Alhamdulillah, Rezeki Berbuka with RHB Asset Management

Alhamdulillah, Rezeki Berbuka with RHB Asset Management | Semalam saya ke KL. Suami ajak berbuka dengan team RHB Asset Management di DoubleTree by Hilton KL. Awal pagi saya da gerak dari JB naik kereta. Sebab plan asalnya kami drive balik ke Kedah pagi ni, tapi terpaksa postponed next week sebab esok ada event lain yang dia kena pergi kat KL.


Saya pulak memang kena drive jugak sebab dah terambil tempahan brownies customer KL. Jadi saya sampai je KL semalam terus buat delivery. Alhamdulillah, terima kasih customer Selera Sakura yang selalu setia menanti kedatangan saya ke KL.

Petangnya kami terus ke DoubleTree by Hilton kat  Intermark. Tengah bandar jugak tu, gerak pulak da lebih pukul 5 petang dari Pantai Hillpark. Fuhhh, jalan memang jammed gilerrr. Stress suami bawak kereta. Rasa macam nak suruh dia pindah ke seat penumpang aje, biar sis kauu yang bawak. Haha!


Ramai juga yang hadir event semalam. Diorang book function room khas untuk berbuka bersama-sama ahli RHB Asset Management yang lain dari seluruh Malaysia. Jadi makanan dan servis semua memang hanya untuk kitorang ajee. Sebelum berbuka, kitorang ade briefing sikit tentang reward khas untuk raya. Menarik jugak sampai sis kauu termotivasi nak kumpul sales RM30k. Tapi mampu keeee ๐Ÿ˜‚

Dan tiba waktu berbuka.


Macam biasalah, DoubleTree by Hilton punya makanan memang sedap terutama satay daging dia. Surprisingly, bubur lambuk dia pun sedap uik! Walopum bubur lambuk ayam, bukan bubur lambuk daging tau! Soto ayam pun sedappp! Kambing apatah lagi. Hahaha! Sampai licin kambingnya, ada yang duduk semeja dengan kami tak sempat nak rasa pun ๐Ÿ˜…

Lepas tu, masa yang ditunggu-tunggu semua tetamu pun tiba. Lucky draw!!! Hahaha. Ade 16 cabutan bertuah, yang mana 15 hadiah berupa hamper dan lagi 1 adalah grand prize berupa 1 night stay kat DoubleTree by Hilton KL. Best gilerrr grand prize tu!

Alhamdulillah, ada rezeki sis kauu. Haha. Bila nombor dipanggil, terus pandang suami. Suruh dia pergi ambik sebab kita malu nak naik pentas. Ahahahhaha! Tengok pulak macam berat ajeee hadiah tu sebab besauu kemain!


Nah, belanja gambar sekeping tengok besauu ke tak besauuu. Haha.

Thanks RHB! Thanks suami!
Alhamdulillah, Rezeki Berbuka with RHB Asset Management Alhamdulillah, Rezeki Berbuka with RHB Asset Management Reviewed by Sunah Sakura on May 16, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. wahhh best nyaaaa... puas mkn tu ;-)

    ReplyDelete
  2. Rezeki Ramadhonn katanya....

    ReplyDelete
  3. Uish besaunya hadiah ๐Ÿ˜
    Murah rezeki Sunah alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Bestnyaaa dapat coklat2.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  5. Tahniahhh....ada coklat FR tu....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.