Beraya Sampai ke Singapore

Beraya Sampai ke Singapore | Pertama kali dalam hidup, saya beraya ke Singapore. Pertama kali jugak dalam hidup, saya ke luar negara gambled naik public transport. Pertama kali juga saya ke luar negara bawak orang yang pertama kali ke luar negara. Ahahahah!

Salah seorang ex housemate saya, Risha namanya, dah duduk kat Singapore selama dua tahun selepas dia berkahwin dengan orang sana. Tahun ni, bila dia dah pindah duduk rumah sendiri, dah hampir siap renovate rumah dia cantik-cantik, dia ajak kami beraya ke rumahnya di Singapore.

Mulanya macam berat hati jugak sebab bajet tak berapa nak ada. Faham-faham lah Singapore, tukaran matawang dia dengan Malaysia tiga kali ganda lebih tinggi. Dalam keadaan nak berjimat-cermat, jadi dilema pulak nak pergi ke tak. Tapi, bila kak Ajan tanya estimation kos pergi balik, then Risha jawab tak sampai RM10, wowwwww!

Ok, ONZZZZZ! ๐Ÿ˜†

Terus lupa diri.


Tapi kami pergi berdua aje. Seorang lagi, Ayen, tak dapat nak turut serta sebab dia tak sihat sangat pada hari tersebut, dan masih lagi kat kampung, belum balik ke JB. Masa tu da tukar duit RM20 sorang kononnya, tapi jadi la RM30 sorang bila dari tiga orang bertukar kepada dua orang. Ok la, boleh buat backup kalau ape-ape. Ah, berbelit-belit kan, saja nak buat uols pening baca ๐Ÿ˜

Pagi hari kejadian, saya minta tolong Farahain hantar kami ke CIQ, dalam pukul 10 jugak kami setel kat imigresen, alhamdulillah tak ramai sangat orang keluar Malaysia. Terus turun bawah, nak ambil bas ke Woodlands Checkpoint (WC). Naik bas Causeway Link aje, RM1.50.

Sampai kat WC, kami beratur untuk cop passport masuk Singapore. Pegawai imigresen tu belek passport saya, dan bertanya, last datang sini bulan Disember tahun lepas ya? "Iyaaaaaaaa enchekkk, masa tu saya ke Belitung, Indonesia! Ambil flight Garuda dari Singapore!!!" Tiberrr, sebenarnya, saya jawab satu perkataan pertama tu je, dengan huruf 'a' dikurangkan menjadi satu ๐Ÿ˜ฌ

Bus fare from WC to Woodlands Interchange SGD1.70

Dah setel kat WC, kami turun untuk tunggu bas ke Woodlands Interchange pulak. Kiranya, stesen bas besar yang ada banyak bas-bas ke destinasi lain. Niatnya begitulah. Tapi jadi lain pulakkkk bila naik bas 950, kami berhenti turun dekat Marsiling Train Station. Padahal dah bayar SGD1.70 nak turun kat Woodlands Interchange. Tapi driver cakap boleh turun sini aje kalau nak ke Pending Road, just kena seberang jalan pergi bustop sebelah sana. Oooooooo! Ok.



Ni laa bendahari kehormat kita sepanjang kat sana ๐Ÿ˜†

Maka, menunggu lah kami kat bustop opposite Marsiling Stn., meninjau-ninjau kemunculan bas 963. Masa baca maklumat kat papan tanda bustop tu, boleh pulak tersilap baca harga. Ingatkan nak ke Pending Rd tu just bayar SGD1.30, rupa-rupanya tu harga untuk pengguna kad. Kalau guna cash, tambang jadi SGD1.90 ya! Lain tau! Semua maklumat ni ada dalam papan tanda, tapi baru ni belek gambar baru perasan. Haha.


Haa jadual atas sekali tu card fare untuk basic bus service, yang tengah untuk express service, bawah pulak untuk cash fare

Dari Marsling Stn., bas 963 naik highway dan exit ke Bukit Panjang. Tak lama lepas tu, dah sampai Pending Rd Stn, kitorang pun turun. Risha dah whatsapp dah kata dia akan tunggu kat bawah lagi 15 minit. Tapi kami da sampai awal dari expectation. Hahaha. Dan rupanya dia tersilap bagi nama bustop, sepatutnya Petir Rd. Takpe lah, alhamdulillah selamat jugak sampai dua ketul manusia ni ke depan rumahnya.



Masuk rumah Risha terus rasa wowww sangat. Pandai dia dan suami deko rumah, dia pun macam Tatie, renovate sikit-sikit ikut bajet yang ada. Tiberr aku sebut nama Tatie. Hahaha. Risha masak kuetiaw goreng pedas untuk kami. Ada juga Kek Tapak Kuda yang mak mertua dia buat. Ya Allah, sedappp sangat tau!


Saya paling suka inti Nutella tuuu dengan Ovamaltine. Aduhaii, rasa coklat yang pekat dan cair dalam muluttt ๐Ÿ˜‹ Kalau orang Singapore nak order Kek Tapak Kuda ni, boleh la belek IG @mamasuekitchen_ ya! Lepas makan, kitorang apa lagiiii. Photoshoot lah!



Cukup lah dua gambar, kang muntah ijo uols ๐Ÿ˜†

Paling takleh blah, lepas habis semua aktiviti yang sepatutnya, semua ngadap netflix, abis jugak 1 movie kat rumah Risha. Aje gilerr, raya rumah orang tumpang nengok netflix ๐Ÿ˜† Nasib baik lerr lepas tu sedor diri, pukul 3 gitu kitorang keluar rumah, Risha nak ajak jalan-jalan ke mall tempat dia kerja. Sebelum ke sana, kami pergi ke Hillion Mall dulu. Risha nak beli kad EZLink. Lebih mudah guna kad ni bila naik public transport, tambang pun jauh lebih murah berbanding guna cash.


Harga kad ni SGD10, dalam dia ada SGD5. Beli kat 7 Eleven aje, kalau nak topup kad ni pun boleh topup kat 7E atau mana-mana stesyen bas dan train. Asalkan ada ongkosnyaaa, buk! Mekasih Risha! Dari Hillion Mall, kami ke Bukit Panjang Plaza pulak. Haa, start dari situ kami pakai kad EZLink aje. Takde da guna cash ๐Ÿ˜€

Sempat pulak amek gambar kat Hillion Mall ni. Hahaha!

Kat Bukit Panjang Plaza tu, boleh pulak buat sesi lawatan sambil belajar ke Bukit Panjang Public Library. Jalan-jalan tengok dalam library, tengok buku yang ada and tengok interior design dia aje. Memang macam pelancong. Kahhhh!



Dengan baki cash yang ada, pergi borong coklat jugak kat plaza tu. Fire Sale! Everything Must Go! Ape lagi, kita bantu diorang habiskan cepat-cepat! Hahaha! Padahal beli dua keping aje coklat. Lain kali bole borong lebih sikit, dah tahu mana murah kannnn!


On the way nak balik ke bustop depan rumah Risha, sempat lagi Risha belanja air Dum Dum Thai Tea. Adoiii, kat Malaysia pun ada woi! Hahaha. Saje je ngusik diorang. Kak Ajan tak pernah try kat Malaysia katanya. Eeeee! ๐Ÿ˜‚


Balik naik bas lagi, alhamdulillah semua lancar, urusan masuk Malaysia pun mudah dan tak beratur lama. Sebab masa tu baru pukul 5 lebih, orang baru nak keluar ofis. Tunggu dak Farahain datang pikcup, lepas tu balik rumah. Macehhh Ain! ๐Ÿ’–


Terima kasih Risha! Insya'Allah nanti kitorang datang lagi ya! Saya suka Singapore sebab bandarnya bersih macam Jepun, walau ada banyak pokok-pokok tinggi tak macam kat bandar Jepun sana. Lagi seronok sebab public transport dia sangat convenient, mudah untuk kita gerak dari satu tempat ke tempat lain. Mungkin juga sebab negaranya yang jauh lebih kecil dari negara kita, maka kemudahan-kemudahan untuk rakyat boleh disediakan dengan lengkap ๐Ÿ˜‰

Will definitely come again.
Beraya Sampai ke Singapore Beraya Sampai ke Singapore Reviewed by Sunah Sakura on July 11, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Bestnya ^^ Syaza belum pernah jejak kaki kat Singapura.

    ReplyDelete
  2. Waaa kapan yaaa kamu ke SG...ayuh dong datang ke Belitung again hahahaha

    ReplyDelete
  3. bestnya, walaupun pertama kali sampai tp mcm biasa pegi dh...
    tp sana sistem pengangkutan awam dia bagus, dan sistematik...

    akak yg asal johor pun tak pernah msk spore, hhhehe lg kesian kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sebelum ni pernah juga ke sana untuk ke airport dia..tapi takde la naik bus henti2 tu..jadi rasa yakin sikit nak bawak orang..hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Bahahhahahahah tergelak besor aku baca komen ni kak!! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  5. Saya pun nak ke Singapore..lama dh mengidam..

    In shaa Allah Ada la peluang klak

    ReplyDelete
  6. Eh best juak pulang ari ke spore, alu blm tcapai ke sia.ada kejilisan sikit kamek nanga kita ke sia ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  7. Dah 20 tahun dok jb, tak pernah sampai lagi ke singapore. Dulu sangkut ptptn. Lepas dah clear...hapah tak pergi juga pun

    ReplyDelete
  8. Bestnya jalan2 pusing2. Beraya makan2 :)

    Ruby belum pernah jejak kaki ke singapore walaupun membesar di Johor. Hehe

    ReplyDelete
  9. beraya sambil berjalan. cantik rumah kawan sunah tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.