Kuih-muih Tradisional Terengganu

Kuih-muih Tradisional Terengganu | Belum lagi masuk entri bercuti di Pulau Perhentian. Nak share dulu pasal kuih-muih tradisional yang saya sempat cuba di Terengganu hari tu. Bila sampai tempat orang, mesti nak rasa makanan yang kita jarang jumpa kat tempat sendiri. Siapa macam saya juga, angkat tangan! ๐Ÿ™‹


Pulut Bakar. Dari luar nampak macam satar kan? Tapi bila da bukak daun pisang tu, dalam tu adalah pulut. Macam Pulut Panggang kalau kat Sarawak, yang tak ada inti. Tapi rasa Pulut Bakar kat Terengganu ni manis. Yang ni saya makan dekat kedai makan depan jeti Kuala Besut.



Kat situ jugak saya cuba Tepung Bungkus dengan inti kelapa. Sedap jugak, tepung bungkusnya lembut, rasa macam lapisan atas Kuih Tako, bak kata Rahmad. Tapi Tepung Bungkus ni kat serata Malaysia pun senang jumpa kan?


Kat Kg. Nelayan, Pulau Perhentian Kecil, ada Pulut Sambal untuk sarapan pagi. Mula-mula kami pelik jugak. Pulut Sambal? Kenapa macam Pulut Inti Kelapa tu? Tapi bila rasa, baru lah faham kenapa dipanggil Pulut Sambal. Rupa-rupanya sambal dia tu macam serunding. Rare gila!


Yang ni Pulut Gaul Nyior. Makan dengan ikan singgang goreng. Encik suami saya suka la makan pulut macam ni ha. Ikan singgang goreng tu menarik, macam ikan salai yang mak saya biasa buat pulak rasanya.


Ini Kuih Beko. Tapi sebutnya "bika". Pun asasnya kelapa. Nak bagitahu rasa dia macam mana, saya tak tahu. Lain dari yang lain, sedap saya suka. Encik suami pun suka. Dia yang rajin beli kuih-muih macam ni. Semua menu sarapan pagi kat pulau ni, kami makan dekat arked MARA yang menghadap laut tu.


Kuih Akok, tak kan tak kenal. :p Tak payah bagitahu dah rasa apa. Yang ni budak-budak team beli masa hari last. Sekali dengan Tepung Gomak jugak, tapi tak ambil gambarnya. Lupa! Dah masuk dalam perut baru la teringat. Aduiii! ๐Ÿ˜‘


Haaa yang ni bukan kuih! Ni Roti Titab namanya! Hahaha! Ni boss seketul Sunah yang order. Tak rasa pun. Mesti la macam roti bakar biasa tu kan, then ada telur goyang dan beberapa jemput sekaya. Tengok boss makan licin ajeee. Sedap lah tu!

Apa lagi kuih menarik tradisional Terengganu selain kat atas?

Boleh komen kat bawah, hujung minggu ni boleh cuba. Kalau ada kuih tradisi Kelantan pun, share sekali ya!
Kuih-muih Tradisional Terengganu Kuih-muih Tradisional Terengganu Reviewed by Sunah Sakura on April 11, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. haha..sunah mai kelantan..banyak kuih2 plik..meh kita makan taik itik..haha

    ReplyDelete
  2. husyyy...nampak semuanya sedap2..lagi dh tengah hari ni..semuanya sedapp

    ReplyDelete
  3. Kuih akok je yg penah makan, yg lain idok lg huhu

    ReplyDelete
  4. uihhh sedap2 semua kuih tu, akak klu balik kerteh ke kg mertua mmg suka pi psr pagi utk cari n rasa mcm2 kuih tradisi terengganu yg mmg tak jumpa di kl

    kalu kt kg mertua selalu, kayu keramat wajib beli, kuih qasidah, tok aji serban, n tepung boko...

    ReplyDelete
  5. Ala tak ajak pun gi Pulau Perhentian
    :p

    Teringin nak rasa pulut sambal tu. nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  6. uniknya makanan mereka ye.banyak yang tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  7. ya Allah !!!!! dia tayang makanan sedap2 pulak hahaha.. dugaan dan godaan =D

    ReplyDelete
  8. kalau kat Besut tu jenis kuih2nya sama je dgn kat Kelate. Nak yg asli Ganu kena gi KT dan ke bawah...

    ReplyDelete
  9. saya dari dulu suka kuih akok esp kalau ada bau2 asap tu waduhhhhh

    ReplyDelete
  10. Titan dgn Bela first time mama dgr namanya

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.