iDrink Cafe, Port Bubble Tea Terbaru di Bintulu, Sarawak

iDrink Cafe, Port Bubble Tea Terbaru di Bintulu, Sarawak | Mak ai, bubble tea lagi? Ye, wakkk. Sekarang ni kan tengah trending minuman bermutiara hitam ni. Alang-alang ri tu balik kampung cuba satu minuman bubble terbaru kat sana, kita share la kan story nya kat sini.


Kalau dari kampung saya nak ke airport Bintulu, atau sebaliknya, mesti akan lalu kafe ni. Dari seberang jalan lagi boleh nampak bangunannya gah berdiri dengan warna hitam dan tulisan idrink terpampang besar. Kalau lalu waktu malam, nampak meriah dengan lampu lip-lap.


Macam mana la tak tergoda nak pergi mencuba, ye dak?

Parking besar kat sini, kat belakang cafe ada ruang letak kereta, tapi kami park kat tepi cafe aje. Tak lah jauh sangat nak berjalan ke pintu masuk sebelah depan. Sampai je depan pintu, terus nampak signage ni.


Okayy!

Then masuk dalam. Wahhh cantiknya interior design kafe ni! Paling best, ade sebatang replika pokok bunga Sakura kat satu sudut. Ruang dalam kafe sangat luas, ada bahagian berkerusi meja, dan ada juga bahagian santai-santai dengan bantal gergasi.




Kami terus ke kaunter untuk order air. Macam-macam menu ada kat sini, paling menarik perhatian seketul Sunah adalah Matcha Machhiato with Sakura Pearl. Fuhhh. Macam tu la kalau da minat bunga sakura. Semua yang berkenaan sakura wajib cuba. Hahaha!


Adik pulak order perisa Oreo Cookie Macchiato dengan Signature Pearl Milk Tea. Lagi satu tak ingat dah perisa apa. Lambat benar nak ngapdet entry, padan muka! Semua air kitorang mintak 30% level sugar. Nak kurangkan manis la kononnya. Bila da order, bayar time tu jugak, then nanti dia kasi resit yang ade nombor order kita.


Boleh tunggu sebentar, ambil gambar, ootd sana-sini, sementara tunggu order kita siap. Masa kitorang pergi sana, nombor panggilan dalam bahasa Cina ya! Takde bahasa Inggeris. Jadinya, kitorang asyik bangun aje tengok kaunter minuman. Sampai la yakin tu air kitorang, baru la pergi ambil. Terus saya gitau situ siap-siap, kitorang tak faham bahasa Cina, lain kali tambahkan bahasa Inggeris ya!


Apa rasa air dia? Rasa Matcha la! Hahaha. Gabungan Matcha dengan lapisan Cheese bersama mutiara Sakura memang sedappp! Saya suka! Cuma lain kali, kena mintak level sugar tu 50% kot baru lebih kick gituhhh! Terutama kalo melibatkan oreo or susu, kena bagi manis sikit. Kalau tak, nanti rasa susu je lebih.

Ermm, ok lah! Orang Bintulu jangan lupa cuba ya! Best lepak sini sebab suasana dia yang santai.


Idrink Cafe Bintulu

Lokasi:
Lot 4059 Block 32,Kemena Town District, Jalan Sibiyu, 97000 Bintulu, Sarawak

Waktu Perniagaan:
Setiap hari
11 am - 11 pm

No. Telefon:
011-2403 4388

Facebook:

Instagram:

Oh ya, diorang juga da start buat delivery untuk 5 cups ke atas ya!

iDrink Cafe, Port Bubble Tea Terbaru di Bintulu, Sarawak iDrink Cafe, Port Bubble Tea Terbaru di Bintulu, Sarawak Reviewed by Sunah Sakura on July 18, 2019 Rating: 5

11 comments:

  1. macam cendawan tumbuh kedai2 jual air boba ni kan sunah..

    ReplyDelete
  2. Tak habis-habis dengan Matcha dia hahahaha watcha!!!

    ReplyDelete
  3. sudah sudahhh air boba ni viral sungguh,, tapi jangan minum banyak2 sunah.. gula tu hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkk...hahah..kita takde la minat sangat kak..bukan jenis hunting minuman ni, just layankan adik2 aje...

      Delete
  4. confirm sunah suka.. sebab sunah kan suka sakura kan hihi

    ReplyDelete
  5. akan diusahakan klak kmk pergi ke Bintulu.

    jika ada kesempatan memang teringin juga nak rasa bubble tea begini..

    mesti sedap nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayuhhh lah! tapi kamek terfikir apa kata sarawak polah air gula apong bubble tea! hahahhahha

      Delete
  6. rasa2nyalah hari tu 'terlalu' kat Sri Petaling... ternampak kedai ni.. hmmm ke kedai lain yg sy nmpk? yg pasti mmg bubble tea hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.