Bubble Tea Bukan Biashe Biashe di Johor Bahru - Teaday dan Wacha Tea

Bubble Tea Bukan Biashe Biashe di Johor Bahru - Teaday dan Wacha Tea | Hai, bersiaran kembali setelah hilang arah selama beberapa hari. Mungkin sebab homesick dan jugak kerinduan pada dua orang budak yang dah balik ke kampung halaman. Terima kasih kepada uols yang masih sudi datang bertandang walaupun update press release aje. Hahaha!

Ok, hari ni entri bukan biashe biashe ye.


Saya nak share port menarik untuk peminat bubble tea di Johor Bahru. Tahu tak bubble tea? Alaaa, macam Coolblog tu. Siapa suka makan pearl dalam Coolblog, mesti suka bubble tea sebab yang tu pun ada pearl jugak kat dalam airnya. Ada dua port bubble tea yang baru saya temui dalam minggu lepas.

Teaday - Taman Sutera Utama

Yang ni, secara tak dirancang saya temui, sebab cousin dari Bintulu tu yang ajak. Dari mula-mula sampai kat airport Senai lagi dia da tanya, "Taman Sutera kat mana ya?" Ada apa kat situ yang dia nak cari sangat? Katanya ada kafe nama Teaday. Ooo.


Kami ke sini pada hari Sabtu 23 Februari 2019. Kafe ni terletak di atas Restoran Hong Dae Korean BBQ Taman Sutera Utama. Ada pintu kecik untuk naik tangga ke tingkat atas. Lorhhh, rupa-rupanya pada hari tu ada event untuk peminat K-Pop Wanna One selama dua hari, 23 & 24 Februari 2019.


Setiap pembelian minuman Teaday, uols akan dapat complimentary gifts Wanna One merchandise. Cousin ni memang peminat kumpulan K-Pop ni ha. Dijadikan cerita, dia sebenarnya nak gi konsert Blackpink kat KL hari tu, siap kawan dia da belanja tiket oiii. Tapi mak dia tak kasi pergi kalau dia sorang-sorang aje ke sana dari JB. Maka, burn je la tiketnya tu. Berhuhuhu lah dia.


Teaday ni dibuka pada 29 Ogos 2018, ada macam-macam menu bubble tea yang sangat menarik kat sini. Saya cuba top best seller Teaday, iaitu Messy Mango. Uishhh, sedap tau! Ada buah mangga sebenar dalam minuman tu. Bahagian atas minuman pulak ada lapisan cheese yang kalau uols teguk, akan terhasillah misai putih yang comel. Hahaha! Saya sangat rekemen perisa ni.


Sepupu pulak try Oreo Bobo Milk, saya tak rasa la pulak minuman tu, tapi antara top seller jugak di Teaday. Si Ecah pulak order Chocolate Milk Tea, boleh tahan sedap juga, tapi agak manis. Eh, kat sini uols boleh juga pilih nak manis tahap mana. Dia ada level-level sugarnya dari 0%, 30%, 50% hingga 100%. Haa, ok lah kan kalau ada yang tak nak gula langsung. Harga bubble tea kat sini dalam range RM8 - RM15.


Ruangan dalam kafe berkonsep minimalis, sesuai untuk event-event simple. Sebab tu agaknya Teaday ni jadi pusat tumpuan untuk mana-mana event K-Pop. Jangan tak tau, esok 2 Mac pun ada event untuk peminat kumpulan BTS dan Seventeen yee! Rujuk Facebook Teadayz - Premium Tea Bar Sutera Utama untuk maklumat lanjut! Oh, diorang ada branch lain jugak di Cheras dan Permas (Teadayz BLACK).




Teadayz - Premium Tea Bar

Lokasi:
68A, Jalan Sutera Tanjung 8/4, 81300 Johor Bahru

Waktu Operasi:
Setiap hari
12 pm - 12.30 am

Facebook:

Instagram:

No. Telefon:
+6011-16136162

Wacha - Holiday Villa Johor Bahru

Sebelah malamnya, kami ke Grand Opening Wacha di Holiday Villa, Johor Bahru pulak. Tanpa dirancang, seharian tu minum bubble tea aje. Nasib baik tak muntah pearl. Hahaha. Wacha ni letaknya kat bawah K-Fry, bahagian sisi jalan nak masuk parking Holiday Villa tu. Senang nampak dari jauh.


Disebabkan pergi masa Grand Opening, masyarakat sangatlah ramai malam tu. Tambahan pulak, ada Buy 1 Free 1. Sape tak nak grab kan? Ada yang siap bawak 4 plastik balik rumah. Sis kauu tak amek gambar je sebab da malam, eee malas betul.


Kat sini minuman dia lebih kurang macam kat Teaday jugak, yang perisa cheesecake pun ade. Tapi pada hari opening tu takde. Maybe diorang dah consider keramaian, takut kelam kabut nak buat cheesecake. Hahaha. Sebelah petangnya, ada complimentary bubble tea untuk 100 pengunjung terawal. Adik saya dan sepupu boleh lah try Brown Sugar Baby Pearl Milk Tea dengan Original Baby Pearl Milk Tea dia sementara saya gi solat Maghrib kejap.


Balik dari solat, pengunjung semakin bertambah. Siap berbaris panjang sampai ke luar kafe. Ruang dalam kafe agak limited, ada dua meja saje. Bahagian luar kafe dah penuh dengan aktiviti pembukaan. Malam tu ada pertandingan menghabiskan 1.5L Original Milk Tea. Hadiah pertamanya dapat tidur semalam kat Holiday Villa dengan setahun percuma milk tea uiii! Bertuahlah sape yang dapat.


Saya suka Matcha Latte dan Original Baby Pearl Milk Tea dia. Sedapppp sangat dan tak terlalu manis! Rasa teh hijau nya pun sangat kawww secukup rasa. Chocolate Latte pun sedap jugak. Untuk Brown Sugar Baby Pearl Milk Tea pulak, agak manis bagi saya. Mungkin next time kalau nak minum yang tu, saya kena request sugar level yang lebih rendah.


Menariknya, pearl yang digunakan bersaiz kecil. Sekali sedut dengan straw besar, boleh masuk berbiji-biji ke dalam mulut. Dah namanya baby pearl kan? Puas hati, takde la stress nak minum kalau tersangkut-sangkut pearlnya masa nak sedut air. Hihi.

Uols yang berminat nak try, boleh la ke Wacha kat Holiday Villa, ya! Harga bubble tea kat sini bermula dari RM6 - RM16.


Wacha 話茶

Lokasi:
G21, Holiday Villa JB
No. 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Waktu operasi:
Rabu - Isnin
3 pm - 12 am
Selasa TUTUP

Facebook:

Instagram:

No. Telefon:
+6012-6112911
Bubble Tea Bukan Biashe Biashe di Johor Bahru - Teaday dan Wacha Tea Bubble Tea Bukan Biashe Biashe di Johor Bahru - Teaday dan Wacha Tea Reviewed by Sunah Sakura on March 01, 2019 Rating: 5

7 comments:

  1. Tak pernah try lagi bubble tea ni hihi. Almaklumlah teh tarik juga pojaan hati haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. teh tarik tu memang kegemaran sepanjang zaman khennnnn

      Delete
  2. Ayat hipster, Biashe-biashe hahahaha...
    Awak belanjer kita plessss

    ReplyDelete
  3. haihhh tengok entry ni terasa nak minum bubble milk tea pulakk dah :D

    ReplyDelete
  4. Bukan biashe biashe bossskuuuu... Ain ni memang peminat kunyah telan pearl tuu..hahahhaa. Tapii , ade lerr sis sorg tuhh nama dia sis lin dia xminat...setiap kali dia ter sedut pearl tuu,pasti di hembus kebawah.. Maka , banyak lerr pearll hasil hembusan ke bawahh dia.. Eeee,hahhhaaa..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.