Pemenang Malaysia Surfcasting Siri Pertama Bawa Pulang RM70,000

Pemenang Malaysia Surfcasting Siri Pertama Bawa Pulang RM70,000 | Ye, ini kisah benar. Semalam, 17 Mac 2019, telah berlangsungnya Malaysia Surfcasting Tour Siri 1 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Sis kauu berkesempatan untuk meninjau pertandingan memancing dari gigi pantai ni dari siren dimulakan seawal pukul 8 pagi lagi. Pertandingan ni dianjurkan oleh WAKJALI Event Management dengan kerjasama Tourism Malaysia.

WAKJALI Event Management yang ditubuhkan pada 2004, telah menganjurkan lebih 600 kali pertandingan memancing di seluruh negara dan memegang rekod dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penganjur Pertandingan Memancing Paling Ramai Peserta pada 2007 dengan penyertaan sebanyak 3,986 peserta.

Apa matlamat utama Malaysia Surfcasting Tour ni?

2.1 Memperkenalkan pantai-pantai seluruh negara yang berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan

2.2 Mempromosi dan memberi kesedaran rakyat Malaysia kepada VMY2020

2.3 Menggerakkan industri pelancongan domestik menerusi pergerakan kumpulan pemancing dari sebuah negeri ke negeri lain dalam setiap siri.

2.4 Menjana ekonomi hiliran daripada aktiviti memancing - umpan, makanan, petrol, pakaian, peralatan memancing dan lain-lain.

Malaysia Surfcasting Tour, A Journey to Visit Malaysia 2020

Pada mulanya, saya memang tak ada idea tentang surfcasting ni. Jujur cakap, takde buat apa-apa research pun tentang surfcasting sebab kesuntukan masa sebelum event berlangsung. Sehingga malam sebelum event, saya masih terbayangkan surfing dan meluncur ombak. Sampai lah waktu makan malam, ada pihak Tourism Malaysia sebut, "nanti diorang surfcasting tu, campak dan stay je la kan?" sambil buat gaya orang campak joran.

Erkkk.

Memancing ke???

Ya Allah. Nasib baik lerr kami langsung tak sebut apa-apa pasal surfing. Ye, sis Lin dengan Ain pun sama macam saya. Tak terfikir pun surfcasting ni sebenarnya aktiviti memancing di tepi pantai. Kalau sebut depan pihak Tourism Malaysia, mesti berdekah-dekah dan berkilo-kilo gelak tawa disajikan buat kami. Tiberr. Hahaha!


Seramai 1,200 orang peserta dari seluruh negara menyertai pertandingan surcasting dalam siri pertama ni. Ramai gilerrr. Ada yang siap berkhemah kat sini dari hari sebelumnya lagi. Peserta hanya perlu memancing dan dapat ikan yang lebih berat daripada orang lain. Sape yang ikan dia paling berat, haa dia lah pemenangnya. Macam senang ek? Uishh, tak senang ok! Kena stay kat tepi pantai tu dari pagi sampai tengahari, dengan cuaca panas terik lagi! Sambil berdoa moga-moga ada ikan yang makan umpan. Bila dah rasa tali pancing tu macam berat dan tertarik-tarik, kena pulak pandai tarik balik tanpa terlepas ikannya. Kalau terlepas, aduhhh kecewanyaa!

Pihak Tourism Malaysia memulakan pertandingan dengan membunyikan siren

Bila dah dapat ikan, jurusetia program akan kutip ikan uols dalam plastik, kemudian bawak ke pusat timbang ikan. Segala proses timbang menimbang dari ikan paling berat pertama hingga ke seratus akan dibuat kat sini. Ye, hadiah cash adalah dari tempat pertama sampai ke seratus! Berbaloi-baloi lerrr kalau dapat ikannya. Pihak jurusetia akan gantungkan ikan ikut yang paling berat dari tempat pertama hingga ke dua puluh. So, uols boleh tengok la ikan-ikan yang berjaya dipancing oleh para peserta.


Untuk siri pertama ni, johan pertandingan surfcasting adalah Mohd Faizul Mohd Ali, 37, peserta dari Melaka, yang berjaya mendapatkan ikan daun baru seberat 945 gram, memenangi wang tunai berjumlah RM70,000! Bole beli rumah uikk! Memang itu lah niat di hati beliau dengan wang yang dimenanginya tu. Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Johor, Mohd Abdul Salam Ismail, 54, yang membawa pulang RM12 ,000 selepas menaikkan ikan daun baru seberat 885 gram manakala tempat ketiga dimenangi Airuddin Ismail, 53, dari Seremban dengan menerima RM5,000 selepas mendaratkan ikan kurau seberat 815 gram. Pemenang keempat pula menerima RM1,000, kelima (RM700), keenam hingga sepuluh (RM450.00) manakala pemenang ke-11 hingga 100 menerima RM300.00.


Hadiah disampaikan Pengarah Kanan (Bahagian Acara dan Domestik) Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Dr Ammar Abdul Ghapar, yang turut merasmikan majlis penutupan siri pertama Malaysia Surfcasting Tour ni. Untuk pengetahuan uols, program ni dijadualkan diadakan di 10 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia dan bakal berakhir di Tasik Putrajaya pada hujung Disember depan dengan menawarkan hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi bagi pemancing yang mengumpulkan mata tertinggi. Menarik kan?

Datuk Dr Ammar Abdul Ghapar merasmikan majlis penutup Malaysia Surfcasting Tour Siri 1

Selain daripada tu, penganjur turut buat cabutan bertuah untuk para peserta yang hadir. Jadinya, sape-sape yang tak dapat ikan tu, dapat cabutan bertuah pun dah cukup gembira kan. Kalau dapat ikan, then dapat cabutan bertuah, itu pakej kegembiraan maksima. Hahaha. Ye le, kalau menang TV 60", gila kauu tak gembira!

Antara hadiah cabutan bertuah

Para peserta mengerumuni khemah timbang ikan

Ajom laaa uols yang minat memancing, join la pertandingan ni! Next month dekat Pantai Bisikan Bayu, Kelantan, pulak tau! Ada masa lagi ni nak berlatih memancing. Haha!

17 Mac 2019 - Pantai Puteri, Melaka 1.8m/7.02pg
13 April 2019 (Sabtu) - Pantai Bisikan Bayu, Kelantan 1.3m/9.07pg
28 April 2019 - Pantai Remis, Selangor 2.8m/11.00pg
29 Jun 2019 (Sabtu) - Pantai Telik Lipat, Dungun, Trg 2.6m/1.30ptg
28 Julai 2019 - Pantai Marina Island, Perak 2.5m/1.01ptg
11 Ogos 2019 - Pantai Sepat, Pahang 2.5m/7.12 pg
22 Sept 2019 - Port Dickson, N Sembilan  2.2m/11.16pg
9 Nov 2019 - Pantai Pontian, Johor 1.8m/12.44tgh
7 Dis 2019 (Sabtu) - Pantai Kuala Perlis 2.0m/9.27pg
29 Disember 2019 - Tasik Titiwangsa/Tasik Putrajaya Tasik

Bagi merealisasikan hasrat Tourism Malaysia supaya acara ini dapat disertai seluruh lapisan masyarakat, yuran penyertaan rendah dikenakan bagi setiap penyertaan iaitu RM80.00 untuk satu joran. Setiap peserta hanya dibenar menggunakan dua joran bagi setiap siri.

Selain dijangka menarik minat pemancing tempatan, acara ini juga dijangka menarik penyertaan daripada negara-negara Asean, khususnya Singapura, Thailand dan Indonesia. Penganjur mensasarkan sebanyak 2,000 peserta akan mengambil bahagian dalam setiap siri pertandingan.

Berikutan acara ini adalah berkonsepkan Grand Prix, pihak penganjur menggunakan sistem mata seperti berikut:

CADANGAN MATA BAGI SETIAP SIRI

Kedudukan - Mata

Juara - 25
N Juara -  24
Ketiga - 23
Keempat - 22
Kelima - 21
Keenam - 20
Ketujuh - 19
Kelapan - 18
Kesembilan - 17
Ke 10 - 16
Ke 11 - 15
Ke 12 - 14
Ke 13 - 13
Ke 14 - 12
Ke 15 - 11
Ke 16 - 10
Ke 17 - 9
Ke 18 - 8
Ke 19 - 7
Ke 20 - 6
Ke - 21 hingga 100 - 5
Ke - 101 hingga 200 - 4

Peserta yang mengumpul mata tertinggi daripada sepuluh pusingan akan ditabalkan juara dengan membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi, naib juara menerima Perodua Bezza manakala pemenang ketiga menerima Perodua Axia.

Bagi menggalakkan pemancing menyertai semua acara di seluruh negara, penganjur menetapkan mata bonus 2 mata bagi setiap penyertaan. Ini bermakna, setiap kali peserta mengambil bahagian di lokasi yang telah ditetapkan, peserta berkenaan akan menerima 2 mata Grand Prix secara automatik.

Sistem ini boleh menggerakkan pemancing untuk hadir ke semua acara yang dilangsungkan di seluruh negara. Ini bagi mengejar mata yang ditawarkan untuk menjuarai kejohanan.

Bagi memastikan acara yang dilangsungkan ini patuh syariah, pihak Tourism Malaysia telah memutuskan bahawa semua hadiah yang ditawarkan pada hari pertandingan tidak akan menggunakan duit penyertaan. Ini bermakna, hadiah wang tunai sebanyak RM117,950.00 telah disediakan terlebih dahulu oleh penganjur sebelum sebarang bayaran penyertaan dikutip oleh penganjur.

Sebaliknya semua hadiah telah disediakan terlebih dahulu oleh penganjur demi memastikan acara yang dilangsungkan ini tidak tergelincir daripada matlamat asal pertandingan.

Hadiah bagi setiap pusingan adalah seperti berikut:
1: Hadiah wang tunai - RM117,950.00
2: TV LED 60’ (1 unit) - RM4,000.00
3: TV LED 32’ (6 unit) - RM4,800.00
3: Hamper (50 unit) - RM4,000.00
4: Peralatan memancing - RM2,000.00

Jumlah - RM132,750.00
Jumlah bagi 10 pusingan - RM1,327,500.00

Hadiah Grand Slam:
1: Juara Perodua Myvi - RM46,000.00
2: Naib Juara Perodua Bezza - RM44,000.00
3: Ketiga Perodua Axia - RM32,000.00

Jumlah - RM122,000.00

Untuk pendaftaran penyertaan:

Hubungi:
+6 019-620 3040 (En. Amir)
+6 011-2090 3397 (En. Din)
support@wakjalitour.com

Facebook Page: 

Instagram:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 1 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 16 - 17 Mac 2019 
anjuran Tourism Malaysia.
Pemenang Malaysia Surfcasting Siri Pertama Bawa Pulang RM70,000 Pemenang Malaysia Surfcasting Siri Pertama Bawa Pulang RM70,000 Reviewed by Sunah Sakura on March 18, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Fuh..lumayan sungguh hadiah yang ditawarkan

    ReplyDelete
  2. Hadiah lumayan betul. Tahniah pemenang2 bertuah.

    ReplyDelete
  3. eeeeeekite yg jadi saksi tgkkk brother tuu bawak RM70k.. pehhhhhhh ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha...aku ingat lagi, ko punya kerisauan tengok brother tu bawak duit kepuk2

      Delete
  4. Jomlah kita masuk sekali, untung nasib menang siapa yang tau kan hahahaha...

    ReplyDelete
  5. wow tengok hadiah menarikk dan lumayan sangattt,, tapi x reti nak mancing haa... berbaloi dapat 70K, nasib ikan besaq nak lekat kat joran dia.

    ReplyDelete
  6. Berbaloi kalau masuk, menang plak sampai 70k tu.. Memang luck la brother tu.. Mcm² boleh settle 70k tu.

    ReplyDelete
  7. kite tengok nilai hadiah tu bling2 mata. syoknya kalo dapat banyak tu =D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.