Ingin Jual Kereta? Ini 5 Perkara yang Bakal Memudahkan Anda!

Ingin Jual Kereta? Ini 5 Perkara yang Bakal Memudahkan Anda! | Dengan jingle Carsome yang sering kali bermain di radio ditambah pula dengan “challenge badadadum” di media sosial, mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya Carsome? 


Pernah tak terfikir untuk menjual kereta untuk pandangan baru? Atau mungkin anda nak jual kenderaan anda sekarang?! Kami tahu proses ini keliru sikit kan? Memikirkan kerumitan berunding, menyediakan kertas kerja dan proses pemeriksaan kereta, semua ini boleh mematahkan semangat anda. Tapi jangan bimbang, Carsome boleh membantu. 

Carsome terkenal sebagai pusat penyelesaian sehenti untuk anda menjual kenderaan terpakai dengan proses yang mudah, pantas dan jujur - dan cara prosedur semua ini PERCUMA! 😉


Tidak percaya? Jangan bimbang, di sini kami senaraikan 5 perkara tentang Carsome yang anda tidak tahu! 

1. Ianya ditubuhkan di Malaysia! Wait, what?


Carsome ditubuhkan oleh pengasas bersama Eric Cheng setelah mengenal pasti kekurangan dalam industri kenderaan terpakai pada waktu kala yang masih tradisional dan kekurangan struktur jelas. Dibesarkan di Damansara Jaya, usahawan ini meluangkan hari-hari awal Carsome bercakap dengan pengedar kenderaan dan meyakinkan mereka untuk mengubah papan putih dan lembaran excel mereka sepenuhnya kepada pengalaman teknologi terpenuh!

2. BIAR CARSOME YANG SELESAIKAN SEMUA KERTAS KERJA! Mhmm, yes! 


Katakan bye bye kepada proses bosan mengisi borang, beratur panjang dan prosedur yang memeningkan. Carsome akan bereskan semua proses dan kertas kerja untuk anda. Dari proses pemeriksaan sehingga lah ke pemindahan hak milik - jadi anda tak perlu lagi ke JPJ dan PUSPAKOM seharian. Dalam erti kata mudah, mereka cover semua dari A ke Z ;) #win

3. Sistem bidaan yang sangat cool


Jadi macam mana Carsome dapatkan harga terbaik untuk kenderaan anda? Mudah, dengan platform bidaan seluruh negara mereka! Pengedar kenderaan dari seluruh negara berpeluang untuk membida kenderaan anda dan ianya akan dijual kepada pembida tertinggi, memastikan ANDA mendapat bayaran terbaik untuk kenderaan anda. Anda tidak perlu meninggalkan rumah anda dan boleh saksikan bidaan secara live di peranti anda! Dengan cara ini, pelanggan boleh mendapatkan harga 10% hingga 20% lebih tinggi untuk kenderaan mereka berbanding transaksi jual-beli tradisional. Mudah bukan! 

4. Selamat tinggal pembeli fake 👋 


Kan susah dan kecewa apabila perlu berhadapan dengan scammers dan masa dibazirkan bila pembeli berminat tarik diri separuh jalan?! Ucaplah selamat tinggal kepada zaman membalas pertanyaan yang tidak berkesudahan dan layanan semuanya percuma! Anda hanya perlu berurusan dengan Carsome sahaja - satu lagi kemudahan mantap untuk pelanggan Carsome!

5. Wang $egera


Setelah perjanjian selesai, anda boleh mendapatkan pembayaran ke akaun anda seawal 24 jam! Jangan setel dengan alasan lagi - ambil peluang jual kenderaan terpakai anda untuk mendapat bayaran lumayan dengan perkhidmatan Carsome yang pantas, telus dan percuma! 😎

Dengan ibu pejabatnya di Malaysia, Carsome telah melebarkan sayap ke Indonesia, Thailand dan Singapura dan mempunyai rangkaian pengedar kereta terbesar dengan lebih 5,000 pengedar berdaftar dengan platform Carsome. Semenjak penubuhannya pada tahun 2015, Carsome telah merekodkan lebih 1,000,000+ bidaan untuk kenderaan terpakai, dengan lebih 70% transaksi dijalankan di antara bandar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.carsome.my.

5 comments:

  1. Dah selmaat jual dan dah beli yang baru...hehehe..kita menangis wak masa jual keta wira tu...sedihhhh

    ReplyDelete
  2. Kak SA...jual kereta memang nangis kak. masa tolak Persona dulu pun nangis jugak, kereta pertama la katakan....feeling ngalahkan cinta pertama. Nanti boleh la pakai Carsome kalau terbuka hati nak letgo kete..nampak senang

    ReplyDelete
  3. Apa susah, hunungi Yana hahahahaha...

    ReplyDelete
  4. so far x penah jual kereta lg sbb syg nau2 dgn kereta skrg wpn dah lbh 10 thn hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com