Macam Mana Nak Jadi Lebih Berjaya?

Macam Mana Nak Jadi Lebih Berjaya? | Menarik sangat pengkongsian sahabat blogger Tuan Hanafi kat blog dia, 3 Sebab Orang Kaya Semakin Kaya. Saya suka dengan tips Irfan Khairi dalam live Facebook dia, tentang macam mana nak jadi lebih berjaya. Ada 3 tips yang beliau kongsikan, tapi saya fokuskan pada tips pertama tu ya!


Sebab tips tu memang paling dekat dengan kehidupan saya sebagai seorang student, malah saya sendiri merasai kesannya. Zaman student adalah zaman kat mana kita semua kena struggle lebih untuk dapat result cemerlang dalam exam. Lagi-lagi bila dah final year, tekanan perasaan nak menyiapkan projek tahun akhir tu sangat tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tapi disebabkan saya duduk dalam circle kawan-kawan yang hebat, alhamdulillah saya berjaya lalui segala halangan dan akhirnya memegang segulung ijazah. Hebat yang macam mana kawan-kawan tu? Cerdik pandai ke? Bijaksana ke? Tokoh pelajar ke? Selalu dapat 4.0 setiap semester ke?

No, no! Bukan hebat macam tu yang saya maksudkan.

Mereka adalah kawan-kawan yang punya semangat yang tinggi untuk berjaya. Yang bila kita tengok diorang buat kerja, kita pun automatik nak buat kerja. Yang sama-sama stay up siapkan assigment sedangkan masing-masing dari kursus yang berbeza. Dan paling penting, yang selalu bangun pukul 3-4 pagi untuk berbicara dengan Allah, supaya Allah permudahkan urusan mereka dan rakan-rakan mereka.

Ya, hebat begitu lah. Hebat dunia dan hebat akhirat nya.

Bila kita duduk dalam bulatan orang-orang yang hebat, sekaligus kita juga termotivasi untuk jadi hebat macam mereka. Aura kejayaan tu tersebar dan menyinar dalam circle tersebut. Masing-masing nak jadi lebih berjaya, supaya tak ketinggalan jauh kat belakang. Ukhuwah yang terjalin kukuh pula tak membenarkan salah seorang ahlinya terbiar rebah terlalu lama bila dah tersadung. Semua saling membantu antara satu sama lain.

Berlainan pula kalau kita berada dalam lingkungan orang-orang yang tak bersemangat untuk mencapai kejayaan. Yang hari-hari asyik merungut tentang kegagalan, yang sentiasa berprasangka negatif dengan orang sekelilingnya, yang tak kisah bila tak cemerlang di dunia mahupun akhirat. Aura negatif daripada lingkungan ini sangat berbahaya. Bila tersebar dalam bulatannya, automatik semua ahlinya pun akan dapat aura yang sama.

Apa yang boleh kita buat?

Gagahkan diri untuk keluar dari kepompong tu, dan dampingi orang-orang yang berjaya. Bukan tak boleh terus berada dalam lingkungan tersebut, tapi objektif yang berbeza tidak memungkinkan kita untuk capai impian kita. Ya, boleh saja terus berada dalam lingkungan tersebut, dengan syarat, kita bawa sekali ahlinya berjaya bersama-sama. Bukan kita menjadi antara percikan air yang memadamkan bara api arang yang sedang berusaha untuk membara. Jadilah orang yang bila dah berjaya, dia nak bawak orang lain berjaya sepertinya juga.

Macam Irfan Khairi tengah usaha buat sekarang ni lah.

Bak kata orang lama-lama, yang baik kita contohi, yang tak baik, abaikan.

15 comments:

  1. Yeah true! Dampingi orang yang berjaya xD

    ReplyDelete
  2. kalau berkawan dengan orang yang baik dan rajin, kita akan terikut jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...automatik terjangkit kat kita jugak

      Delete
  3. Menarik tipsnya :) Semua org boleh berjaya. Nak seribu daya, xnak seribu dalih.

    ReplyDelete
  4. Dimana ada usaha pasti ada jalan...nak berjaya kena usaha inshaallah boleh

    ReplyDelete
  5. Orang yang berjaya biasanya dah banyak kali gagal.
    Orang yang tak pernah gagal susah nak berjaya.

    ReplyDelete
  6. Dah baca juga kat blog Tuan Hanafi, sangat motivasi ...
    Nak berjaya senang aje, POSITIF ...

    ReplyDelete
  7. mama pun ada baca kat blog Mr H mmg ada betulnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mama...semua orang mesti pernah rasa benda ni

      Delete
  8. sama macam hadis ni mengatakan, kalau kita kawan dengan tukang besi, kita dpt bau busuk. kalau kita kwn dgn penjual minyak wangi, bdn kita turut berbau harum....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com