Makanan Yang Berbahaya

Makanan Yang Berbahaya | Untuk seketul Sunah, sangat berbahaya. Tapi untuk orang lain, mungkin tak berbahaya pun. Entah-entah pandang sebelah mata pun tak nak. Hahaha.

Makanan apa tu?

Ni haaa.


Bubur nasi + ikan bilis goreng + telur curah kicap. Ni kalau rajin sikitttttt je. Kalau rajin banyak, kita buat sayur kailan sos tiram, rebus telur asin, tambah sambal belacan lagikkkk. Kalau malas pulak, cukup sekadar bubur nasi dengan ikan bilis goreng. Nak makan, curah aje kicap sikit dalam bubur nasi.

Berbahaya sangat sebab selalunya satu pinggan aje tak cukup. Mesti nak tambah lagi. Selera makan jadi macam selera ular sawa. Terus lupa lemak-lemak yang berlebihan minta dibuang. Wakakaka.

Ini lah menu saya beberapa minggu ni. Mood bubur nasi tu terlebih sikit sebab mamak bekalkan ikan bilis dari kampung. Kerjanya makan ikan bilis tu aje laaaa buat lauk. Bila da habis ikan bilis, habis jugak lah musim bubur nasi. Musim makanan lain pulak. Bahahaha.

Kalau uols pulak, macam mana? Apa makanan yang paling berbahaya untuk uols?
Makanan Yang Berbahaya Makanan Yang Berbahaya Reviewed by Sunah Sakura on July 27, 2019 Rating: 5

7 comments:

  1. Habaya untuk diet
    tapi bahagia untuk tekak

    ReplyDelete
  2. menu simple, boleh bertambah-tambah juga kan..

    ReplyDelete
  3. Ikan pekasam goreng, bubuh cili & bawang banyak2, itulah makanan paling merbahaya bagi akak, hahahaha

    ReplyDelete
  4. selera ular sawa.hahahaahhaahha.. boleh ler lepas ni buat promo dekat selera sakura..hahahahaha..

    ReplyDelete
  5. selalu gak...tapi biasanya suami suruh goreng sayur kangkung. masak lobak asin yang tak boleh diterima tekak tu...ikan bilis goreng...dengan telur masin

    ReplyDelete
  6. Betul kadang2 lauk yang simple2 lahhh yang menjadi pembuka selera..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.