Buffet Ramadhan 2019 di Pulai Springs Resort, Pulai, Johor

'Bufet Ala Bazar 28 Hari' di Pulai Springs Resort Sempena Bulan Ramadhan | Nikmati kemeriahan berbuka puasa tahun ini di Pulai Springs Resort yang menawarkan hidangan bufet Ramadhan bertemakan 'Bufet ala Bazar 28 Hari' yang akan menghidangkan masakan tempatan dan antarabangsa bermula 7 Mei sehingga 3 Jun 2019.

Selaras dengan tema 'Bufet ala Bazar 28 Hari', terdapat lebih kurang 10 gerai atau 'action stalls' dan lebih daripada 150 juadah berbuka puasa yang dihidangkan secara bufet di dalam dan di luar restoran Gleneagles Terrace bagi memudahkan pengunjung untuk memilih makanan kegemaran mereka.

Gulai Kambing 28 Hari @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Hidangan 'Bufet ala Bazar 28 Hari' yang disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan bermula dari 7 Mei hingga 3 Jun 2019 terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut, hidangan-hidangan yang pedas dan panas serta minuman-minuman sejuk dan panas. Konsep masakan dari negara Barat dan Timur Tengah juga akan diketengahkan oleh Junior Sous Chef Tom serta pasukan jurumasaknya pada Ramadhan tahun ini.

Aneka Pencuci Mulut @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Antara hidangan-hidangan akan diketengahkan oleh chef termasuklah Gulai Kari Kambing 28 Hari yang dihidangkan bersama nasi, raita dan papadom, kuah kacang dhal and sos pudina, Ayam Masak Merah Orang Kahwin, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Stim ala Nyonya, Kupang Masak Lada Hitam, Chilli Prawn, Lemak Nangka Daun Selasih, Sambal Ikan Bilis Terung Pipit serta hidangan tradisional Sup Tulang Merah atau Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap.

Sup Tulang Merah dengan Roti Perancis @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Disamping itu, menu-menu makanan tempatan yang akan dihidangkan bersama 'Bufet ala Bazar 28 Hari' termasuklah Asam Pedas Johor dan Masak Lemak Cili Api dan pilihan ikan termasuklah Ikan Pari atau Ikan Siakap, Mee Kolok Sarawak, Fried Spicy Baby Crab dan Fried Baby Crab with Salted Egg, Murtabak dan Kacang Pol yang akan dimasak secara langsung atau 'live' di depan para tetamu.

Mee Kolok Sarawak @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Disamping itu, terdapat juga hidangan-hidangan lain barbeku (BBQ) yang merangkumi Kambing Golek, Ayam Tandoori, Caru Sumbat, Sosej Teriyaki, Beef Slices yang dihidangkan bersama beberapa pilihan sos pencicah seperti Rosemary Sauce, Sambal Tumis, Mint Sauce, Asam Jawa dan lain-lain. Tambahan pula, terdapat juga gerai yang menyediakan Sate Ayam dan Daging berserta nasi impit dan kuah kacang. Disamping itu, sebuah lagi gerai juga menyediakan Oden-Oden iaitu pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran yang dicucuk dengan lidi yang dihidangkan bersama pelbagai jenis sup.

Kambing Golek @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Oden-oden @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Bagi penggemar ulam-ulaman, bufet tersebut turut menyajikan pelbagai jenis ulam-ulaman kampung yang dihidangkan dengan pelbagai jenis sambal.

Ulam-ulaman @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

'Bufet ala Bazar 28 Hari' turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, cendol, ais krim Malaysia, potongan-potongan buah, aneka jenis kek, puding, dodol, wajik, jeli dan minuman popular di Klebang, Melaka iaitu Coconut Shake. Disamping itu, terdapat juga pencuci-pencuci mulut seperti Serawa Durian, Pengat Pisang dan Coconut Sticky Rice serta minuman-minuman istimewa seperti Teh Ais Dhaka, Katira Ais, Teh Tarik dan Nescafe Ais.

Aneka Buah-buahan @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Serawa Durian @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Coconut Shake @ Bufet ala Bazar 28 Hari Pulai Springs Resort

Untuk kemudahan pengunjung, Pulai Springs Resort menyediakan surau untuk solat Maghrib serta parkir percuma.

Para pelanggan dijemput untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan dengan harga RM99 bersih untuk dewasa dan RM49 bersih untuk kanak-kanak. Selain itu, para pengunung juga akan menerima tawaran ekslusif iaitu dengan setiap pembelian 10 orang dewasa, pecuma seorang (promosi 10 + 1). Bukan itu sahaja, malah pelanggan yang menjamu selera pada minggu pertama bulan Ramadhan iaitu daripada 7 Mei hingga 13 Mei 2019 hanya perlu membayar RM88 bersih untuk dewasa dan RM44 bersih untuk kanak-kanak. Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin membuat pra-pembelian baucar sebelum 30 April 2019, boleh mendapatkan baucar tersebut dengan harga RM84 bersih untuk dewasa, RM42 bersih untuk kanak-kanak (penjimatan sehingga RM15 seorang).


Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi 07-521 2121 atau melalui WhatsApp di +6017 745 5776 (Pengurus Restoran) atau e-mail enquiry@pulaisprings.com. Untuk tempahan korporat atau secara berkumpulan pula, sila hubungi pegawai Pemasaran dan Jualan di talian 07-555 4845. Para pelanggan juga boleh layari laman web www.pulaisprings.com.

*semua harga termasuk SST.

3 comments:

  1. Allahu.. menu dia semua wakkkkkk.. terliur kite.. awak yang pegi tu sempat tak rasa semua menu nya ? hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem...kita pun tak sempat rasa semua tau! banyak sangatttt

      Delete
  2. Ada rezeki insyaAllah tahun ni nak ke sini bersama Family ...
    Menu asam pedas dia sedap sungguh !

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com