Dinner di KAWD Concept, Taman Pulai Perdana

Dinner di KAWD Concept, Taman Pulai Perdana | Pernah dengar nama KAWD? Sebelum ni KAWD Pulai Perdana diduduki oleh Ejohng Concept. Awal bulan ni, restoran baru dibuka di tempat yang sama, dengan nama KAWD (sebutannya Caught). Masa restoran tu tengah renovation, tak sabar tunggu siap sebab nak tengok apa yang ada kat sini.


Akhirnya pertengahan bulan ni, saya berkesempatan ke sini dengan kawan-kawan dan housemates. Kitorang celebrate birthday kak Di. Mula-mula ingat nak celebrate tempat lain, tapi takde rezeki ke sana. Jadi, kami plan venue lain yang tak kurang menarik dan semua orang setuju nak pergi. Lagi pulak, rakan JDT Blogger, kak Seri dah pergi KAWD ni.

Sampai aje ke restoran, terpegun tengok rekaan dalamannya. Memang cantik dan eye-pleasing. Kami pilih untuk duduk kat bahagian luar. Betul-betul depan pentas live band. Ya, sini ada live band setiap hari selepas 9 malam ya! Waitress datang bagi buku menu. Tapi masa tu saya baru sampai seramai 4 orang. Kena tunggu lagi dua orang. Sebab lama sangat tunggu, dan waiter pun asyik datang meja kami tanya dah nak order ke belum, kami pun order jugak lah akhirnya.



Kat sini, menu-menu adalah gabungan dari beberapa brands, iaitu KAWD, KAW KAW Burger, Stiq, The Billboard, WatdaCake dan Woq, di bawah perniagaan Food Branding. KAWD Concept ni rupanya dah ada banyakkkkkkkkkk gila cawangan kat Lembah Klang. Baru kali ni aje diorang buka cawangan kat JB. Tapi masa kitorang gi hari tu, dessert dan cakes belum ada lagi. Sekarang mungkin dah ada.

Ini menu yang kami order.


Beef Beaconizer


Mac & Cheese (Beef)


Tomyam Goong (Ayam)


Beaconizer Creamy

Beef Beaconizer dia ok, patty dia sedappp dan tebal! Mac & Cheese (Beef) tu dia pakai bebola daging yang dipotong-potong. Ok la, boleh tahan jugak. Dan saiz dia tak sangka lak, besar jugak. Share dua orang pun boleh rasanya tu. Lagi besar, Tomyam Goong (Ayam) punya saiz, untuk 3 - 4 orang makan pun boleh uikkk! Harga Tomyam Goong tu RM15 tapi tak expect pulak saiz sebesar tu haa. Tomyam nya pulak agak pedas ya, takleh nak telan. Orang suka pedas boleh lahhh cuba! Beaconizer Creamy tu ada daging salai kat dalam pasta, ok laa~ Cuma kak Di cakap agak muak sikit bila lama-lama.


Dan bila kak Ajan serta Ayen dah sampai, diorang pulak order yang ni:


Nachos Beef Con Carn


Nasi Goreng Kambing (Guna Sos Lambak Western)


BBQ Grill Chicken

Sedap sangatttt Nachos dia bila cicah dengan kuah tu! Seriuss suka! BBQ Grill Chicken dia pun sedappp, sama macam Kak Seri pergi hari tu, dia kasi dua keping ayam nye. Tapi Nasi Goreng Kambing tu tak berapa kena dengan tekak bila kambing dilambakkan dengan sos hitam tu ha. Sos tu rasa agak masin.


Overall ok lah, not bad. Choice of food sangat banyak. Air minuman pun cantik bekasnya. Ingatkan Xing Fu Tang tadi. Hahaha. Cuma Green Tea Ice Blended tu rasa agak susu berbanding Green Tea nya. Selainnya ok lah. Saiz makanan kat sini memang besar-besar, waitress nya kata sebab konsep kat sini adalah food sharing. Jangan terperanjat kalau tengok menu, ada menu dinosaur pada harga RM200-300++ sebab ia untuk 10 pax!

Boleh repeat lagi lain kali.


KAWD Concept

Location:
No 45 Jalan Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru

Tel No:
017-769 6994

Operation hour:
5 pm - 2 am

Facebook:

Instagram:
Dinner di KAWD Concept, Taman Pulai Perdana Dinner di KAWD Concept, Taman Pulai Perdana Reviewed by Sunah Sakura on August 29, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Kena singgah juga nih, nampak tempting sangat menu-menu dia.

    ReplyDelete
  2. kalau tengok semua menu tu, alahai menggoda betul lah
    dia punya plating tu sangat best tp mungkin bila banyak sangat menu ada yg rasanya kurang best

    ReplyDelete
  3. wah memang hipster sungguh lah. menepati citarasa kota raya ^_^

    ReplyDelete
  4. Oh so good place the foood looks amazing
    xx

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kalau ada rezeki lebih dan sis datang ke pulai, insya'Allah...jommm

      Delete
  6. wahhh.. sunah dah pergi.. nanti akak nak pegi jugak la.. haha

    ReplyDelete
  7. wahhh.. nampak menarik dan sedap-sedap... mujur perut masih kenyang ni... hihihi...

    ReplyDelete
  8. Perghhh.. Memang terliur tengok makanan dia semua. Tengok gambar aje pun saya dah rasa sedap. Hahaha.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.