

Uols tahu tak ape tu financial freedom?

Financial freedom maksudnya uols mampu membuat keputusan dalam hidup tanpa perlu terlalu tertekan dengan kesan kewangan sebab uols da cukup bersedia. You control your finances instead of being controlled by them. Tapi jalan untuk capai financial freedom bukanlah melalui strategi cepat kaya. Ada pelbagai cara kita boleh bina financial freedom, antaranya melalui Pelaburan Unit Amanah. Dan financial freedom tu tak bermaksud uols boleh boros berbelanja benda bukan-bukan lepas tu menyesal, yeee!

Ok, kalau nak lebih faham lagi, saya bagi contoh mudah. Perasaan tak kisah nak bayar road tax kereta setahun sekali tanpa perlu berfikir panjang, seminggu lepas tu uols da lupa da pasal duit yang habis guna bayar road tax kereta. Rasa terkejut tengok kereta calar sebab kena langgar lari, uols pergi la ketuk kat bengkel dan bayar tanpa fikir dua kali, seminggu lepas tu uols dah tak ingat pun kereta pernah calar.

Faham tak perasaan tu? Walau sekejap, itu lah sekelumit financial freedom selama beberapa hari sebelum duit gaji da semakin nipis.

Tapi itu bukanlah financial freedom yang sebenar.

"When you are financially independent, you have options. You don’t have to wonder if your bank account can handle replacing your hot water heater or buying groceries for a single mom who just lost her job." —Chris Hogan

Hurm, gitu lah. Impian saya satu hari nanti I wanna be free from being too stressed over how I spend my money. Moga-moga tercapai, ameen.
Nak Ada Banyak Duit Pada Masa Hadapan Bukan Lagi Menjadi Impian Nak Ada Banyak Duit Pada Masa Hadapan Bukan Lagi Menjadi Impian Reviewed by Sunah Sakura on March 07, 2019 Rating: 5

22 comments:

  1. Yang penting jangan jadi hamba duit..
    Moga impian Sunah menjadi kenyataan...aaminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul....jangan sampai hidup kita hancuss kerana duit...
      ameen ameen...

      Delete
  2. Ada impian nak kaya. Tapi tu semua rezeki dr Allah. Tak kaya pun tak apalah janji hidup tenang dan diberkati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...rezeki dari Nya tak pernah salah alamat....insya'Allah...

      Delete
  3. misi kak sekarang nak lunaskan hutang. hutang kereta tahun ni, hutang personal loan tahun ni jugak. hutang ptptn ada lg sikit, nak lunas dgn kwsp jugak la. generasi muda janganlah ikut perangai keja untuk lunaskan hutang. wajib kena ada simpanan masa depan jugak camna pun :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...sama la saya pun, sekarang memang nak lunaskan hutang2 dulu...baru bole menyimpan untuk diri dan keluarga..

      Delete
  4. semua org yg bekerja mmg mengimpikan dpt rasa peluang nih, cuma nya bila masanya tidak lah tahu...

    ReplyDelete
  5. ada impian takpe yg penting jgn terus giveup jika impian x tercapai.. salam kenal sunah.. done follow blog awak.. salam kenal dr sis hawa dot com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah sis...mekasih datang sini..hihuuuuu

      Delete
  6. Nad skrg lebih tenang ,kalau dulu cakap pasal duit nak mengamuk je. Khilafnya nad ..

    Contest Anniversary 7 Years Miss Nadya

    ReplyDelete
    Replies
    1. masya Allah....bestnya kalau dapat jumpa dan duduk berkongsi cerita dengan nad...

      Delete
  7. Bestnya klo kite financial freedom anddd ain akan banyak luangkan masa dgn msyrkt and do more csr.. Eee,, one of my dreamm too.. Semoga allah permudahkan impian kite kan. ❤️

    ReplyDelete
  8. memang kdg2 tu bila ada kes kecemasan memang perlukan duit. Terpaksalah ambik duit di tabung haji dahulu. duit tu kalau boleh kena ada sbg tabung kecemasan. x yah byk pun. dlm 5k pun dah boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...ni lah yang saya selalu bincangkan dengan suami...kena ada tabung kecemasan untuk masa2 terdesak...

      Delete
  9. Bila dah berusia ni barulah LZ ada kesedaran untuk tambah pelaburan, kurangkan hutang dan lebihkan simpanan. In shaa Allah sis, semoga urusan kita dipermudahkan dan diberkatiNya selalu..

    ReplyDelete
  10. Bila takde financial freedom memang menjadi impian ai.. kena berusaha ke arah itu.. ;)

    ReplyDelete
  11. Bila dah tua2 bangka macam wak ni, duit banyak bukan buruan utama.
    Nak kekal bahagia dan kekal sihat aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...ramai yang saya kenali, kongsi kisah macam tu juga...bila da tua, duit bukan lagi tujuan utama...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.