Ticker

6/recent/ticker-posts

Penginapan 3 Hari 2 Malam di Lexis Hibiscus Port Dickson

Penginapan 3 Hari 2 Malam di Lexis Hibiscus Port Dickson | Mendengar saja namanya, pasti terbayangkan susun atur villa berbentuk bunga raya yang mengunjur ke Selat Melaka. Kemudian, terfikirkan kolam renang dalam bilik dan lantai lutsinar yang boleh nampak warna biru air laut dari dalam bilik. Bestnya kalau dapat duduk kat sini walau sehari pun tak pe lah.


Tapi semua tu bukan bayangan dalam kepala lagi bila saya berpeluang untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson ni selama 3 hari 2 malam pada bulan lepas untuk cover event Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan. Boleh baca kat situ ya untuk tambah ilmu tentang Travel Mart. 😄

Lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson ni dibuka pada 31 Julai 2017 (eh, eh, tarikh birthday kita sama laaaa!). Dah menang banyak sangat anugerah, antara yang paling utama adalah: pemegang Guinness World Records bagi "The most swimming pools in a resort" dan "The most overwater villas in a resort" sejak tahun 2016.


Terletak di pantai Pasir Panjang, Port Dickson dan menghadap Selat Melaka, uols yang dari KL boleh drive ke sini dengan mengambil masa hanya 1 jam lebih (120 km), manakala dari Singapore mengambil masa lebih kurang 3 jam (300 km).

Ape yang saya suka sangat dengan lokasinya ni, Lexis Hibiscus Port Dickson dekat dengan tempat-tempat menarik sekitar PD, contohnya Cape Rachado (Tanjung Tuan), Pengkalan Kempas, Muzium Tentera Darat, Ostrich Farm, Kota & Muzium Lukut, PD Night Market, Wan Loong Temple, Pantai Teluk Kemang, dan juga Mangrove River Cruise.

Baca juga: 7 Tempat Menarik Boleh Singgah di Negeri Sembilan

Penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson

Kat Lexis Hibiscus Port Dickson ni ada total 639 pool villas, merangkumi 117 tower rooms di main building dan 522 villa atas laut. Highlight kepada semua villa kat sini yang menyebabkan Lexis Hibiscus dapat pegang Guinness World Records adalah kesemuanya ada private dip pool dan private steam room. Kalau uols dah puas berendam sampai kesejukan, haaa boleh lah fefeeling bersauna sekejap dalam steam room tu.


Antara villa yang ada kat sini adalah Executive Pool Villa, Premium Pool Villa, Sky Pool Villa, Panorama Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite dan Presidential Suite. Masa bermalam kat sana, saya duduk kat Premium Pool Villa yang terletak pada bahagian kelopak bunga raya Lexis Hibiscus Port Dickson.


Masa check in dah malam, nak ke sini, kami naik buggy service dari lobi. Driver akan ambil nombor villa kita dulu supaya senang dia nak berhenti depan pintu villa nanti. Bila dah sampai, bukak aje pintu villa, masya Allah......besarnya bilik dia! Rasa nak nangis tengok dua katil king size untuk dua ketul Ain dan Sunah aje. Allahu Allahu. Maka nikmat Allah yang manakah yang kau dustakan? Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat peluang yang susah nak dapat seumur hidup ni.


Walaupun dah malam, kitorang tetap explore bilik villa tu sampai ke pool bahagian luar. Ya Allah, seronok sangat ada kolam renang sendiri! Jangan tak tahu, 3 hari 2 malam, kerja berendam aje lepas habis semua aktiviti jelajah Port Dickson. Malam pertama tu ok lagi, sebab villa depan kitorang kosong tak berpenghuni. Malam kedua, kurang best sikit sebab orang da ramai check in. Jadi kena tunggu sampai da lewat malam sangat atau tutup semua lampu baru bole berendam. Tak pun, kena tunggu lepas Subuh baru boleh terjun. Haha, sanggup ko!


Ok, enough about the private pool! 😂

Bilik dalam villa ni dipisahkan kepada tiga bahagian, yang first menempatkan katil, TV, peti ais, mini bar dan meja tulis (buka peti ais, rasa seronok sebab ada complimentary beverages!). Bahagian kedua menempatkan wardrobe, iron dengan iron board, sinki dengan cermin solek, bilik air dan shower. Takde bath tub ye kat Premium Pool Villa. Manakala bahagian ketiga adalah pool dengan steam room tadi. Kesemua bahagian ni dipisahkan oleh pintu kaca dari lantai ke siling, dengan langsir dan blinds. Jadi kalau malam, jangan risau sebab ade blinds untuk halang orang villa depan mengintai. Kahhhh!



Lebih beruntung, villa kitorang mengadap sunrise waktu pagi. So, dapat la ambil gambar sunrise untuk dua hari berturut-turut. Kalau uols ade duit lebih sikit, boleh la laburkan untuk penginapan dekat Panorama Pool Villa yang terletak pada bahagian tangkai bunga raya Lexis Hibiscus. Lebih privacy pool dia sebab menghadap laut lepas, tak ada villa lain secara langsung kat depan uolsss.


Kalau datang beramai-ramai dengan keluarga, boleh la ambil Royal Suite atau Imperial Suite sebab ade dua bilik dalam suite tu, boleh muat 6 - 8 orang. Ye, yang ni ada bath tub. Kolam renang dia pun besar lagi lah, infinity pool katanya. Presidential Suite pulak, macam biasalah, untuk golongan VVIP taraf presiden aje yang mampu. Haha!


Dickson Dragon Cruise

Dari bilik kitorang, rupanya dekat aje lobinya kalo jalan kaki sebab dia kat hujung kelopak yang menghadap main building. Jadi, bila nak ke lobi, kitorang tak ambil buggy dah kalau setakat nak makan ke, gi naik cruise ke. Haaaaa, kat Lexis Hibiscus Port Dickson ni, uols boleh naik cruise tau! Dickson Dragon Cruise namanya.


Untuk naik cruise ni, sebenarnya ada dua point of embarkation/disembarkation. Satu dekat Admiral Marina & Leisure Club Port Dickson, satu lagi dekat Lexis Hibiscus Port Dickson ni. Uols boleh call dulu hotline diorang untuk confirmation sebelum naik ya, at least dua hari sebelum.


Maksimum bilangan guest yang boleh naik cruise dalam sekali pelayaran adalah 60 orang saje. Jadi, uols boleh enjoy puas-puas atas cruise tu selama paling minimum sejam setengah. Atas cruise ni ada macam-macam aktiviti yang uols boleh buat. Masa kitorang naik tu, kitorang karaoke kat tingkat bawah. Tingkat atas just duduk-duduk santai aje menikmati angin laut waktu malam. Haah, kitorang gi dah malam. Jadi takde pemandangan yang cantik. Just enjoy the sea breeze je sambil catch up dengan rakan media yang lain.

Dak Ain lah karok sampai lebam dengan Shieda. Hahaha!


Menariknya, kalo uols naik time sunset (memang diorang buat servis Sunset Cruises pun), uols boleh experience seawater jacuzzi sambil tengok matahari terbenam. Seawater jacuzzi tu, uols berendam dalam air laut dengan adanya jaring protection. Jadi takde la tenggelam atau terhanyut ke tempat lain kena tinggal dengan cruise. Selain tu, ada pakej BBQ jugak atas cruise ni.

Nah pakej dia:

Dengan F&B (3 jam) - Sabtu sahaja
Dewasa RM199nett
Kanak-kanak RM149nett (13 tahun ke bawah)

Tanpa F&B (1 jam setengah - Ahad hingga Jumaat
Dewasa RM88nett
Kanak-kanak RM55nett (13 tahun ke bawah)

Anak kecil 3 tahun ke bawah PERCUMA

Jenis upacara:
Sunset Cruises

Private Parties - birthdays, anniversaries, weddings, school reunions etc
Corporate Functions - MICE, annual dinners, team building, incentive trips etc

Booking Hotline: +6012 900 8200
Email: info@platinumcharters.com.my

Dinner dan Breakfast di Roselle Coffee House


Sepanjang kat sana, malam pertama kitorang dinner dekat Roselle Coffee House, breakfast untuk dua hari pun dekat situ jugak. Lunch hari event Travel Mart pun kat sini. Haaa, pendek kata semua kat sini lah. Terletak sama level dengan lobi, kalo masuk dari pintu utama, restorannya sebelah kanan.




Choice of food sangat banyak, saya paling suka nasi lemak bungkus dia. Roti-roti kat situ pun ada banyak pilihan. Erm, semua sedap lah! Hahaha. Selain Roselle Coffee House, Lexis Hibiscus Port Dickson jugak ada UMI Japanese Restaurant, Yuan Chinese Restaurant, Coralz Bistro, Sky Lite Bar, Lighthouse Club, Wave Dining, dan Lighthouse Bar.

Hibiscus Walk


Kalau suka versi makanan gerai, boleh ke Hibiscus Walk aje. Terletak sebelah car park yang dekat dengan Roselle Coffee House. Yang ni bukan aje dibuka kepada tetamu hotel, tapi orang luar pun boleh masuk. Ada macam-macam makanan Malaysia dijual kat sini, termasuklah yang nun jauh dari Penang.


Selain tu, ada kedai cenderamata dan jugak wellness centre in case uols nak berurut ke, haa boleh la datang ke sini. Jangan lupa ambil gambar dekat buaian I 💗 Lexis Hibiscus ya! Wajibbb! Hahaha~


Free Car Wash

Adui, ini memang paling tak boleh lupa. Hari kedua lepas Travel Mart, saya ke Senawang untuk ambil kereta yang encik suami tinggalkan dekat stesyen KTM Senawang. Esoknya saya balik ke JB drive sendiri aje. Tak naik dengan van Tourism Johor lah.

Parking kat Lexis Hibiscus Port Dickson ni percuma aje. Saya park la dekat tempat paling dekat dengan lobi, tak jauh dari Hibiscus Walk tu. Betul-betul depan Roselle Coffee House. Surprisingly, esok paginya bila dah checkout dan nak gerak balik, terkejut tengok kereta macam berkilat and ada notis yang diselit pada cermin depan kereta.


Alorrhhh, so sweet kan? Terima kasih team F&B Lexis Hibiscus Port Dickson! Memang rasa bahagia sangat bila tengok kereta dah bersih. Hihi.

Overall, experience menginap dekat Lexis Hibiscus Port Dickson ni memang paling best dalam hidup. Sampai cakap dengan Ain, tak hairan lah harganya macam tu, sebab hospitality diorang memang terbaik! Dengan ammenities yang lengkap dan servis tip top, uols akan rasa berat hati nak check out. Haha.

Ye, saya rindu Lexis Hibiscus Port Dickson! 🌺


Terima kasih Lexis Hibiscus dan Tourism Malaysia! 💝

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 17 - 19 April 2019 
anjuran Tourism Malaysia.

Post a Comment

12 Comments

  1. wow2 bila la dapat bercuti kat sni jgk..:)

    ReplyDelete
  2. Huntungglah awak dapat menginap di sini...rezeki awak, bukan rezeki kita huhuhu...
    Memang best tempat ni, one day nak menginap di sini bersama family ...

    ReplyDelete
  3. Bestnyeee.... Rezekiii tuuu...mmg bestt kan.. Nak share ngn mmber..dy nk honeymoon sinii.....

    ReplyDelete
  4. memangg bestt sangatttt kannn.... malam2 masa tengah berendam dekat pool tuhh,,pandang ke langit ...ucap rasa syukur.."macam tak percayaa lakk aku dekat sini..."

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki. Teringin nak menginap sana. Kena saving ni

    ReplyDelete
  6. Ni boleh masuk 2-3 family skali ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 - 3 family tu kena tengok jenis room yang uols book ya..ada juga family suite kat sini

      Delete
  7. Naik cruise kene bayar tak? Kalau bayar brapa 1 kepala dorang charge.. hujung taun ni in shaa Allah kami kesana.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ade dalam entri tu sis..baca yaaa bacaaaaa 😂😆

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com