Akhirnya Mumu Selamat Melahirkan 3 Ekor Anak Kucing

Akhirnya Mumu Selamat Melahirkan 3 Ekor Anak Kucing | Haha. Tajuk saya menggambarkan entri saya yang sebenar ye. Jangan risau. Takut juga kena marah kalau buat tajuk yang langsung tak ada kena mengena dengan entri. Kang ada kena amaran saman macam kes blogger buat tajuk pasal Zara Zya hari tu. Hadoi, sabar je la. Uols jangan buat macam tu, ok!

Berbalik kepada tajuk entri kita, yaaaa, Mumu dah selamat beranak! Macam yang saya ceritakan dalam entri Pikachu dan Eeve dulu, Mumu tengah sarat bunting, tunggu masa nak melahirkan. Akhirnya pagi tadi, dia mengiau-ngiau tepi cage tempat dia bersalin sebelum-sebelum ni sambil menjilat-jilat dak Lugia.

Bayangkan lerr Lugia yang paling dia benci sepanjang bunting, asyik kena tampar je kalau datang dekat, tiba-tiba dia sayang pagi ni. Dan Mumu seekor kucing yang jarang-jarang sekali mengiau nyaring. Pagi tadi la dia mengiau kuat dari selalu. Saya yang tengah bersihkan pasir kucing, terus ke depan cari dia. Sah, dia nak beranak dah.

Terus saya ambil kain buruk dari dalam gobok besi dan hamparkan dalam cage. Mumu masuk secara sukarela. Dah pandai dah dia. Saya tutup pintu cage untuk elakkan kucing lain masuk mengganggu. Cage pun saya tutup lagi dengan kain supaya Mumu rasa selamat dalam tu.


Tak lama lepas tu, tadaaaa! Lahirlah anak kucing yang comel seramai 3 ekor. Hahaha. Yang pertama sekali warna calico, hasil Mumu kahwin dengan kucing berbulu oren. Yang kedua, warna tuxedo, bulu hitamnya sangat banyak hampir dominan. Yang ketiga persis Mumu dan Oreo, anaknya yang dulu. Semua berekor pendek.

Saya periksa jugak bila dah keluar yang ketiga. Mumu macam nak keluar dari cage. Jadi saya pun buka pintu. Dia keluar, terus pergi ke bekas air dan minum. Ok, dah selesai lah ni.

Alhamdulillah, sihat-sihat semuanya.

Cepat lah ucap tahniah.

13 comments:

  1. alaa. comelya... dpt bby bulus baru la ye... tahniah

    ReplyDelete
  2. Alololo comelnyaaaa 😍 alaaaa teringin nak bela kucing tapi tak boleh belaaa

    ReplyDelete
  3. Ala comelnya......

    salam kenalan dari saya,

    Nak tanya ini, berminat tak tukar link blog dengan saya (bloglist) Kalau berminat beritahu saya ye di

    https://www.ohbosannya.com/p/blog-page_1.html

    Nak cari rakan blog yang aktif.

    ReplyDelete
  4. jadi bidan terjun sunahh hii.. ala seronoknya bela kucing,, tak leh dah bela kucing macam dulu dulu huu.. semoga sihat mommy n anak2 bulus

    ReplyDelete
  5. Ko dah jadi bidan la ek hehehehe..
    Sekali dulu tengok kucing beranak, negri sampai sekarang oiiii

    ReplyDelete
  6. Kahkakahkahh... Bertambah lerrr anak2 dia tuuu.. Habiss peningg mama sunahh.. Hahahahahha.. 😂😂😂

    ReplyDelete
  7. halo halo Sunah, tentulah Mumu tu mak kucing mestilah beranakkan anak kucing, takkan anak gajah plak.. hahahha.. larikkkkkkkkkkkk!

    ReplyDelete
  8. lain-lain warna bulu ye..senang nak cam. yang calico tu cantik tompok-tompok campur hitam.

    ReplyDelete
  9. Wah! Tahniah heheheee... dah pandai beranak sendiri mungkin sebab dah ada experience tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com