Resepi Udang Masak Kicap Pedas, Sedap Sangat!

Resepi Udang Masak Kicap Pedas, Sedap Sangat! | Haaa, sedap tau lagi-lagi kalau udang fresh dan besar. Perghhh juicy sangat bila masuk mulut. Ini la menu berbuka kami semalam kat rumah adik di Shah Alam.

Mulanya saya nak buat Sambal Udang macam kat blog kak Suria Amanda. Tapi bertukar jadi menu ni bila terjenguk ke blog Mama Pipie. Cepat betul manusia berubah. Haha!


Saya, suami, adik dan adik ipar (suami adik) berbuka empat orang je, jadi saya beli udang 20 ekor. Boleh la sorang makan 5 ekor. Kalo tak habis, boleh dijadikan menu sahur pulak. Dan ye, memang jadi menu sahur pagi tadi.

Selain udang, adik requested Tomyam Putih Ayam juga. Saya tambah sekali telur dadar. Ikutkan nak goreng ikan juga, tapi disebabkan semalam ada insiden gas habis, terlambat la start memasak tu. Pukul 6.45 petang baru bole mula jadi robot kat dapur. Alhamdulillah, semua bahan da siap sedia sementara tunggu gas sampai.

Jom tengok resepi!

Saiz: 4 orang

Bahan-bahan:
20 ekor udang saiz sederhana-besar
10 tangkai cili kering*
3 biji bawang merah rose*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia* (*dikisar)
1 biji bawang holland saiz sederhana (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Masukkan serai, dan air asam jawa. Biar mereneh lagi hingga sambal tumis tu garing.
  3. Baru masukkan sos tiram dan kicap manis. Tambah air jika suka berkuah. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Bila kuah da mendidih, masukkan udang dan gaul rata hingga warna udang berubah sepenuhnya.
  5. Masukkan bawang holland last sekali dan gaul lagi.
  6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.


Selamat mencuba!
Resepi Udang Masak Kicap Pedas, Sedap Sangat! Resepi Udang Masak Kicap Pedas, Sedap Sangat! Reviewed by Sunah Sakura on May 17, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. besar-besar udang nya.. best tu sunah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..besar2 ni juicy sikit kann..nyummmmsss

      Delete
  2. Replies
    1. Jom farahhhh berbuka di rumah ku..bila ek? Hahaha

      Delete
  3. Shedapnyaa...nak beli udang juga nanti nak buat...nak try ketam pun best gakkan...tapi tadi pi pasar, ketam kecik beno..tunggu laa ketam sado dulu hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha..suruh ketam tu gi gym dulu ๐Ÿ˜‚

      Delete
  4. Baca resepi jer dah tau sedapnya lagilah tengok gambar udang tu.. Kecur uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib kak seri tengok time da nak dekat waktu berbuka kannn

      Delete
  5. Ehehe. Memang betui tu akak. Kalau kita nampak resepi, lepas tu nampak lagi, rambang mata kan nak masak yang mana. Syaza belum pernah cuba lagi udang masak kicap pedas. Selalu ayam atau telur je yang kicap pedas, Syaza buat. Lepas ni nak try la! Kecurrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee..biasa adik yg buat masak kicap ni..hari tu kita cuba jugak la buat sendiri..

      Delete
  6. Memang sadis time2 nak masak berbuka, gas habis. Menunggu gas sampai macam tunggu laki balik mancing. Asik jengah pintu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha..betul! Hari tu kita duk umah adik kat shah alam..jadi laki dia yg beli gas..kita asyik jenguk tingkap tengok kete dia da sampai ke belum..hahhaha

      Delete
  7. Uiii sedapnya. Besar udang dia. Hehe

    ReplyDelete
  8. sedap. memang feveretlah udang.. nanti boleh cuba resepi ni :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.