Ikan Siakap Goreng

Ikan Siakap Goreng | Menu makan tengahari semalam. Balik dari rumah Sis Lin, dia bekalkan ikan siakap dah siap potong. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Sis Lin dan keluarganya. Ameen!

Ingatkan balik rumah tu lepas kemas apa yang patut kat dapur, nak rehat lah kejap. Ikannya pun dah siap bubuh dalam tupperware dan asingkan kepala dengan isi ikan. Belum ada rasa nak makan tengahari lagi masa tu. Masih belum lapar.

Tapi sekejap aje lah rehatnya. Mana tak nya, Sis Lin asyik whatsapp ajeee pasal ikan siakap dia. Siap listkan lagi menu makan tengaharinya, ikan siakap goreng, telur mata, sambal belacan, nasi curah kicap. Sekali versi bergambar lagikkk. Aduhai! Bergendang-gendut perut ku. Hahaha!


Ape lagikk, bangun lah kita ke dapur. Bukak balik freezer, nasib baik lah ikan belum beku lagi. Terus ambil sepotong dan masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan asam jawa. Ya, kalau kat kampung, mamak ajar gaul ikan nak digoreng dengan asam jawa. Mungkin untuk hilangan bau hanyir ikan dan juga untuk hasil gorengan yang lebih menyelerakan. Gituhhh.


Goreng la dalam minyak yang panas, sekejap aje, balik-balikkan, bila dah garing tu, bau dia aduiii. Siakap kot! Satu-satunya ikan goreng yang kulitnya, saya boleh telan sebab ranguppp berkekalan hahaha. Kalau ikan lain, payah sikit nak makan dengan kulit. Mesti nanti muncul kat tepi pinggan, kulit ikan yang tak dimakan.


Nasi putih pun dah ada, housemate baru kita ada masak hari sebelumnya. Nasinya elok lagi, tinggal panaskan aje. Selamat lah makan tengahari seketul Sunah dengan ikan siakap goreng cicah sos cili dan sambal hijau ikan bilis.

Terima kasih Sis Lin!


P/S: Esok Rabu, macam nak buat ambuyat lah!
Ikan Siakap Goreng Ikan Siakap Goreng Reviewed by Sunah Sakura on August 20, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. wahhhh bestnya akak nengok, untunglah dpt mkn ikan siakap fresh, mmg Sunah ni dkt ngn Sis Lin ke?? best tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la dekat sangat kak...nak dekat sejam jugak dari umah saya ke umah beliau...hahahahhaha

      Delete
  2. Yummy makan dgn Nasi panas pun dah sedap nikmat dah

    ReplyDelete
  3. Nak kena tuntut jugak siakap sekeping ngan Sis Lin ni tauuu

    ReplyDelete
  4. Hahahaha kalau tak ko dah membuta kannnn...yang best, lepas makan membuta kan hahahaha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya ikan siakap goreng rangup macam ni. bertambah makan dengan nasi panas. lagi-lagi makan dengan sambal tu haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee...kadang goreng rangup gitu aje pun da cukup kannn

      Delete
  6. sedap juga goreng garing macam ni,. selalunya kalo siakap ni buat la steam terus.. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.