Kek Tak Jadi? Jangan Dibuang!

Kek Tak Jadi? Jangan Dibuang! | Pagi tadi pukul 3 pagi bangun siapkan tempahan kek, 3 biji snow cheese cake, 1 biji chocolate moist cake. Tapi kek coklat tu, buat dua kali pun tak jadi, tak tahu la kenapa. Tak nak ambil risiko, saya wassap customer, boleh tukar kek lain tak pada harga yang sama. Alhamdulillah, customer faham. Saya tukarkan kepada fudgy brownies kosong aje.

Kek coklat yang pertama tu bantat, mungkin sebab saya try try nak bakar guna waterbath, kot-kot la jadi macam kek kukus sebab resepi asal kek ni memang kek kukus pun. Tapi entah ek, disebabkan tak sabar menunggu, saya keluarkan waterbath dan bakar aje macam biasa. Sebelum-sebelum ni memang saya bakar aje macam biasa, takde waterbath bagai pun.

Entah kenapa bila da masak, kek turun balik dengan dahsyatnya. Saya tengok jam, sempat lagi buat yang kedua. Adunan kedua, saya ubah lagi, tak nak bubuh baking soda sebab tak suka pada rasa baking soda tu. Maybe sebab tu, kek tak berapa naik, hanya da baking powder saje dalam bahannya. Tu la kan, memandai-mandai nak derhaka, orang kata ๐Ÿ˜œ

Disebabkan kek yang kedua tu rasa dia sedap aje, tapi kejadian tak berapa cantik, saya tak sanggup nak buang. Sesambil membrownies, sempat pulak saya terfikir nak buat macam gambar kat bawah ni haaaa.


Crumbled chocolate cake layered with cheese in jar. Mak ai, panjang kan nama dia? Ye lah, kalau tak duduk dalam jar, boleh aje kasi pendek namanya. Hahaha. Kek coklat yang tak jadi tu, saya hancur-hancurkan kasar-kasar jadi crumbs, kemudian masukkan dalam jar sikit. Then, lebihan cheese cream dari kek snow cheese, saya tuang guna sudu sikit-sikit. Ei, renyah jugak ye tapi hati gembira membuatnya.


Boleh dapat 3 lapis kek coklat dan 3 lapis cheese cream untuk setiap jar. Tu pun ada lebihan lagi kek nya. Pada bahagian atas sekali, saya grated-kan cheese cheddar, baru bertambah-tambah kesedapannya kheeennnnn! Then, tutup dan simpan dalam peti ais untuk sejukkan. Bila nak makan nanti, just buka penutup dan ceduk guna sudu aje.


Mmmmm, sedap jugakkk!

Dah selamat 1 jar lepas Maghrib tadi. Bahahaha.

Kejap lagi datang la dak Farahain tu panggil polis ๐Ÿ˜
Kek Tak Jadi? Jangan Dibuang! Kek Tak Jadi? Jangan Dibuang! Reviewed by Sunah Sakura on July 03, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. Uuiii...sedapnya...meh pas sebotol ke taman u ni

    ReplyDelete
  2. Nampak tambah sedap bila dah masuk jar..๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. Farahain, cepat panggil polis!!!

    Teringat zaman kegemilangan buat cake in jar ni, siap jual melalui pos, hahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya sunah... dgn tambahan cheese tu.. meleleh ailio.. haha

    ReplyDelete
  5. apa kata pos kat i satu..haha

    ReplyDelete
  6. aduhai sedap nyer, sunah.
    tak membazir.
    lagipun, kalu tak silap, memang ada yg jual kek dlm jar pun, kan?
    viral la jugak.

    ReplyDelete
  7. YA Allah kreatifnya akak. Sedap sangat nampak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.