Basque Burnt Cheesecake Cubaan Pertama

Basque Burnt Cheesecake Cubaan Pertama | Pertama kali saya cuba buat sendiri Basque Burnt Cheesecake ni. Selama ni tengok aje dia lalu kat timeline instagram, nampak kat August Cafe Johor Bahru, dengar komen dari kawan-kawan, tapi tak pernah langsung cuba rasa dan cuba buat.

Sebabnya, harga kek yang mahal sangat dan bahan-bahan dia juga agak mahal. Mana taknya, resepi asal kek ni menggunakan 1 kilogram cream cheese! Harga cream cheese Tatura untuk 250 gram pun dah RM8 - 9. Kalau Philadelphia? 250 gram dalam RM13 - 15. Bayangkan lah kalau 1 kilogram?


Jadi jangan lah pelik kalau harga kek ni agak mahal untuk 1 slice. Saya pernah jumpa dari harga RM10 - RM14 untuk 1 potong kek ni. Lagi mahal dari New York Cheesecake Secret Recipe, nkoo! Nak harga bawah RM10, jangan pelik kalau saiz dia tak sampai separuh tapak tangan. Iyeeee!

Sebab tu, ada yang berusaha untuk ubahsuai resepi asalnya dengan mengurangkan cream cheese dan menambah bahan lain, ikut sasaran jualan, juga citarasa masyarakat setempat. Ada kawasan, bukan dari kalangan cheese lover, yang tak akan sanggup beli benda mahal semata-mata nak rasa. Ada kawasan, penuh dengan cheese lover, yang sanggup beli mahal untuk sepotong kek keju yang berkualiti.


Tekak Malaysia, kadang-kadang tak boleh telan kek keju penuh tanpa esen vanilla dan lemon langsung. Sebab bau telur yang kuat akan menyebabkan rasa cepat muak. Tapi, penggunaan cream cheese berkualiti tinggi mampu menenggelamkan bau telur tu walau tanpa apa-apa esen pun.

Cubaan kali pertama, saya hanya gunakan cream cheese Tatura sahaja. Dari segi rasa, jujur cakap, sedap, ye sedap. Tapi macam biashe-biashe aje rasanya. Takde la ummphhh sangat sampai boleh terigau-igau. Rasa macam makan New York Cheese tanpa base biskutnye tu. Saya rasa da ok dah. Cuma, untuk jual, it's not that special and not worth it kalau saya pembelinya.

Ye, itulah seorang Sunah. Hanya akan jual kalau betul-betul sedap yang over the moon pada tekaknya. Jadi, kalau nak improve dan betul-betul nak jual next time, saya akan gunakan Philadelphia cream cheese. Jangan marah ya kalau harga kek nya mahal kedaung. Hahaha!

Ok, jom tengok resepi Basque Burnt Cheesecake yang saya cuba kali pertama ni!


Resepi terjemahan dari: Phong Hong Bakes
Loyang: 7" @ 8"

Bahan-bahan:
500 gram cream cheese pada suhu bilik (recommended guna Philadelphia)
170 gram gula kastor
200 ml UHT whipping cream
4 biji telur gred A
18 gram tepung gandum

Cara-cara membuatnya:
  1. Alaskan loyang dengan baking paper, make sure tinggi baking paper lebih 2 inchi dari aras loyang sebab kek akan naik melebihi aras loyang dalam oven.
  2. Pukul cream cheese dan gula hingga berkrim (saya guna stand mixer).
  3. Masukkan telur satu per satu, pukul hingga rata.
  4. Masukkan whipping cream, gaul lagi hingga semuanya sebati.
  5. Ayak tepung ke dalam adunan dalam 3 bahagian, kaup balik guna spatula hingga bercampur rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang, hentak perlahan beberapa kali untuk hilangkan liang udara.
  7. Bakar pada suhu 180 - 200 'C, ikut suhu oven masing-masing, selama 1 jam atau lebih hingga permukaan kek berwarna coklat gelap. Jangan terlebih bakar, nanti jadi pahit.



Saya bakar selama 1 jam 20 minit, guna api atas dan bawah, rak oven paling bawah. Lepas da keluarkan dari oven, kek akan mendap semula. Biarkan menyejuk sepenuhnya baru keluarkan dari loyang. Saya masukkan dulu dalam peti ais, baru keluarkan untuk mudahkan proses memotong kek. Ada orang cakap, makan panas-panas pun sedap.

12 comments:

  1. Wuuuu macam sedap benau Sis ko nengoknyaaa...
    Wahai orang sebelah, kang kita cari kek yer hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Fuyoooo... ni bila kita leh merasa ni air tangan awak ehhehee

    ReplyDelete
  3. wahhhhh dh 2 kali cuba masak.... biasa nampak kt ig tp tak pernah jumpa lg org jual klu pegi mana2.... mmg akak suka mkn kek cheese tp takde dpn mata takpe...
    tgk bahan2 simple je, tp sbb oven akak skrg tgh bt hal... jd akak tak berapa berani nk cuba lah hehehe...

    ReplyDelete
  4. sedap tu. buleh tempah untuk besday nanti...

    ReplyDelete
  5. wow.. bila nak buat lagi ? kite nak ketuk pintu rumah. hehe..

    ReplyDelete
  6. Aida br beli brg nak buat ni esok or lusa. Dpt resepi kat fb. Nanti boleh tgk tgk resepi sunah ni jugak. Utk makan sendiri, takpe kot sesekali guna cheese mahal hi hi hi... Kat area rumah aida ni ada jual. RM8 sepotong. Sedap!

    ReplyDelete
  7. 18g tepung gandum. 18g atau 180gm ?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com