7 Tempat Menarik Boleh Singgah di Negeri Sembilan

Tempat Menarik Boleh Singgah di Negeri Sembilan | Negeri Sembilan, negeri yang kaya dengan adat dan budaya turun-temurun. Dulu-dulu masa sekolah, kitorang gerun dengar tentang adat perpatih. Jadi risau kalau ke Negeri Sembilan, takut terlanggar adat ke ape. Padahal takde kena-mengena. Haha. Dan kalau orang sebut aje Negeri Sembilan, perkara pertama yang terlintas kat fikiran adalah bumbung Minangkabau. Teringin sangat nak datang tengok sendiri, bentuk Minangkabau tu. Ni lah kesan pembacaan buku teks Sejarah zaman sekolah dulu-dulu. Bila da dapat tengok sendiri, alhamdulillah puas hati. ๐Ÿ˜

Tapi Negeri Sembilan bukan sekadar negeri yang penuh dengan adat semata-mata. Zaman dah berlalu dengan pantas, dah nak masuk tahun 2020 dah tahun depan. Bersempena dengan tahun melawat Malaysia, Visit Malaysia 2020, ajomm kita tengok apa yang menarik kat Negeri Sembilan ni yang boleh uols masukkan dalam list kalau nak jalan-jalan ke sana.


1. The Adventurer's Web, Nilai

AEON Mall Nilai baru aje dibuka awal tahun ni, sebagai AEON Mall yang ke-28 dan yang terbesar di Malaysia setakat ni. Kenapa la besar sangat AEON Mall ni ek? Rupanya kat dalam mall tu ada serupa theme park uik! The Adventurer's Web dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 23 Mac 2019 di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan. The Adventurer's Web merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, menampilkan tiga zon inovatif dan interaktif bagi pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menarik.


Tiga zon tersebut adalah Dinosaur Rangers, Mini Science & Technology Discovery Center dan Monster House. Sebelum ni saya pernah ke Dinosaur Kingdom di Puteri Harbour, Johor. Dinosaur Rangers kat The Adventurer's Web ni lebih kurang sama aje konsep dengan yang kat PH tu, cuma kat sini indoor dan keluasannya kecik sikit la dari kat PH. Aktiviti-aktiviti dia memang serupa dengan Dinosaur Kingdom sebab organizernya adalah orang yang sama.


Untuk Mini Science & Technology Discovery Center, ia lebih kepada pusat pendidikan tentang Sains dan Teknologi bagi pelajar sekolah. Ada giant chess kat sini, kalau uols nak main dengan kawan-kawan atau keluarga. Jangan lupa try whisper dish, bisikkan rahsia kepada rakan uols yang mendengar dari piring seberang sana. Uols pasti terkejut dengan hasilnya.


Kalau uols nak buktikan keberanian, boleh lah masuk ke Monster House. Ada 13 buah bilik yang akan menguji tahap keberanian uols, setiap bilik ada Quit Door untuk uols yang dah tak mampu nak meneruskan perjalanan. Sebab ape, makin jauh uols pergi, tahap thrill dan horror akan semakin meningkat. Haaaa. Nak cuba? Sila lah ke The Adventurer's Web, AEON Mall, Nilai.


The Adventurer's Web, AEON Mall Nilai

No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Negeri Sembilan

Waktu operasi:
10.00 am - 10.00 pm setiap hari

Harga tiket masuk:
RM49 (berubah ikut promosi dan diskaun)

Facebook:

2. Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Muzium Tentera Darat atau dalam bahasa Inggeris, Army Museum, terletak betul-betul sebelah Kem Tentera Sirusa di Kg Baru Sirusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. Muzium ni adalah milik sepenuhnya Malaysian Royal Armed Forces. Bahagian luar muzium ada dipamerkan kenderaan-kenderaan tentera termasuklah jet pejuang, jip tentera dan juga replika keretapi lama. Bahagian dalam bangunan pulak ada pembahagian-pembahagian mengikut zaman tanah air kita dijajah hingga lah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.



Kalau ke sini, jangan lupa pergi ke bahagian belakang muzium. Ada satu tangga khas menuju ke terowong bawah tanah sepanjang 142 meter, replika dari terowong zaman negara kita dijajah dulu. Menarik sangat bila lalu kat dalam terowong ni, kita boleh tengok macam mana kehidupan tentera-tentera tanah air kita ketika usaha melindungi negara satu masa dulu. Pintu keluarnya pulak menuju ke Kg Hutan yang ada jambatan gantung dan kolam ikan buatan.



Sangat cantik pemandangan kat kawasan ni. Uols boleh juga minum-minum sambil makan kuih-muih kat kafe muzium, Kopi Combat Mak Okid dia sedap sangat! Sejuk tekak minum yang dah siap bancuh dalam botol. Saya siap beli 10 sachet, percuma 1, dari kedai cenderahati muzium untuk bawak balik rumah. Nanti saya share lebih lanjut tentang kopi ni dalam entri lain ya!

Muzium Tentera Darat

Kem Sirusa, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
10.00 am - 5.00 pm

Harga tiket masuk:
PERCUMA

No. Telefon:
+606 646 2359

Website:

3. Wild West Cowboy, Lukut

Terletak di SEGAR City, Lukut, Wild West Cowboy merupakan antara destinasi indoor theme park yang menarik di Negeri Sembilan. Dengan keluasan melebihi 2200 meter persegi, tarikan utama kat sini adalah 5D motion cinema, awake escape (dinosaur theme), awake thrill (gabungan 4 bilik - snow white, galaksi, rumah hantu dan mummy awake), skunk interactive show, souvenir shop, cowboy restaurant, amusement rides dan arcade games.


Kali pertama ke sini dulu, sis kauu sempat la pergi tengok semua tempat tu kecuali awake escape dengan skunk interactive show tu. Kali kedua baru-baru ni, masa agak suntuk, sempat join 5D motion cinema tu je. Untuk tengok motion cinema ni, korang akan diberikan spec 3D, lagi 2D tu dapat dari kerusi yang bergerak dan segala external motion seperti angin, dan benda yang usik kaki dari bawah kerusi tu. Kalau dapat pilih movie, sis kauu suggest yang boleh main tembak-tembak zombie sebab sambil uols fefeeling naik turun roller coaster, uols boleh tembak segala zombie yang muncul. Gituhhh.




Wild West Cowboy Indoor Theme Park

No. 59 - 64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Lukut, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
Ahad - Jumaat 10.00 am - 10.00 pm (kecuali Selasa TUTUP*)
Sabtu 10.00 am - 11.00 pm
*kecuali kalau jatuh pada Public Holiday & School Holiday, Selasa BUKA)

Harga tiket masuk:
RM38 (Adult)
RM28 (Child above 90 cm to 12 years old)

Harga Non-MyKad:
RM45 (Adult)
RM35 (Child above 90 cm to 12 years old)

No. Telefon:
+606 651 5401

Website:

4. Segar Recreation Park, Lukut

Ini adalah benda paling baru di SEGAR City. Baru bulan Mac 2019 ajeee diorang bukak taman rekreasi ni. Kitorang sempat la mencuba go kart dan archery kat sini. Tapi, dak Ain la yang sis kauu suruh cuba. Sebab sis kauu nak ambik gambar dia. Haha! Go kart kat sini, orang dewasa pun boleh main, tu lah yang best nya. Hihi. Biasa kan kita nampak go kart budak-budak ajeee.
Selain dari dua benda tu, kat sini jugak ada aktiviti flying fox, high rope, junior rope, abseiling, rock climbing dan obstacles. Tujuan adanya taman rekreasi outdoor dekat SEGAR City ni adalah untuk mempromosikan aktiviti pelancongan yang lebih kepada menyihatkan tubuh badan. Gituhhh.


Segar Recreation Park

No. 59 - 64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Lukut, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
Ahad - Jumaat 10.00 am - 10.00 pm (kecuali Selasa TUTUP*)
Sabtu 10.00 am - 11.00 pm
*kecuali kalau jatuh pada Public Holiday & School Holiday, Selasa BUKA)

Tiada maklumat harga, boleh hubungi nombor di bawah.

No. Telefon:
+606 651 5400

Website:

5. Alive 3D Art Gallery, Lukut

Terletak tak jauh daripada Wild West Cowboy, Alive 3D Art Gallery ni juga adalah bawah syarikat yang sama yang membangunkan SEGAR City. Kat sini ada 50 jenis gambar yang menggunakan kesan 3D dan illusi optik, dibahagikan kepada 5 zon berbeza iaitu adventure zone, animation zone, exotic zone, aquarium zone dan juga dark art zone. Turut disediakan buat pengunjung adalah VR Games yang akan membantu uols lebih menyelami dunia Alive 3D Art Gallery.


Kat Port Dickson ni sebenarnya ada dua tempat yang sediakan pengalaman bergambar 3D Art, satu dekat PD Dream World Upside Down (Rumah Terbalik), satu lagi yang kat Lukut ni lah. Uols boleh cuba pergi ke dua-dua tempat ya, kedua-dua tempat ni memberi pengalaman yang berbeza.


Ambil gambar banyak-banyak ya kalau ke tempat instaworthy macam ni!

Alive 3D Art Gallery

No. 38-40, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Lukut, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
Ahad - Jumaat 10.00 am - 10.00 pm
Sabtu 10.00 am - 11.00 pm

Harga tiket masuk:
RM20 (Adult)
RM15 (Child above 90 cm to 12 years old)

Harga Non MyKad:
RM25 (Adult)
RM20 (Child above 90 cm to 12 years old)

No. Telefon:
+606 651 5400

Facebook:

6. Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson

Dalam bahasa Inggeris disebut Ornamental Fish Center, merupakan pusat pemuliharaan hidupan laut yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, kat bahagian luar bangunan, uols boleh tengok penjagaan penyu dari sebiji telur hingga lah penyu tu dewasa. Tengok je tau, jangan sentuh!



Masuk ke dalam bangunan, uols akan nampak pelbagai jenis ikan dalam akuarium kat sini. Kalau uols peminat ikan, memang boleh makan masa berjam-jam duduk kat dalam ni. Ada jugak tapak sulaiman yang uols boleh sentuh untuk tengok macam mana hidupan laut ni bergerak meliang-liuk "kaki" dia kat tapak tangan uols. Sis kauu tak mampuuu!



Pusat Ikan Hiasan

Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
Setiap hari 9.00 am - 5.00 pm

Harga tiket masuk:
PERCUMA

No. Telefon:
+606 662 1089

Facebook:

7. Seremban Heritage Walk, Seremban

Ni antara tarikan paling baru kat Seremban. Laluan Warisan Seremban ni adalah aktiviti yang uols boleh buat untuk tengok bangunan-bangunan lama di sekitar Seremban yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi dari zaman mula-mula dibina dulu. Uols akan dibawa berjalan bermula dari bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN), kemudian ke Bangunan Sains (Balai Bomba Lama), Masjid Jamek Seremban, Bangunan Penasihat Undang-undang, Lit Seng Gong Temple dan Balai Polis Lama Seremban. Selain tu, ada juga tempat-tempat warisan lain yang tak sempat kami terjah. Sis kauu pulak, di hujung aktiviti tu hanya sempat jenguk Lit Seng Gong Temple tu aje sebab masa tu ada urgent matter ke Senawang. Boleh tengok gambar-gambar dari page Pesona Seremban ni ya!

No. Telefon: +606 660 2626

Selain tempat-tempat kat atas ni, ada banyak lagi tempat menarik sekitar Negeri Sembilan yang uols boleh singgah. Saya pun tak sempat nak explore habis Negeri Sembilan tu. Ye lah, banyak kat area Port Dickson je. Insya'Allah next time nak pergi lagi. Boleh ke belah-belah lain pulak. Ni semua adalah tempat yang uols boleh buat sightseeing atau beraktiviti aje.

Kalau nak cari tempat makan best kat Port Dickson, boleh baca kat link berikut ya!

Baca juga:
Port Ayam dan Kambing Bakar di Port Dickson
Cendol Best di Port Dickson

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 17 - 19 April 2019 
anjuran Tourism Malaysia.
7 Tempat Menarik Boleh Singgah di Negeri Sembilan 7 Tempat Menarik Boleh Singgah di Negeri Sembilan Reviewed by Sunah Sakura on May 06, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. wahhh banyak juga rupanya tempat yang menarik di negeri sembilan ek..

    ReplyDelete
  2. Walaupun org nogori, tp suma tak penah gi lg. Hahaha. Aeon Mall dh gi tp tak masuk lg yg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriusss laa..hahaha..takpe, benda tu biasa berlaku..orang local, mesti jarang nak pergi tempat menarik kat negeri sendiri ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  3. walaupun sy org NS n dduk seremban, ada jgk tmpt2 yg tak pergi lagi tuuu

    ReplyDelete
  4. banyak nyaaaa tempat menarik..so far klo pi pd sbb nk g makan je kat situ dengan pi tgk pantai..tak tahu pulak byk aktiviti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee...biasanya mesti cari kambing bakar je...tiberr..hahahah

      Delete
  5. lama sangat dah tak pergi n9..banyaknya tempat menarik!

    ReplyDelete
  6. eeeee,,,rase best sangattt sebabb banyak gambo dak ain tuu.. hahahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh banyak ekk..jap aku belek lagi, buangkan..hahahah

      Delete
  7. saya teringin nk melawat kawasan2 yg penuh adat. bla tgk majalah 3 mlm td, lagilah teringin nk pergi tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. jommm anies! nak pergi lagi nanti insya'Allah...nak tengok istana seri menanti, masjid putih, dll

      Delete
  8. banyak rupanya tempat best kat n. sembilan ni...

    ReplyDelete
  9. negeri sembilan is actually one of the places yg ray x pernah jejak kalau tak silap. i've no recollection of memory being there once. maybe and maybe not. haha

    ReplyDelete
  10. Alahai malunya jdi org NS sebab mmg x pernah pergi pun tempat tu semua...sedeyyy...lepas ni kena kena la bercuti kat tempat sini

    ReplyDelete
  11. Byk juga yg mama baru Tau.. nanti refer sini la bila nak ke n9

    ReplyDelete
  12. wahhh dah makin bertambah attractions dekat negeri sembilan ni. Dulu kalau sebut n.9 kepala automatik teringat PD je :P

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.