Selamat Pengantin Baru BFF Ku!

Selamat Pengantin Baru BFF Ku! | Last weekend, kalau ada yang baca entri kat blog ni, mesti uols tahu yang saya balik Sarawak sekali lagi selepas raya. Dijadikan cerita, tanggal 28 Jun yang lepas, salah seorang teman baik saya telah selesai menamatkan zaman bujang.

Teman baik ni merupakan kawan sekolah sejak pra-sekolah lagi. Masa tu, ayah dia guru besar kat sekolah tu. Kita selalu kena sound dengan ayah dia sebab kuku ada inai. Hahaha. Entah macam mana ya, kami boleh jadi kawan baik? Saya pun tak tahu. Lepas pra-sekolah, kami terpisah sekejap sebab saya masuk sekolah agama dari darjah 1 sampai darjah 6.

Mungkin kami jadi kawan baik bila dah berjumpa semula masa tingkatan 1. Sebenarnya, lepas UPSR, saya dapat tawaran untuk masuk ke sekolah berasrama penuh kat Miri, Sarawak. Sebahagian barang-barang dah beli tau, tapi last minute saya cancelled nak sekolah kat sana. Sebab? Hati ni jadi berat bila mak saya berat nak lepaskan anak sulung dia ๐Ÿ˜–


Makanya, saya meneruskan pengajian menengah rendah kat Bintulu, sekolah saya sangat dekat dengan rumah, boleh jalan kaki aje tiap hari. Kitorang satu kelas dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3, had a crush on the same guy or the friend of the guy had crush on us, then akhirnya jadi suami kepada kawan baik kami lepas tu. Ahahahhaha. Macam-macam hal lerrr kalau dikenang semula.

Kitorang masuk menengah atas yang sama, kelas yang sama lagi untuk tingkatan 4 dan 5. Kat sini lah, kawan baik kitorang berkembang biak menjadi 8 orang. Kalau tak silap saya, masa tu memang kitorang je 8 orang perempuan Melayu dalam kelas teratas. Jadi, hubungan ukhuwah antara satu sama lain tu tersangat lah rapat. Sampai sekarang pun masih beraya sama-sama lagi kalau balik ke Bintulu walau kadang-kadang tak cukup korum.

Gambar kenangan diorang datang ke rumah hari raya yang lepas

Then sebahagian dari kitorang masuk matriks sama-sama, lepas tu terpisah lagi bila sorang tu dapat sponsorship ke German. Mana yang masih kekal bersama, terus tetap mengukuhkan ikatan ukhuwah yang terbina. Mak masing-masing pun dah kenal mak satu sama lain. Akhirnya, yang terus kekal bersama masuk ke UTM adalah saya dan BFF yang kahwin hujung bulan lepas ni lah.

Zarith Sofia Suraya nama dia. Cikgu-cikgu selalu usik bila tanda kehadiran, Zarith? Sofia? Suraya? Macam ada tiga orang pulak dalam satu nama tu. Hahaha. Cuma masa kat UTM, kami da tak sama kelas. Dia ambil course yang berbeza dengan saya, tapi masih duduk satu kolej dan satu fakulti yang sama. Ye lerr, masa isi borang UPU kat matrix dulu, tanya dia juga dia isi apa. Sebab ikut dia la ni, menjadi satu sejarah, seketul Sunah memijak kaki ke negeri Johor pada tahun 2006. Ekekeke.

Haa, kalau balik Bintulu, memang wajib berjumpa sebab jarang-jarang boleh balik

Masa kat UTM, macam-macam juga yang kami pernah lalui. Pernah tertinggal flite masa nak balik kampung, sampai menangis seketul Sunah. Tapi sekeping Zarith cool aje orangnya, walaupun dia anak bongsu, saya anak sulung. Eh, terbalik pulak ye perangainya? Hahahah. Dia lah budaknya yang berani ambil lesen kereta dan bawak kereta kat UTM, siap modified lagi tayar kereta Kancil kasi tinggi. Dan heii, dia juga orangnya yang selalu pinjamkan novel Harry Potter sampai kita jadi terer mengarang cerita fiksyen macam JK Rowling masa SPM. Puji diri sendiri sekejap. Kahhhh!

Pengantin cantik, harus kita selfie tutup mata! MUA: Katy Ishakk

Eh, ok lah. Ape ni panjang betul menggamit kisah silam. Bukan ke ni entri Selamat Pengantin Baru?

Ye, kalau upacara perkahwinan omputih kan ada ucapan dari best man, tapi masa majlis Zarith takde. So, iols buat la karangan kat blog iols ni. Wakakaka!

Jom tengok gambar-gambar masa kenduri Zarith tempoh hari.





Paling suka deko laman rumahnya untuk majlis resepsi buat rakan-rakan sekerja pada waktu malam. Lampu-lampu tu Zarith dan suaminya hias sendiri, beli sendiri dekat Shopee. Cantik kan?

Kepada Zarith Sofia Suraya, selamat pengantin baru Rith! Semoga masjid yang dibina diberkati Allah dan kalian juga mendapat barakahnya. Perkahwinan adalah satu dunia yang baru, 5 tahun pertama untuk kalian mengenali hati budi masing-masing secara lebih mendalam. Be the toughest girl as you always are, either in happy times, or in times of trouble. Be the backbone to your husband, until the 5 years passing by. Keep on counting the prettiest moments together, till ever after.

Thank you, for always being there pada masa susah dan juga masa senang. Moga Allah permudahkan urusanmu di dunia serta akhirat, kerana banyak memudahkan urusan orang lain. Ameen ameen ya Allah.

#friendsforlife #friendsforkeeps
Selamat Pengantin Baru BFF Ku! Selamat Pengantin Baru BFF Ku! Reviewed by Sunah Sakura on July 04, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. selamat pengantin baru utk ur bff

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru wahai BFF.. Eh!!!! Hehehe..best kalau pegi rumah kawan kawen,dapat sekali jumpa kawan² yang lain kan..

    ReplyDelete
  3. cantik deko pelamin dia sunah.. selamat pengantin baru buat zarith sofea suraya dan pasangannya..

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru. Friendship goal sangat ni. Admire~

    ReplyDelete
  5. Panjang namanya panggil Rith je ye :)

    Selamat pengantin baru buat bff Sunah. Didoakan agar perkahwinan mereka dilimpahi rahimah, mawaddah dan sakinah ๐Ÿ’–

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.