Ticker

6/recent/ticker-posts

Perlindungan Berpatutan untuk Rumah Kampung dengan Allianz KampungKu

Perlindungan Berpatutan untuk Rumah Kampung dengan Allianz KampungKu | Rumah kayu anda juga memerlukan perlindungan.

Statistik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melaporkan 2,991 rumah terlibat dalam kes kebakaran pada 2018; 114 daripadanya melibatkan rumah panjang atau rumah tradisional. 

Untuk mereka yang menetap di kawasan luar bandar, hanya RM75 yang diperlukan untuk melindungi rumah kayu anda. Allianz KampungKu yang mampu dimiliki ini akan menyediakan perlindungan komprehensif untuk kebakaran, banjir dan angin ribut bagi rumah atau isi kandungan rumah untuk pemilik atau penyewa rumah kampung.  


“Rumah anda merupakan aset terbesar dan paling berharga yang akan anda miliki. Jadi tidak kira lokasi atau saiz, setiap rumah berhak menerima perlindungan. Sebagai penanggung insurans, peranan kami adalah untuk menyediakan perlindungan yang terbaik untuk rumah dan kami telah melakukannya menerusi Allianz KampungKu sejak 2014,” kata Kitty Kui, Pengurus Cawangan Johor Bahru, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.  

“Rumah kayu lebih terdedah kepada kebakaran dan bencana alam. Selain melengkapkan rumah dengan langkah-langkah keselamatan, kami ingin menekankan betapa pentingnya perlindungan insurans yang secukupnya untuk menjadi jaring keselamatan yang membantu anda kembali kepada keadaan asal,” tambah Kitty.

Allianz KampungKu telah dilancarkan pada 2014 dan telah melindungi lebih 3,000 rumah di seluruh negara. 

Allianz KampungKu merangkumi perlindungan kebakaran dan petir untuk bangunan (kecuali asas) dan isi kandungan rumah untuk jumlah diinsuranskan sebanyak RM10,000; faedah bantuan kecemasan (untuk kebakaran, banjir dan angin ribut) untuk jumlah diinsuranskan sebanyak RM1,000; dan perlindungan kemalangan peribadi yang merangkumi mana-mana sebuah kerugian untuk kematian tidak sengaja, Kecatatan Kekal atau Perbelanjaan pengebumian untuk jumlah diinsuranskan sebanyak RM1,000.

Allianz KampungKu boleh dibeli di mana-mana pejabat Pos Malaysia di seluruh negara.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Allianz KampungKu, hubungi talian khidmat pelanggan Allianz Malaysia di 1-300-22-5542 atau emel customer.service@allianz.com.my.

Post a Comment

10 Comments

  1. Hamboiii berderet PR dia update hahahaha
    Sis ko siap buat jadual hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeeeee..sampai hari ahad da draft ni...hahahahha

      Delete
  2. this is good to know. oh btw ray singgah klik iklan sini skli seperti biasa hehe

    ReplyDelete
  3. wah terbaik la ada perlindungan jugak untuk rumah kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee...bagus kan macam ni..semua orang berhak mendapat perlindungan

      Delete
  4. Sekarang ni banyakkan berita tentang kebakaran. Semoga semuanya berhati-hatilah. Bagus juga perlindungan seperti ini. Saya pun baru tahu tentang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...kita jadi risau pulak bila dengar berita2 macam tu..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com