Tudung Bawal Cotton Voile Mia Ajmal Muslimah Boutique

Tudung Bawal Cotton Voile Mia Ajmal Muslimah Boutique | Dulu-dulu zaman degree, memang tudung bawal aje jadi pilihan hati. Biar lah wajib iron, tetap berbawal. Masa tu shawl belum trending lagi. Akhir-akhir ni, lepas shawl menerajui dunia tudung, tiba-tiba bawal muncul balik dengan macam-macam design dan jenama terbaru. Bukan lagi bawal kosong dua atau tiga tone, tapi macam-macam corak bunga, bangunan, doodle, huruf-huruf dan banyak lagi.


Salah satu daripada jenama tudung bawal yang terkini saya cuba adalah dari Mia Ajmal Muslimah Boutique. Tudung bawalnya adalah daripada premium cotton voile yang ringan, tak panas, mudah iron dan sangat selesa dipakai. Kainnya tak licin dan mudah untuk dibentuk sesuai dengan cara pemakaian kita. Nak silang kat bahu? Nak pakai macam budak lepasan SPM? Atau nak jadikan macam shawl? Semua boleh!

Lagi best tentang tudung bawal cotton voile Mia Ajmal Muslimah Boutique ni, setiap design tu boleh pakai dengan 3 hingga 4 corak berbeza. Sebabnya, setiap penjuru tudung, coraknya tak sama antara satu sama lain. Jadi, kalau hari ni pakai penjuru sebelah sini, lusa pakai penjuru sebelah sana, mungkin aje orang tak perasan uols pakai tudung yang sama! Hahaha!

Tak percaya ke?

Tengok lerr gambar-gambar saya pakai tudung bawal Mia Ajmal kat bawah ni. Saya letakkan sekali design penuh tudung untuk rujukan uols ya.









Cantik-cantik kan design dia? Memang betul senang nak bentuk, senang nak iron, dan selesa pakai. Tak tipu. Kalau uols berminat dengan design-design dia, boleh la rujuk website dia dan buat pilihan nak borong yang mana ekkk. Ada lagi dua design yang takde dalam gambar kat atas, uols kena la pi tengok sendiri.

Tudung Bawal Cotton Voile Mia Ajmal Muslimah Boutique

Bidang: 45
Harga: RM25 sehelai
Postage: Flat rate RM6 seluruh Malaysia

Terus Beli di Website:

15 comments:

  1. Cantik- cantik tudungnya la...siyes..warna pun cantik...

    ReplyDelete
  2. Alaaaa cantiknya semua design tudung ni. Ok, nak jenguk website tudung tu nanti heee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. waaaa patutla tudung dia lawo2

    ReplyDelete
  4. cantiknya semua design tudung tu sunah.. harga pun tak mahai.. tergoda betul la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kakk...harga dia berpatutan untuk tudung premium cotton voile..

      Delete
  5. Cantiklah semua design bawal tu. Kalau ada bidang yang lagi besar best juga ni.

    ReplyDelete
  6. lawanya tudung dia..murah lak tu. Ok nnt kak yan singgah beli. tq Sunah.

    ReplyDelete
  7. Wowww cantik...eh lupa laaa dapat email payment, tadi dah bayar, ko dah bayar eh, nanti Sis tranfer kat ko je yee Sun...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com