23 Lebuhraya Beri Diskaun Tol Sehingga 33% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

23 Lebuhraya Beri Diskaun Tol Sehingga 33% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 | Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Tuan Baru Bian, telah mengumumkan 23 lebuhraya di negara ini akan memberikan diskaun tol sebanyak 10% sehingga 33% kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan. Diskaun ini berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari yang sama.


Senarai penuh 23 lebuhraya yang akan mendapat diskaun tersebut adalah seperti berikut:

  1. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP) - 33%
  2. Lebuhraya Grand Saga (GSSB) - 30%
  3. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) - 20%
  4. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) - 20%
  5. Lebuhraya Utara - Selatan Hubungan Tengah (ELITE) - 20%
  6. Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE) - 20%
  7. Jabatan Pulai Pinang - 20% (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 - 20%
  9. Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) - 20%
  10. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) - 20%
  11. Lebuhraya BESRAYA - 20%
  12. Lebuhraya MEX (Maju Expressway) - 15% (semua Kelas kenderaan)
  13. Lebuhraya Grand Sepadu - 15%
  14. Lebuhraya Shah Alam (Kesas) - 10%
  15. Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) - 10%
  16. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) - 10%
  17. Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH) - 10%
  18. Lebuhraya Kajang SILK (SILK) - 10%
  19. Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) - 10%
  20. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 - 10%
  21. Lebuhraya Lingkiran Luar Butterworth (BORR) - 10%
  22. Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) - 10%
  23. Lebuhraya Kuala Lumpur - Selangor (LATAR) - 10%


Sementara tu, tiga lagi lebuhraya hanya menawarkan diskaun di Plaza Tol tertentu untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun, iaitu:

  1. Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) -10%
  2. Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) - 20%
  3. Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja - 10% 

Rujukan:


P/S: Tak ada diskaun or rebate sebelum hari raya macam dulu-dulu. Huhuhu.

3 comments:

  1. Kannn tapi Touch n Go ada rebate hehehehe

    ReplyDelete
  2. Insyaa Allah merasa lah diskaun di hari raya hee

    ReplyDelete
  3. Waktu ni jd rindu kerajaan lama hihi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com