Pertama Kali Makan Oden @ FamilyMart

Pertama Kali Makan Oden @ FamilyMart | Orang lain da lama mengketedarah benda ni, kita baru nak cuba beberapa minggu lepas. Entah ek, tiap kali masuk FamilyMart, tak pernah pulak teringin nak makan oden ni. Mungkin juga sebab saya bukan lah peminat kepada fish cake, fish ball, prawn ball, cutlefish ball dan yang segala jenis balls dari dasar laut.

Makan ikan dalam bentuk bebola adalah sesuatu yang pelik buat tekak seketul Sunah. Jadi, kalau uols makan bersama-sama saya, dan masa tu saya tengah makan mee goreng ke, bihun goreng ke, uols sangat bertuah untuk dapat extra fish cakes mahupun fish balls. Dari mana dapat extra? Tentu lah dari pinggan saya 😑

Tapi hari tu, bila Sis Lin ajak makan oden kat FamilyMart Mid Valley Southkey, saya tak menolak untuk cuba. Itu pun lama jugak saya berdiri depan kaunter oden tu nak pilih menu. Hahaha. Akhirnya saya pun cuba macam dalam mangkuk kat bawah ni, dengan kuah tomyam.


Saya punya yang ade bebola tu. Sis Lin punya belah atas, crab cake ke ape. Amazingly sedap jugakkk fishcake ke ape tu haaa, tak tahu la nak sebut benda apa yang bengkang-bengkok tu. Hahaha. Dia takde la rasa ikan sangat, okay lah. Bila makan sambil hirup kuah tomyam tu, slurppppppppp, perghhh! Hilang dahaga. Tiberrr 😆 

So lepas ni, boleh la saya makan oden kat FamilyMart dan pilih menu tu aje. Hihihi.

Maceh Sis Lin! 
Pertama Kali Makan Oden @ FamilyMart Pertama Kali Makan Oden @ FamilyMart Reviewed by Sunah Sakura on August 02, 2019 Rating: 5

22 comments:

  1. xpernah lg try. Kat seremban ni pn dah ada 2 family mart. 1 dh bukak 1 lagi otw

    ReplyDelete
  2. Dania dah berzikir kat telinga SA dah..nak makan Oden..Family Mart kat Seremban tu jauh skit...sebab tu malas nak melayan dia..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kena tunggu cuti ujung minggu laa baru pergi sebab jauh kann

      Delete
  3. mentang2lah kampung dia selalu dpt mkn ikan fresh2... dia tak pandang yg dh jd bulat2 nih hehehhe

    ReplyDelete
  4. Rindunya nak makan makanan yang dah tak boleh makan ni.

    ReplyDelete
  5. akak baru 2x makan oden familymart.. kuah tomyam tu best kan.. lepas ni nak try yg bengkang bengkok tu pulak.. yg tu x penah makan lagi sbb selalu habis.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak...maksudnya memang sedap la yang tu ek...tiber rasa nak gi familymart sekarang jugak..haahahha

      Delete
  6. Akk makan oden ni pun sebab Iman beli, kalau tak, memang idok le sebab akk bukan sejenis orang yg suka benda2 mcm ni kecuali yong taufu, tu pun sebab Pak Inche yg suka. Tekak akk lagi suka western, heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, sebenarnya kita sama kak...hahahahahhahahah

      Delete
  7. Replies
    1. ahahahah semalam kan kita baca komen cik nor ni tanpa tengok sape penulisnya, tapi da bole agak ni mesti cik nor ni :p

      Delete
  8. Ngammm, tapi, rasa kuah nya tak pedas langsung, x de ummpphhh

    ReplyDelete
  9. teringin nak cuba..tapi tak reti nak order. kita pulak jenis payah nak buka mulut tanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kak ngedate kat familymart makan oden...hahaha

      Delete
  10. Zumal belum pernah cuba oden ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.