Ticker

6/recent/ticker-posts

Caprilicious's BBQ Night @ Capri by Fraser, Johor Bahru

Caprilicious's BBQ Night @ Capri by Fraser, Johor Bahru | Kalau sebut aje BBQ, mesti uols terbayangkan aktiviti panggang-panggang dan bakar-bakar kan? Lagi advance, sekali dengan sound effect daging tengah dipanggang dan bayangan zoom in lelehan jus daging yang mengalir selang beberapa saat. Ahhhh, gituuuu! Jangan jilat bibir sekarang. Haha!

Itulah suasananya bila makan malam di Capri by Fraser, Johor Bahru pada hari Sabtu lepas, 17 Ogos 2019. Dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam, pengunjung disajikan dengan menu BBQ di Caprilicious, salah sebuah restoran di Capri by Fraser, Johor Bahru.

Untuk ke Caprilicious, dari lobi, ambil lif ke tingkat 1. Keluar lif, ikut saja signage yang menunjukkan arah ke Caprilicious. Kat tingkat 1 tu uols akan nampak juga ada Surau di sebelah Gym. So, sangat mudah nak solat bila dah masuk waktu masa makan nanti. Menapak ke Caprilicious yang dipisahkan dengan pintu kaca, uols akan perasan bahawa Caprilicious ni sebenarnya bersebelahan dengan swimming pool Capri by Fraser, Johor Bahru.



Belum masuk Caprilicious lagi, mata saya dah ternampak seekor kambing golek kat depan restoran. Woww, diorang buat bakar-bakar dan panggang-panggang kat depan ni rupanya. Kat open space yang memisahkan swimming pool dan Caprilicious. Datang dekat sikit ke area bakar-bakar, boleh tengok segala menu BBQ nya.






Tak cukup dengan kambing golek, ada lagi daging kambing, daging lembu, kebab ayam, chicken wings, sosej ayam, sate ayam, scallops, kupang, otak-otak dan ikan kembung dalam daun pisang, semuanya uols boleh pilih untuk dipanggang on the spot.

Sementara tunggu chef memanggang, masuk pulak ke dalam Caprilicious. Susun atur restorannya sedap mata memandang. Infinity view beb, sebab restoran dan pemandangan luar hanya dipisahkan dengan dinding kaca. Boleh nampak segala aktiviti kat jalan raya kat bawah dan bulan bintang kat atas.

Selain dari menu BBQ kat luar, ada juga appetizer dan hidangan utama seperti berikut:


Assorted breads


Cream of Wild Mushroom Soup


Garlic Fried Rice with Octopus


Grilled Chicken


Cereal Prawn


Baked Fish Pasi Portuguese with Kaffir Lime Leaf

Makan nasi goreng sotong dengan udang nestum, ayam grill dan isi ikan dibakar cara Portugis, wallahhhh! Sedap okayyy semua menu tu! Paling saya suka adalah udang nestum! Walaupun saya alergik seafood, tapi udang kat sini segar-segar dan besar pulak saiznya tu! Tak cukup seekor, saya bangun kali kedua untuk ambil lagi dua tiga ekor. Opss!


Untuk uols yang sukakan menu sihat, boleh cuba buat salad sendiri juga. Ada aneka salad hijau kat sini, gaulkan dengan dressing 1000 Island, French atau Mustard, uols pilih lah ya. Tekak uols dan perut uols khennnn, gaul semua sekali pun takde sape marah! 😆


Peminat cheese, haruss cuba aneka keju kat sini, dihidangkan as Cheese Platter. Saya tak berapa minat yang ni, tapi Jia Ying suka. Saya tengok dia makan cheese tu dengan hirisan daging itik dari Cold Platter, macam sedap ajeee! Oh, daging itik kat Capri by Fraser ni memang sedap ya! Seketul Sunah yang tak berapa gemar hidangan raw, tak boleh resist untuk ambil kepingan daging itik yang dhidangkan depan mata beliau.


Uishhh, sedapppppp! Dah habis dalam pinggan, bangun lagi ambil dua tiga keping. Hahaha. Selain dari menu tu, ada juga bahagian kerabu, jagung berkrim, menu sayuran, dan juga pencuci mulut. Lepas dah puas makan kambing golek dan menu bakar-bakar, boleh lah cuci mulut dengan buah-buahan potong, aneka kek dan pastries kat sini.








Puding roti dengan sos kastard dia sedappp, kek pulak saya paling suka Carrot Cake tu. Lembuttt sangat dan moist! Ada jugak bahagian ABC yang uols boleh buat sendiri ekk. Sejukkan tekak kejap lepas makan aneka sos pencicah lada hitam dan bbq. Haha.



Dengan harga RM98⁺ seorang, memang puas hati sangat dapat makan lebih daripada 50 menu kat sini! Kalau uols duduk kat Capri by Fraser pulak, uols boleh dapat diskaun 20% dari harga sebenar tu. Aduhhhh, lain kali nak duduk kat Capri by Fraser pulak lahhh, baru boleh dapat rega diskaun berbaloi-baloi tuuu! Hahaha!

Ini lah team yang menyediakan segala makanan ni haaa

Uols kalau berminat nak makan malam konsep BBQ kat sini pada masa akan datang, boleh la call +607 277 0888 atau email sales.johorbahru@capribyfraser.com ekk. Diorang akan buat setiap hari Sabtu, menu akan rotate setiap weekend. Boleh follow update kat Facebook Capri by Fraser, Johor Bahru / Malaysia atau Instagram @capribyfraserjb untuk dapat info terkini tentang segala promosi ya!

Caprilicious's BBQ Night

RM98⁺ per person
*1 Diner eats for FREE for every 3 full paying adults
* 50% off (RM49⁺) for kids (6 to 12 years old)
* 30% off for senior citizen (60 years old and above)
*not valid with any other discount or promotion

Saturday
6.30 pm - 10.00 pm

For bookings:
Call +607 277 0888
Email sales.johorbahru@capribyfraser.com

Haaaa, ape tunggu lagi? Jom laaaaaa!

Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com