Menu Berbuka 22 Ramadhan - Laksa Sarawak

Menu Berbuka 22 Ramadhan - Laksa Sarawak | Semalam saya dan housemates berbuka kat rumah seorang ex-housemate kami di UTM. Dari minggu lepas lagi diorang da request, nak Laksa Sarawak. Saya pun teringin juga nak makan, tapi kena tunggu ramai orang nak makan baru boleh buat.


Sebab guna pes Laksa Sarawak Hj Manan tu lah. Kan senang, bole terus buat kuah laksa untuk 4 - 5 orang makan. Kitorang berbuka semalam 6 orang. Jadi saya masak dua bungkus terus, alang-alang. Tu pun banyak jugak lebih nya. Saya siap bawak balik satu bekas untuk buat sahur. Selebihnya, minta Ayen ajak students or kawan-kawan dia datang makan je lepas terawih.



Pukul 5 baru gerak dari rumah kami ke rumah Ayen. Sebelum tu, singgah Maslee Express Taman Teratai dulu beli barang nak masak. Buat yang simple aje, jadi tak semua benda hiasan tu ada atas laksa nya. Tambah pulak sebab da agak lewat. Sampai rumah Ayen dah pukul 5.45 gitu.

Tapi sebab ada 6 pasang tangan buat kerja, cepat sikit la siap menu berbuka petang semalam. Kak Ajan buat air nenas, Ibah tolong potong-potong bahan hiasan atas laksa dan masak sambal tumis. Alhamdulillah sempat juga siap sejam kemudian.


Cuma tak berapa puas hati sebab kuah agak cair, mungkin terlebih air masa nak perabis sisa pes dari bungkusan tu. Nasib baik rasa nya tak lari sangat. Bertambah-tambah juga kami makan, saya guna pasta Angel Hair instead of bihun, sebungkus tu pun tinggal sikit aje. Dahsyat jugak budak-budak ni. Hahaha.


Selain laksa, saya buatkan juga brownies oreo. Alah, brownies biasa tu je, letak oreo atas dia dan bakar. Bila dah siap, dah sejuk, potong-potong dan letak drizzle salted caramel. Yummmm! Sedap macam selalu. Ehek!

Uols ada nak order brownies untuk hari raya? Rujuk IG @selerasakura

15 comments:

  1. Aduh, dah lama tak makan laksa sarawak. Sedapnya. . Lagi kalau ada udang besau, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee...ni laksa sarawak save budget, takde udang...hahahahhaha

      Delete
  2. Sunah ddk area situ yek, dulu akak pernah kerja kt utm skudai tu masa tahun 2003 sampai 2007 kt taman sri pulai, jalan pakis 8

    laksa sarawak ni nk btnya renyah tp ada pes senang keje, msk mkn rmai2 mmg meriah, sedar2 cpt je abis makanan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyy saya pernah duduk jalan pakis 8! tapi masa master la...akak da pindah la masa tu kottt...

      haah, kalo buat dari scratch, renyah sikit..kena start awal masaknye..kalo ade pes, kejap je da siap..alhamdulillah

      Delete
  3. Huhuhu bila nak masakkan kita..
    Nanti beli pesnya tau..
    Raya nnti lepak uma tido uma, kita masak laksa sarawaknya okay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee...mestiiii...insya'Allah nanti balik sarawak nak beli bebanyak gak

      Delete
  4. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeee. i'm not sure pernah rasa ke tak tp i think i've tried it once long ago. my fav will always be laksa from pahang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh laksa pahang pun ada ya? serius belum pernah makan...insya'Allah one day will try it 😘

      Delete
  6. sebenarnya akak teringin cuba laksa sarawak tapi tak sempat2 lagi nak cuba hehehe

    https://herneenazir.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa...nanti lepas raya kita buat potluck JDT lagi yukkkk

      Delete
  7. sy sempat beli pes laksa sawrawak haji manan tempohari...tp x buat lg... tggu blk kg kot... mkn ramai2...

    ReplyDelete
  8. alahai sedapnya teringat duli kawan mama budak sarawak selalu buatkan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com