1530 Peserta Malaysia Surfcasting Berentap Merebut RM70,000 di Pantai Bisikan Bayu, Kelantan

1530 Peserta Malaysia Surfcasting Berentap Merebut RM70,000 di Pantai Bisikan Bayu, Kelantan | Kelmarin, 13 April 2019, menyaksikan 1530 orang peserta telah berentap dalam pertandingan Malaysia Surfcasting Tour di Pantai Bisikan Bayu, Kg. Pasir Putih, Kelantan. Pertandingan yang bermula seawal 8.30 pagi tersebut merupakan siri kedua setelah berlangsungnya siri pertama di Pantai Puteri, Melaka, bulan lepas.

Saya berpeluang untuk turut serta dalam upacara perasmian dan penutupan semalam. Memang ramai sungguh peserta dari serata negeri di Malaysia dan juga Singapura. Uik. Sanggup kan diorang datang jauh-jauh untuk join memancing ni. Ye lerrr, tengok la hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang. Lumayan gilerrr kot!


Lebih menarik, pegawai Tourism Malaysia bagitahu kitorang, pernah ada sejarah ikan pari didaratkan dengan berat 37 kg! Serius la? Tak sure la saya salah dengar ke ape, antara 3.7 ke 37 kg keeee. Kena tanya balik pegawai Tourism Malaysia tu. Hahaha! Yang penting, ada ikan pari kat laut Kelantan! Seketul Sunah betul-betul teruja nak tengok ikan apa pulak yang akan memberi rezeki kepada pemancingnya kali ni.


Akhirnya dalam pukul 12 lebih, dah pun terungkai keterujaan seorang Sunah. Perghhhh kagum gilerrr sis kauu tengok seekor ikan pari seberat 8.27 kg yang berjaya didaratkan oleh salah seorang peserta Malaysia Surfcasting Tour kali ni! Lagi kagum tengok ada beberapa ekor lagi ikan pari yang lain dalam top 10! Gilo banyak ikan pari kat sini ek? Sedapnya kalau bakar sambal ke buat asam pedas ke. Tiberrr. Hahaha!


Untuk siri kali ni, Mat Dahab Ismail dari Kota Bharu memenangi tempat pertama dengan hadiah wang tunai RM70,000, manakala tempat kedua dimenangi Rohaizat Abdul Shukur dari Bukit Rambai, Melaka dengan wang tunai RM12,000 dan tempat ketiga dimenangi Muhammad Ridhuan Abdul Aziz dari Pasir Puteh yang memperoleh wang tunai RM5,000.


Paling menarik perhatian kami, turut serta dalam pertandingan kali ni adalah encik Pejol atau nama penuhnya Mohd Faizul Mohd Ali yang merupakan pemenang RM70,000 dalam siri pertama di Melaka bulan lepas! Dia pun menang jugak uiiii dalam top 20! Alhamdulillah, rezeki keluarganya kan, sampai ada abang kat belakang kitorang sebut, "duit RM70,000 pun tak habis lagi." Kahhhh! Terhibur sis kauu mendengarnya. ๐Ÿ˜‚


Tahniah kepada semua pemenang dan para peserta Malaysia Surfcasting Tour Siri 2! Tahniah juga kepada Tourism Malaysia atas kelancaran program. Nextttt kat Pantai Remis, Selangor pulak! Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ni, uols boleh terus ke laman web www.wakjalitour.my.

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 2 di Pantai Bisikan Bayu, Kg. Pasir Putih, Kelantan
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2019 
anjuran Tourism Malaysia.
1530 Peserta Malaysia Surfcasting Berentap Merebut RM70,000 di Pantai Bisikan Bayu, Kelantan 1530 Peserta Malaysia Surfcasting Berentap Merebut RM70,000 di Pantai Bisikan Bayu, Kelantan Reviewed by Sunah Sakura on April 14, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Tahniah kepada pemenang.. Bukan mudah memancing di pantai..
    Suka tengok hasil tangkapan yang dipamerkan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah semua pemenang.. hadiah menarik sangat kan. Dulu pernah juga follow WakJali Tour nie, tapi ikut sebagai peniaga dalam event depa tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. rezeki org minat macing kan sunah..:)

    ReplyDelete
  4. Wow meriah tu tahniah yg menang

    ReplyDelete
  5. Kelu pakcik tu tak terkata ...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.