Hari Asyura dan Niat Puasa Hari Asyura

Hari Asyura dan Niat Puasa Hari Asyura | Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.


Kenapa digalakkan untuk berpuasa pada 9 & 10 Muharram?

Amalan ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya." [Hadis riwayat Ahmad]

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, cara paling baik untuk menyempurnakan puasa Hari Asyura adalah dengan berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas 10 Muharram. Cara kedua yang terbaik adalah dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Manakala, cara ketiga adalah dengan berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Ini bermakna, tak salah kalau kita hanya berpuasa pada 10 Muharram saja.

Kafiat Puasa Hari Asyura

Ibn Abbas r.a menceritakan; "Apabila Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa." [Hadis riwayat Imam Bukhari]

Aisyah r.a berkata; "Rasulullah s.a.w mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)." [Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Niat Puasa Hari Asyura

نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى

Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita'ala

Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta'ala

Waktu Bacaan Lafaz Niat

Bacaan lafaz niat boleh diucapkan bermula malam hari sehingga siang hari sebelum waktu tergelincirnya matahari atau sebelum waktu zuhur pada hari Asyura.

Fadilat Berpuasa Hari Asyura

Kelebihan berpuasa pada hari Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Daripada Abu Qatadah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya."[Hadis riwayat Ibnu Majah (1738), Hadis riwayat Muslim (1975)]

*Untuk niat puasa Hari Tasu'a, boleh rujuk link di bawah.

Sumber:
Hari Asyura dan Niat Puasa Hari Asyura Hari Asyura dan Niat Puasa Hari Asyura Reviewed by Sunah Sakura on September 09, 2019 Rating: 5

3 comments:

  1. Baru balik dari masjid,
    ada tazkirah dan bubur asyura.

    ReplyDelete
  2. Terus teringat bubur Asyura, sedapnyaaa....

    ReplyDelete
  3. hrp2 blk nnt dpt laa sebungkus bubur asyura hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.