Makmum The Movie

Makmum The Movie | Uols dah tengok teaser trailer Makmum The Movie? Saya ternampak trailer ni kat Facebook bila ada seorang kawan share. Kalau uols belum tengok, jemput belek trailer nya kat bawah ni.


Gulp.

Ada macam seram sikit kan? Pelakonnya Titi Kamal, masa dia tengah nak solat Maghrib kat surau, tiba-tiba aje pintu surau terbuka. Tapi bila dia menjengah ke pintu, takde sape-sape pun kat situ, dan takde sape-sape pun masuk ke surau.

Jadi, dia tutup la balik pintunya, sebelum memulakan solat Maghrib.

Alangkah terkejutnya dia masa tengah solat, ada suara seseorang di belakangnya, seolah-olah sedang menjadi makmum kepadanya. Setiap kali takbir, suara tu menyahut mengikut di belakang. Erkkk!

Seram sehhhhh!

Lagi seram sebab memikirkan ia adalah adaptasi dari kisah benar.

Ye uols, lagi-lagi bila memikirkan itu juga antara pengalaman encik suamiku sendiri. Huhuhu. Encik suami kan mudah aje kene dengan benda-benda macam ni. Jadi tak sabar pulak nak tengok filem Indonesia ni. Kita tungguuuu!


Sebelum tu, boleh tengok dulu filem pendek berdurasi 9.54 minitnya kat Vidsee - Makmum (Behind Me). Sis Lin mesti takut nak tengok tu! 😜

10 comments:

  1. erkkk...taknaklah tengok. takutttt

    ReplyDelete
  2. Aduh, nt tgh solat terbawa2 plak. Tak mo tengoklah. Dahlah skrg tinggal berdua aje, kena time sorang2?? Oh, tidaklah ku nak tengokkkk

    ReplyDelete
  3. adoiii lemah la macam ni.... dah la selalu terbayang scene macamni

    ReplyDelete
  4. Xpernah dgr cerita ni...nk try lah tgk, mmg suka horror lagi2 cite omputih hehe...btw, tq join bloglist...dh update blog saudari sakura ke blog sy 😊

    ReplyDelete
  5. ingatkan cerita islamik, tp cite seram ke... takmo tengok... takut lah akak ni dhla penakut

    ReplyDelete
  6. haduiii seramnya..tapi suka tgok tu.

    ReplyDelete
  7. macam best jugak cerita ni...wajib tengok jugak

    ReplyDelete
  8. ha ha ha ha takuuuuuuttt!!!
    kat surau kuarters ofis. gini la.
    memula imam jer.
    da start solat, belakang ramai :) hu hu hu hu hu hu...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com