Buffet Ramadhan 2019 di Swiss-Inn Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2019 di Swiss-Inn Johor Bahru | Nostalgia Citarasa Ramadan; gituhhh tema buffet Ramadhan di Swiss-Inn Johor Bahru tahun ni. Kalau uols masih belum jumpa lagi tempat untuk berbuka puasa bersama, boleh cuba survey kat sini pulak ya!

Bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019, para chef di Swiss-Inn Johor Bahru akan membawakan aneka juadah kegemaran tempatan yang mengasyikkan ke meja uols untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.


Antara higlights menu adalah seperti Swiss-Inn Briyani Kambing Golek, aneka Asam Pedas Bandar Maharani, aneka Laksa, Kuih-muih Tradisional dan pencuci mulut, Lok-lok, Ayam Panggang Madu dan Sate.




Selain tu, terdapat jugak aneka Lauk-pauk yang akan dirotate setiap hari, antaranya Kerang Rebus, Ikan Caru Sambal, Sotong Goreng Kunyit, Ayam Masak Bunga Kantan, Kari Daging Berkentang, Kailan Ikan Masin dan Ikan Tenggiri Gulai Nenas yang perghhh sedappp sangat!



Bagi yang suka berbuka ringan-ringan, ada pilihan Ubi Rebus dengan Sambal dan Sup Tulang Rawan Berempah dengan Roti. Kalau tak suka makan nasi, ada disediakan Kuetiaw Goreng dan Mee Goreng.




Untuk uols yang suka makan sayur, ada juga ulam-ulaman, aneka salad dan kerabu serta aneka rojak. Pelbagai jenis jeruk dan kurma turut dihidangkan dalam buffet ni. Saya suka buah kiwi kering dia, sedap kunyah-kunyah lepas makan.




Bahagian pencuci mulut pulak ada macam-macam jenis kuih-muih, puding dan kek. Buah-buahan potong dan ABC pun ada untuk para penggemar Ais Kacang Kampung Melayu.




Alhamdulillah, paling saya suka adalah Laksa Johor kat sini. Memang sedapppp dan menepati citarasa! Apa tunggu lagi? Ayuhhhh la book meja uols sekarang! Ada harga early bird berbaloi-baloi tau!




Nostalgia Citarasa Ramadan

Swiss-Inn Johor Bahru

Tarikh dan masa:
6 Mei - 4 Jun 2019
6.30 - 10.00 pm

Harga Biasa:
RM98 Nett Dewasa
RM50 Nett Kanak-kanak (4 hingga 11 tahun)

Harga Early Bird (sehingga 30 April 2019):
RM68 Nett Dewasa
RM40 Nett Kanak-kanak (4 hingga 11 tahun)

Tawaran Istimewa:
Beli 10 Baucar Dewasa PERCUMA 1 Baucar

Untuk tempahan:
reservation@sijb.swissgarden.com
+6012 623 2190 (Nurul)
Buffet Ramadhan 2019 di Swiss-Inn Johor Bahru Buffet Ramadhan 2019 di Swiss-Inn Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on April 22, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Terliur pulak laksa johor dia weiii...
    Nak buat laksa johor laaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak buat haaaaaa..sampai ri ni tak buat punnnnnnnnnnn..sobss

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.