RHB Asset Management Achiever's Award Night 2018 - Tahniah Encik Suami

RHB Asset Management Achiever's Award Night 2018 - Tahniah Encik Suami | Masih lagi berada di luar Johor. Merata-rata betul seketul Sunah berjalan dari last week sampai this week. Penat? Ye, penat. Tapi dah kerja kan, merasa la jadi orang Tourism Malaysia selama seminggu. Haha.

Cerita Buffet Ramadhan belum habis lagi, cerita Pulau Perhentian pun belum masuk, apatah lagi cerita Kelantan. Hari ni dah nak ke Negeri Sembilan pulak. Kali ni tak bawak laptop, update je la guna phone, mana-mana yang ringan dan tak perlu nak edit gambar sangat.

Dari Kelantan hari tu, saya sampai ke JB pukul 2 pagi. Pukul 12 lebih hari yang sama, saya dah gerak ke Shah Alam. Sebab ada event lain kat KL pada 16 April. Tidur semalam kat Shah Alam sebelum ke KL esoknya.


Kat KL, saya ada dinner sempena RHB Asset Management Achiever's Award Night 2018. Event kat Sheraton Petaling Jaya. Encik suami terima anugerah malam tadi. Kami yang dalam team encik suami, datang satu meja untuk meraikan dia.

Kami bertolak selepas Asar dalam pukul 5.20 gitu ke hotelnya. Dari rumah dalam 12 minit je. Kalau tak jammed, tak sampai 10 minit da sampai. Jalan pun jammed sekejap je. Encik suami kena attend rehearsal dulu sebab dia kena naik pentas. Masa kami sampai, da ramai jugak kat ballroom tu.


Sambil tunggu diorang sampai, sempat lerr kami posing kat backdrop yang disediakan. Ada contest jugak tu untuk best dress dengan tema Glamour UK. Sis kauu belasah je pakai jubah Hijab Galeria. Hahaha! Tak kisah lerrr. Tak nak menang pun 😂


Sambil dinner Chinese cuisine, award pun disampaikan kepada para Achiever's. Encik suami dapat 2nd Runner Up untuk Nationwide Top Recruiter kategori Agency Supervisor. dan Shang Hai & Hangzou Qualifier (Special Contest). Alhamdulillah, rezeki atas usaha keras dia selama setahun dua ni.



Tahniah encik suami! Very proud of you! Semoga selepas ni lebih banyak kejayaan yang akan dicapai, di dunia juga di akhirat. Ameen!

14 comments:

  1. tahniahh,,, di atas pencapaian buat encik suami.. hii .. btw lawo lahh dress sunah.. ai is sukaa .. letopp sangat..

    ReplyDelete
  2. Tahniahhh. Baju sis lawooo :) Hehehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah Soleh..MOga terus maju dan berjaya di masa akan datang ...

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk suami sunah. semoga kekal sukses ya

    ReplyDelete
  5. Tahniah!
    tema glemer UK tu mcm mana lah ye?

    ReplyDelete
  6. tahniah abg ady.. bertuah abang memiliki seorang isteri seperti kak sunah. tiberrr 😍😍🤩🤩🤩

    ReplyDelete
  7. tahniah buat husband sunah.. lawa la dress sunah tu..

    ReplyDelete
  8. serata semenanjung dia jln yek, dr jb ke kelantan pastu ke shah alam ke kl pulak...
    mmg very the very busy

    tahniah bt cik abg nya... moga terus sukses ya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah utk suami Sunah.

    Wah, sakan ye ukur jalan hihi

    ReplyDelete
  10. Tahniah.. semoga dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  11. Berkenan betul dengan dress kak sunn.. hahaha

    ReplyDelete
  12. tahniah ya. moga terus maju jaya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com