Ticker

6/recent/ticker-posts

Sunrise di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan

Sunrise di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan | 12 April yang lepas, saya dan beberapa orang rakan media dari Johor ke Kelantan untuk membuat liputan tentang Malaysia Surfcasting Tour Siri Kedua kat sana. Pada hari pertama, sampai aje Kelantan, kami terus check in kat Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan.


Resort ni terletak agak jauh dari bandar. Tak ada papan tanda besar, cuma ada papan tanda kecik aje betul-betul depan jalan masuk ke resort. Kami terus makan tengahari kat sini sebab masing-masing dah lapar selepas hampir 10 jam perjalanan.


Sudara Beach Resort ni ada Orchid Cafe, makanan-makanan dia not bad lah. Kitorang try Chicken Chop dan Fish & Chips. Semua takde selera nak makan nasi. Western aje. Harga pun ok, standard macam kat restoran western food. Dari segi makan sepanjang sehari semalam kat Sudara ni, alhamdulillah semua sedap termasuklah BBQ belah malam dan juga buffet breakfast.



Biliknya aje lah yang mungkin kurang sikit. Saya tidur dengan Sis Lin, dapat bilik twin bedroom, connecting dengan bilik Jannah dan Serene. Nice lah kan kalau yang nak datang dengan family bawak anak-anak. Bilik semua ada balkoni menghadap laut, bilik air besar, cuma air flushnya tak jernih. Mungkin guna air laut? Haha! Internet coverage agak kurang ye kat sini.


Aircond pulak takde remote, takleh nak adjust ape-ape. Tapi tetap sejuk lah kalau tidur. Bilik Jannah dengan Serene je kesian, aircond rosak. Nasib baik lerr connecting room. Boleh lah sedekah kat diorang sikit hawa sejuk. Paling kelakar time nak bancuh air teh panas malam-malam sebelum tidur. Cawannya da retak berlubang oi! Abis bocor air. Nasib lerr tak melecur kaki tangan Sis Lin ku. Hadoii. Macam-macam kes dalam bilik. 😓


Tapi semua kekurangan tu, akhirnya terganti dengan pemandangan indah ni. Matahari terbit kat pantai timur, subhanallah. Pagi-pagi kami keluar check out, sementara tunggu breakfast, sanggup menunggu kat tepi pantai. Cantik sungguh ciptaan Tuhan. Alhamdulillah.

Kalau uols jenis tak kisah sangat dengan amenities dan sekadar nak tidur, ok la duduk sini. Masa kami makan malam BBQ, ada group lain juga buat family day kat sini. Karaoke pun ada tau! Harap-harap diorang improve lebih sikit lepas ni, kan?


Sudara Beach Resort

Lot 128 Mukim, Jalan Pasir Puteh - Tok Bali, Kampong Cham Tangga, 16300 Bachok, Kelantan

Tel. No:
012-319 0009

Facebook:

Instagram:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 2 di Pantai Bisikan Bayu, Kg. Pasir Putih, Kelantan
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2019 
anjuran Tourism Malaysia.

Post a Comment

4 Comments

  1. Hahahaha haraop-harap pihak sana membaca dan dapat naik taraf kekurangan yang ada..tempatnya cantikkkk, sayang kalau di biar begitu ajaa kann...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sunah...jenjalan makan angin kn...sambil jenjalan dpt tengok tempat yg cantik2...

    ReplyDelete
  3. cantik view kat situ ye sunah.. tp bab facilities tu kena improve la supaya customer puas hati bila stay di situ..

    ReplyDelete
  4. saya sempat makan malam je..

    bermalam tak sempat la pulak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com